29

Drama Series 12250

Hari bahagia yang ditunggu sudah tiba. Aina disolek cantik oleh mua terkenal di Kuala Lumpur. Intan sebagai pengapit pon disolek cantik.

"Cantiknya anak mak nie"kata mak Som

"Terima kasih mak."

"Hari nie Aina akan bergelar isteri orang, jangan suami dengan baik ye, jaga makan minum pakaian suami."

"InsyaAllah mak. Aina akan ingat pesan mak."

Aina bersiap di bilik hotel yang ditempah khas untuk bersiap. Bonda Zaki datang ke bilik Aina.

"Cantiknya menantu bonda, pihak lelaki dah ada dekat dewan tunggu tok kadi je datang."

"Terima kasih bonda sudi terima Aina jadi menantu bonda."

"Sama2 sayang, Zaki tak salah pilih isteri."kata bonda pada mak Som.

"Alhamdulillah..Aina tengok sekarang Aina dah dapat 2 mak."

"Itu sebab Aina sayang mak dan bonda."

"Nanti cepat2 bagi bonda dan mak cucu ye."

"Hihihihi..InsyaAllah."

Bonda dapat call dari daddy minta pengantin perempuan turun ke dewan, tok kadi dah sampai.

"Jom kita turun tok kadi dah sampai."

Aina bangun dia betulkan baju. Sambil jalan dia pegang tangan mak Som. Dia berdebar dan segan bila ramai yang tengok dia masuk ke dewan.

Aina cantik sangat bertemakan warna putih duduk di atas pelamin belakang Zaki. Zaki pandang sekilas kepada Aina. Dia terpegun melihat Aina disolek cantik.

"Boleh kita mulakan?"kata tok kadi dan Zaki hanya mengangguk.

"Mohd Zaki bin Dato Rizal aku nikahkan dikau dengan Nur Aina Maisara binti Yusuf dengan berwali wakilkan aku dengan mas kahwin rm5,555 tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Aina Maisara binti Yusuf dengan mas kahwin rm5,555 tunai."

Dengan sekali lafaz Aina sah menjadi isteri kepada Zaki. Selepas Zaki baca taklik pada Aina dia pon minta diri pergi belakang pelamin untuk solat sunat.

Setelah selesai solat Zaki duduk di pelamin untuk acara batal air sembahyang, Zaki belikan seutas cincin dan gelang tangan untuk Aina.

"Terima kasih sayang sudi jadi isteri abang."

"Sama2..sayang pon nak ucapkan terima kasih sebab sudi ambil sayang menjadi isteri abang."

"Sama2 lah kita perbaiki diri dalam hubungan suami isteri kita ye sayang."

"InsyaAllah kalau sayang ada buat salah abang tegurlah sayang nanti ye."

"InsyaAllah."

Sesi mengambil gambar bersama ahli keluarga sebelum mereka naik ke bilik untuk bersiap untuk majlis bersanding pula.

Setelah selesai Zaki,Aina, Intan naik ke bilik untuk tukar baju sanding pula.Mua yang makeupkan Aina pon ikut sekali naik ke bilik.

Sebelum kahwin Zaki tak pernah pegang tangan Aina, Jalan menuju ke bilik hotel Zaki tak lepas pegang tangan Aina sampai kena perli dengan Intan.

"Amboi tahu lah baru nikah, tangan tue lepas2 lah."

"Biar lah jeles la tue."kata Zaki sambil tersenyum

"Eeee..tak ada masa kita nak jeles la."Kata Intan sambil menjuih mulut.

Aina hanya tersenyum sambil tunduk muka bila kena perli macam tue.

Sampai saja bilik Aina kekok nak tanggal tudung, bila ada lelaki dalam bilik.

"Aina tanggallah tudung tue. Abang Zaki kan dah jadi suami sah Aina."

"Aina segan lah kak, dah biasa pakai tudung depan abang."

"Ishh..jangan nak segan lah dah halal dah."

Aina pon buka tudung, terpegun Zaki tengok rambut Aina yang ikal mayang. Aina baring sekejap bagi hilang penat, kemudian dia bangun dan mandi standby untuk makeup bersanding pula.

Zaki sudah siap memakai baju songket dan mua sapukan sedikit bedak pada muka Zaki.

"Wow..hensemnya abang kita nie."kata Intan.

"Thanks Intan sebab puji abang."

"Sama2 abang2 Intan memang hensem."

"Jangan nak puji sangat kang koyak pula baju tue nanti."kata Aina saja mengusik Zaki.

"Amboi..isteri abang nie pandai ye."

"Kak Intan tolong zipkan jap belakang baju nie."

Aina ingatkan Intan yang tolong Zip, rupanya Zaki yang tolong. Zaki siap bisik lagi di telinga Aina.

"Putihnya badan sayang, geram abang tengok."

"Hahhh."Aina pusing ke belakang dia terkejut tengok Zaki di belakang dia.

"Abang nie kan terkejut sayang, sabar lah awal lagi nie."

"Amboi pengantin kita nie main bisik2 pula."Kata Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience