1

Drama Series 12250

"Kau nie hidup tak nyusahkan aku boleh tak? Mak bapak kau meninggal pon disebabkan kau."kata nenek Aina sambil pukul badan Aina dengan rotan.

"Kenapalah kecik2 kau tak mampus je."kata nek esah lagi

"Nenek sakit!! nenek sakit!!." terjerit2 Aina mengaduh kesakitan apabila dirotan dengan kuat.

"Ya Allah esah kenapa dibuatnya budak nie." cepat2 mak som lari dapatkan Aina.

"Naik hantu aku bila orang kampung heboh pasal dia menggatal dengan laki orang." terjerit2 nek esah berkata.

"Mana da nek, Aina tak buat semua tue, tue fitnah nek." Aina cuba yakinkan neneknya itu

"Fitnah apa nya kalau dah heboh yang kau kacau laki si Timah tue."jerit nek esah lagi

"Esah, si Aina nie bukan ke dia baru balik sini ke? mana lah dia nak kenal dengan laki si Timah tue."mak som pon pelik datang manalah fitnah tue semua.

"Dah aku tak nak tengok muka kau dalam rumah aku, kau pergi ambil kain baju kau berambus dari rumah aku."kata nenek

"Nenek jangan buat Aina macam nie. Mana Aina nak pergi nek" Aina menangis sambil peluk kaki neneknya.

"Lantak kau la nak pergi mampus ke nak pergi mana ke, jangan kau tunjuk muka kau dekat rumah aku lagi."nenek pon berlalu masuk ke dalam rumah.

"Dah Aina pergi ambil semua kain baju jom pergi umah mak som."pujuk mak som.

Aina pon bangun dan masuk ke dalam rumah ambil semua barang2nya dan pergi ke rumah mak som jiran neneknya.

Aina merupakan anak tunggal dan anak yatim piatu, mak ayahnya meninggal dalam kemalangan sewaktu keluar membeli barang untuk buat sambutan hari jadi Aina yang ke 7 tahun.

Selepas saja mak dan ayahnya meninggal nenek dan pakcik Aina hantar Aina ke rumah anak yatim sehingga la dia habis belajar tingkatan 5. Nenek dan pakciknya langsung tidak datang menjenguknya.

Sewaktu cuti sekolah Aina hanya duduk di rumah anak yatim bersama kawannya yang lain.Aina sedih dan dia tak tahu kenapa nenek dan pakciknya bencikan dia.

Aina seorang pelajar yang sangat pintar dan baik di sekolah setiap kali peperiksaan dia akan mendapat tempat pertama didalam kelas, cikgu2 Aina semua berbangga dengan dia.

"Terima kasih mak som, kalau tak ada mak som tadi, Aina rasa Aina dah mati kena pukul dengan nenek tadi."kata Aina sambil mengelap airmata dan berjalan ke rumah mak som.

"Sama2 Aina, Aina nie mak som dah anggap macam anak mak som sendiri, dari kecik Aina di layan teruk dengan nek esah tue."mak som turut mengelap airmata.

"Nak buat macam mana mak som, Aina nie bukan cucu kesayangan dia. Lain la dengan si Ina tue."tersedu sedan Aina berkata.

"Dah2 jangan sedih, Aina tinggal je dengan mak som dulu."pujuk mak som.

"Mak Som kak intan duduk kerja mana sekarang?"Aina bertanya sebaik saja sampai ke rumah mak som.

"Dia kerja dekat KL, dia kerja butik pakaian pengantin. Kenapa Aina tanya?"mak som buka pintu dan mereka masuk ke dalam rumah.

"Aina ingat nak cari kerja, boleh tak Aina nak nombor telifon kak intan."tanya Aina.

"Boleh je. Aina makan dulu kejap lagi mak som bagi no telifon Intan."mak som hidangkan lauk pauk atas meja bagi Aina makan.

"Terima kasih mak Som."

"Sama2 dah makan cepat pastue boleh rehat nanti bagi mak som tengok luka2 kat badan boleh mak som isikan ubat."

Aina mengangguk sambil tersedu2 suap nasi ke dalam mulut, Walaupon habis sakit satu badan Aina tapi dia tahan disebabkan lapar.

Terima kasih sudi baca novel saya yang ke 4.. jaja fiza

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience