3

Drama Series 12250

"Selamat pagi mak Som,masak apa tue boleh Aina tolong."

"Selamat pagi Aina, awalnya bangun."

"Lepas solat subuh dah tak boleh nak tidur dah. tue yang turun sini tengok mak Som."

"Bagus lah, lagipon tak elok lepas solat subuh tidur balik."

"Itula.Nak Aina tolong apa2 ke?"

"Nie tolong kopek telur nie, mak Som masak nasi lemak pagi nie."

"Uuu..sedapnya dah lama tak makan nasi lemak mak som."

"Itu la kamu pon dah lama tak balik sini."

"Mak Som nanti dalam pukul 10 Aina nak call kak Intan boleh?"

"Boleh telifon lah, mak Som pon dah beritahu Intan semalam."

"Ye ke, dia cakap apa lagi, ada tak kerja kosong dekat tempat dia kerja tue."

"Ada, dia nak kamu sendiri yang telifon dia nanti."

"Okay mak Som."

Semalam petang mak Som telifon Intan selepas solat asar, mak Som duduk lama sikit dalam bilik dan berbual dengan anaknya itu.

Mak Som cerita semua yang terjadi pada Aina kepada Intan. Mereka berdua menangis kenangkan nasib Aina.

"Pak Daud mana mak Som?"

"Hah..pak Daud kamu ke kebun ada orang nak beli pisang."

"Oo..abang Man tak balik ke mak Som?"

"Abang Man baru minggu lepas dia balik, dia bawa bakal isteri dia."

"Ye ke...mesti cantikkan bakal isteri abang Man."

"Alhamdulillah...sama cantik sama padan orang kata."

"Bila dieorang nak kahwin?"

"Abang man balik hari tue pon nak bincang soal merisik, mak Som ikut die je."

"Nanti jangan lupa ajak Aina ye mak Som."

"Mestilah Aina kan anak mak Som. Dah kita makan lah dulu nak tunggu pak Daud kamu tue lambat nie."

"Jom.." Aina bangun dia ambilkan pinggan cawan kemudian dia ceduk nasi isi ke dalam pinggan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience