Series
12250
Aina pepagi lagi dah turun ke dapur masak nasi lemak, mak Som hanya memerhati je gelagat lincah Aina di dapur.
"Mak Aina masak nasi lemak ye."
"Masak la Aina, nasi lemak Aina sedap kalau jual tue mesti laku."
"Mana ada mak biasa2 je."
Sekejap je tak sampai sejam semua dah siap di masak dan sudah siap dihidang di atas meja makan.
"Uiittt..sedapnya bau nasi lemak."
"Selamat pagi abang Man dan abang Zaki."
"Selamat pagi Aina."dua2 sambut ucapan selamat pagi dari Aina serentak.
"Aina dah habis sekolah kan, tak nak sambung belajar ke?"
"Dah abang man, Aina nak kerja dulu cari duit baru Aina fikir nak sambung belajar."
"Aina nak abang tolong tak? kalau nak boleh abang cari kan universiti ke kolej ke? tiap2 bulan abang man bagi duit belanja."
"Ehh..tak yah2 Aina nak cari duit sendiri dulu, dalam setahun baru Aina sambung belajar."
"Tak apa lah boleh je abang Man bantu Aina.Aina kan adik abang."
"Tak yah abang lagi nak pakai duit banyak, tak lama lagi abangkan nak kahwin."
"Betul nie tak nak abang tolong.peluang hanya sekali je."
"Tak nak Aina nak berusaha sendiri cari duit untuk sambung belajar."
"Bagusnya adik abang nie."
Zaki hanya mendengar celoteh mereka berdua, dia malu nak menyampuk. Dia suka tengok cara Aina bercakap sopan je.
"Awal kamu berdua bangun." tegur pak Daud yang dah siap2 nak ke kebun.
"Ayah nak ke kebun ke?"
"Haah..nak ambil buah tok kamu semua nie, harap pagi nie ada lah rezeki korang semua makan durian."
"Wauu..sedapnya durian, banyak ke pokok pakcik?"
"Ada dalam 20 lebih pokok rasanya, tahun nie Alhamdulillah semua berbuah. kadang ada yang datang nak beli tok jual."
"Banyak juga pokoknya tue.Sedap dapat makan serawa durian nie." kata abang Man.
"Pakcik kalau saya nak ikut pergi kebun boleh ke?"
"Boleh je, tapi nyamuk banyak dekat sana, kebun agak semak sikit, pak cik tak larat nak jaga sangat kebun durian tue, tapi tiap2 tahun buahnya memang menjadi lebat."
"Tak apa pakcik bukan anak jantan lah takut nyamuk."
"Kalau macam tue lepas makan nie, boleh la kita pergi."
"Intan pon nak ikut, dah lama tak pergi kebun cari durian.Aina jom kita ikut nak."
"Boleh je.Aina tukar baju jap lah."
"Dah kalau semua nak ikut jom lah kita berkelah dekat kebun aje." kata mak Som
"Boleh juga."kata Intan.
Aina bangun dan dia masukkan kesemua telor, timun ikan bilis,kacang,sambal ke dalam tuppaware dan letakkan kedalam bakul.
Azman, Zaki, Intan dan Aina naik hilux, pak Daud dan Mak Som pula nak moto. Azman ajak pak Daud dan Mak Som naik kereta tapi pak Daud tak nak. Dia lebih suka naik moto.
Sampai aja di kebun mereka nampak beberapa biji durian dah gugur ke tanah tak sabar mereka nak kutip.
"Aina nie ada lagi nie cepat datang sini bawa bakul tue."jerit Intan.
"Ye2 jap Aina datang."
Bakul yang dah berisi durian tue berat Aina tak larat angkat dia heret. Zaki nampak dan dia pon datang tolong Aina angkat bakul tersebut.
"La kenapa tak panggil abang je, tak elok anak dara angkat berat sorang2." kata Zaki
"Tak apa, Aina tak larat Aina heret je.hihihi"
"Ye lah tue..jom kita angkat letak sana nanti boleh kutip yang lain lagi."
Seronok mereka semua dapat makan durian fresh. Yang jadi tukang bukanya Zaki disebabkan durian baru gugur kulitnya payah nak dikopek jadi abang yang sado ke tolong.
Share this novel