22

Drama Series 12250

Cuti semester pertama Aina ikut Intan balik ke kampung, untuk persiapan kenduri belah lelaki nanti.

"Mak abang Man dan kak Lisa sampai pukul berapa mak?"tanya Intan.

"Jap lagi sampai lah tue, tadi mak telifon dia dah dekat dah."

"Kak Intan kalau bunga 4 nie okay tak kalau Aina letak sini?"tanya Aina sambil betulkan bunga dekat dalam bilik pengantin.

"Okay..cantik sangat pandai adik akak nie hias."

Orang kampung dah ramai datang ke rumah pak Daud, orang lelaki sibuk siang daging lembu untuk dimasak esok, orang perempuan pula di khemah belakang memotong bawang dan pekakas untuk memasak.

"Som mana besen?" tanya mak limah.

"Jap aku ambilkan."kata mak Som.

"Aina nenek kamu tak datang ke?"tanya kak timah.

"Entah."satu patah kata je Aina jawab, dia terus berlalu ke ruang tamu.

"Budak tak kenal di untung si Aina, nenek dia dah jaga tapi tak hormat orang tua tue."kata Timah pada orang disitu.

"Mana kome tahu dia tak hormat nenek dia, aku yang duduk sebelah rumah dia nie, aku tahu la Esah tue layan Aina tue macam mana." Mak Som menyampuk.

"Entah kome nie timah, dari kecik lagi Aina tue di layan dengan teruk."kata mak cik Lin.

"Tak usoh di layan si Timah nie, ada je nak buruk2 kan orang.Kalau tak tahu cerita jangan nak fitnah."bebel kak ton.

Timah hangin je bila semua orang dekat situ marah dia bila dia bercakap pasal Aina dan nek Esah.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..sampai dah kita punya pengantin."kata mak cik Lin.

"Mak cik Lin mak mana?"

"Mak kamu dekat belakang hantar air dekat orang memasak."

"Ooo..ye ke..tak apa lah saya masuk dulu ye."

"Ha ye lah..pergi lah."

Azman mengajak isterinya dan Zaki masuk ke dalam rumah. Aina dan Intan sedang sibuk memasukkan barang ke dalam beg kecik untuk diberikan kepada tetamu.

"Haa...pengantin dah sampai dah."

"Meh tolong banyak lagi tak siap nie."

"Abang Man, abang Zaki tak ikut sekali ke?"tanya Aina.

"Ada dia pergi toilet jap..Amboii rindu ke baru 2 hari tak jumpa."abang Man nyakat Aina dia nak tengok reaksi Aina.

"Ishh..abang nie mana ada lah."kata Aina sambil tahan malu bila kena sakat dengan Azman.

"Tapi abang rindu kat Aina."Zaki menyampuk.

"Amboiii..pasangan sejoli nie. korang bila pula?" tanya Intan.

"Abang tunggu Aina je. abang bila2 boleh masuk meminang."

"Ishhh..Aina nak habis belajar dulu. Aina nak kerja dalam 2,3 tahun baru fikir nak kawen."

"Jangan lah lama2 nanti abang jadi teruna tua nanti."

"Hahahaha." semua yang berada disitu ketawa bila dengar Zaki berkata begitu.

Akhirnya mereka berdua mengumumkan yang mereka berdua bercinta. Jarak usia antara Aina dan Zaki beza dalam 4 tahun saja.

Bonda dan daddy Zaki pon sudah tahu hubungan mereka. Alhamdulillah mereka restu hubungan tersebut. Mereka suka Aina sebab Aina seorang yang sopan santun, beradap dan hormat orang tua.

Bonda dan daddy Zaki kalau boleh nak mereka berkahwin cepat, tapi Aina minta bagi dia masa untuk habiskan pengajian dulu. Dia tak mahu nanti terganggu pembelajarannya.

Share this novel

Zai Zai
2024-07-26 13:51:25 

next

Zai Zai
2024-05-30 23:11:30 

sambung lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience