Wahai wanita, tutuplah auratmu. Berilah kepada mereka yang layak. Jagalah maruahmu, seperti mana kamu menjaga kecantikanmu.
_______
IRIS mataku jatuh pada karpet lembut lagi berbulu. Kakiku tanpa sebarang alas ini berasa geli-geli, terpaksa memijak bulu-bulu lembut ini. Wajahku muram, gusar akan sesuatu yang bakal menanti.
"Assalamualaikum."
Dia memberi salam. Serba salah untuk aku menjawabnya. Dia meletakkan tangan di dada, tanda menghormati aku.
"Waalaikumussalam..." Bibirku dikemam separa rapat. Melihat lelaki ini berdiri benar-benar di hadapanku, aku menjadi getar. Tubuhku kaku, seperti orang lumpuh yang tidak mampu bergerak lagi. Posisi tubuhku berdiri tegak, berhadapan dengannya.
Matanya galak merenung tubuhku, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Disebabkan aku memakai tudung, tidaklah dia dapat melihat rambutku. Kalau mahu, kahwinlah dahulu.
Ekor matanya sampai ke bahagian bawah sekali tubuhku, iaitu kaki. Aku memandang lelaki itu hairan. Pelik sangatkah aku hari ini?
"Oh, maaf-maaf." Dia menutup matanya dengan tapak tangan, lalu mengundur sedikit demi sedikit ke belakang.
Hairan sangatkah, aku hari ini? Seingat aku, aku telah pakai pakaian paling sopan sekali, baju kurung serta bertudung shawl. Ya, aku tahu tempat ini.
Dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang bakal menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
"Kenapa ye?" soalku tertanya-tanya.
"Maafkan saya." Dia senyum tawar. Huh, ingat aku boleh faham isyarat hatinya?
Mungkin, inilah sifat 'malu-malu' yang ada pada dirinya, seperti dikatakan oleh kanak-kanak tempoh hari. Beginikah sifat malu-malu kucing seorang Faris?
Kalau begini sifatnya, aku pun tidak mahu. Bayangkan, telah berkahwin dan masih malu-malu sesama sendiri, ish ish ish. Jika isteri tiada kesabaran, malam pertama perkahwinan, sudah dimintanya cerai. Nasiblah, aku bukan golongan itu.
"Humaira. Kita bincang di luar ye," katanya separa berbisik. Aku mengangguk, setuju. Tiada hak untuk membantah bakal imamku, lebih-lebih lagi sejak aku tahu dia bekerja di tempat ini, tempat yang terlalu suci dan dipenuhi anak-anak penghafaz Al-Quran.
Aku melangkah penuh sopan, mengambil kasut dan terus keluar dari bilik seluas ruang tamuku ini. Agak besar bagiku. Entah jawatan apa yang sedang lelaki ini pegang, aku tidak tahu.
Mungkin, pengetua sekolah.
Boleh jadi, biarpun masih muda. Tiada benda yang mustahil.
Bilik ini, kelihatan seperti bilik tamu. Bukan pejabat. Bilik ini bertujuan untuk rehat dan bersantai.
Kasutku dicapai, lantas aku menyarungnya. Beberapa pelajar lelaki yang lalu lalang memandang sinis kepada aku, entah mengapa. Serta-merta, diriku berasa tidak selamat untuk berada di sini, mohon dilindungi.
"Humaira."
Langkahku diikuti seseorang dari belakang. Aku berjalan laju, cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Cukuplah aku dimalukan hari ini, tidak mahu pelajar sekolah ini berfikir kami pasangan bercinta sebelum kahwin pula.
Taman sekolah.
"Humaira, sit down."
Dia mengarahkan aku duduk. Kerana aku tidak tahu selok-belok akan sekolah ini, aku menurut perintahnya. Kalau tidak, sudah lama aku lari pulang.
"Awak..." Bibirku bergetar untuk melepaskan kata, mengharap dirinya dapat melegakan perasaan cuakku, pertama kali berada di sekolah begini.
"Semua orang perlukan slowtalk, kan? Lagi-lagi, wanita macam awak." Dia senyum manis, namun berlainan sedikit daripada senyuman tempoh hari. Di saat hatiku gugup dan resah, tiada masa untukku menikmati senyuman lelaki itu.
Aku tidak faham. Dia ... sedang memerli akukah?
"Humaira, dengar."
Aku buka telingaku luas. Jika boleh dibuka seperti telinga gajah, sudah lama aku buka. Iris mataku fokus kepada iris mata dark hazelnya.
"Kau, perempuan kan?" Dengan lembut sekali, dia menyoalku.
Jadi, dia ingat aku perempuan jadian? Oh, memang tidaklah. Dosa aku sendiri pun banyak, apatah lagi mahu menanggung dosa menukar jantina.
"Iyelah. Awak nampak saya macam lelaki ke?" jawabku, tarik tali.
"Kalau awak perempuan, awak kena tahu. Aurat awak, ialah maruah awak. Tutuplah aurat sebaiknya." Suaranya bergetar. Mungkin serba salah.
Aurat.
Aku kemam bibir. Semuanya benar. Aku manusia hina, aurat yang mudah pun sukar untuk dijaga. Siapalah aku untuk menjadi isteri kepada seorang Faris yang bekerja di sekolah pondok? Sekali pandang, tidak layak!
Memang tidak layak langsung. Ini bukan kisah darjat harta, tetapi darjat keagamaan.
Aku menunduk malu. Malunya aku, kepada dia. Sangat malu.
"Humaira. Jangan ambil hati. Aku tegur je. Okey?" Dia memandang aku, cuba menilik perasaanku.
Aku pejam mata sesaat. Entah apa tindakan yang perlu aku lakukan kini. Terus duduk di hadapan lelaki ini, ataupun terus pulang. Asbab dia menyuruh aku ke mari pun aku tidak tahu.
"Terima kasih..." ucapku sebak.
Terimalah. Jika tidak dia, siapa lagi mahu menegur aku? Siapa lagi mahu menjadi orang yang akan memimpin aku ke syurga?
"By the way, sorry ye sebab cakap 'aku-kau'. Entahlah, aku tak biasa. Jarang sangat cakap saya-awak," jelas lelaki itu.
Aku mengangguk. Tidak kisah. Panggillah aku dengan gelaran yang paling sesuai, aku terima. Janji tidak menghina, mahupun mencaci.
"Pasal duit raya minggu lepas ... aku tak tahu kenapa saya bagi kau." Dia berhenti dari bercakap. Masing-masing kaku, tidak bersuara. Kedua-dua kami agak kekok sesama sendiri, memandangkan ini kali ketiga kami bertemu. Masih belum ada apa-apa hubungan. "Tapi kau ambil jelah, anggap je sedekah. Okey?"
Aku mengangguk sekali lagi, entah kali ke berapa. Jika dikira, penuh jari.
"Kau ... cantik macam adik aku. Ketinggian dan sifat, semuanya hampir serupa. Aku tahu, benda ni tak boleh cakap lepas kita dah kahwin nanti, jadi zihar hukumnya."
Matanya menenung aku. Lama dan dalam.
"Tapi, lagi cantik kalau..." dia memberhentikan ayatnya disitu.
Kalau...
"...awak menutup aurat."
Aku melepaskan nafas berat. Senyuman hambar terukir di bibirku. "Faris, awak..."
"Aku ... suka kau. Aku tak tahu nak luahkan macam mana. Perasaan tu datang mengganggu setiap hari, sampai buatkan aku tak tenang." Dia menongkat dagunya dengan siku, sambil menunduk. Mungkin kerana malu kerana dia telah meluahkan perasaannya kepadaku. "Tapi ... aku tak tahu nak buat macam mana. Nak ajak kahwin, macam terlalu awal. Aku runsing sangat, Humaira."
Bibirku yang daripada tadi tersenyum muram, tiba-tiba tersengih sendiri. Entah apa yang lucu dengan luahan lelaki itu.
Tanggal hari ini bersamaan 11 Zulhijjah di dalam kalendar hijrah, seorang lelaki telah meluahkan perasaan kepadaku. Aku tidak hairan, melainkan lelaki itu juga yang aku terbayang di dalam setiap mimpiku.
Akan aku catatkan semua ini di dalam diari hidupku. Tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila, hingga ke nafas terakhir.
Faris dan Humaira.
"Kau ni ... dah kenapa tersengih? Suka ke, mainkan perasaan lelaki?" Ekor mataku memerhati gerak geri kening Faris yang sekejap terangkat dan menurun, comel!
Tipulah, jika aku suka memainkan perasaan lelaki itu. Dia juga merupakan salah satu lelaki yang aku sayangi, jauh di dalam lubuk hati. Hanya Allah yang tahu, betapa aku ingin menitiskan air mata apabila dia meluahkan perasaannya.
Bukan semua lelaki mampu untuk meluahkan perasaan sayangnya, disebabkan kebanyakan dari mereka ego.
Ego, yang memusnahkan segalanya.
"T... tak..." nafiku. Aku mengemam bibir, menahan daripada menampakkan lekuk senyumanku kepada lelaki itu. "Saya ... cuma macam tak percaya."
"Jadi, kau nak aku bagi bukti macam mana?" Sekali lagi, kening lelaki itu terangkat dan menurun. Keningnya sahaja, sudah membuatkan imanku tergugat. Apatah lagi yang lain.
"Macam mana yang awak sanggup."
Terbit senyuman kecil di bibir lelaki yang duduk berjarak satu setengah meter daripadaku itu.
Pelik.
"Aku sanggup untuk janji, aku akan kahwin dengan kau," dia mengakhiri ayatnya di situ.
Faris! Biar betul!
Ingin sahaja aku menelefon ambulans, membawa lelaki ini ke hospital tanjung rambutan! Dia sudah gila!
*****
"Aku sanggup untuk janji, aku akan kahwin dengan kau."
Ayat itu, seringkali mengganggu fikiranku. Sambil kedua-dua tanganku menyelongkar satu almari demi mencari sehelai pakaian yang bergelar stoking, benakku pula sedang memproses maklumat.
Dia...
Berjanji untuk berkahwin denganku?
Tidak, semua ini hanya mimpi. Berkali-kali aku memukul tubuh sendiri, demi menyedarkan daripada mimpi yang kononnya indah ini.
Auch, sakit!
Humaira, ini bukanlah mimpi. Ini dunia nyata, aku perlu terima. Pagi tadi, seorang lelaki yang telah aku pendam perasaanku terhadapnya telah meluahkan perasaannya sendiri, bahawa dirinya pun menyukai aku.
Kiranya, suka sama sukalah.
Oleh itu, aku akan menuruti perintahnya. Dia menyuruhku memakai stoking, maka aku akan pakai.
Tidak, Humaira. Ini ialah permintaan Allah, Tuhanmu. Bukan lelaki itu.
"...dan buatlah sesuatu, ikhlas kepada Allah. Bukan kerana manusia."
Sebaris lagi ayat daripada Faris, bergema di dalam fikiranku. Hari ini, asyik suaranya yang terngiang-ngiang di telingaku. Entah apa yang hebat sangat dengan auranya, sehingga aku tidak dapat melupakan.
"Jumpa pun!"
Aku bersorak gembira, apabila menjumpai sepasang stoking hitam, mungkin kali terakhir dipakaiku dua tahun lalu, semasa mengambil peperiksaan SPM.
Tubuhku direbahkan di atas katil lemah. Lega, 'misi' tadi sudah selesai. Selepas ini, tidak perlu aku risau lagi aku akan dipandang sinis semua orang.
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya bertutup. Melainkan seluruh muka dan kedua tapak tanganku. Hanya itu yang bukan merupakan aurat bagi wanita.
Dahlah.
Stoking itu aku simpan kembali ke dalam almari lalu ditutup rapat. Hatiku semakin berbelah bahagi. Di mana letaknya keikhlasan aku? Adakah kerana lelaki itu, atau benar aku melakukannya kerana Allah?
Di saat aku ingin berubah, aku diuji lagi. Seringkali terjadi begini, setiap detik ingin aku berhijrah. Ya, aku tahu Tuhan sedang menguji hamba-hambanya, kuatkah mereka untuk menempuh cabaran dalam setiap langkah untuk berhijrah?
Jeda.
Lagikan sunyi.
Hanya bunyi kipas yang berputar kedengaran berdesing di telingaku. Aku menyoal diriku sendiri, sanggupkah aku sendiri berubah kerana kehendak hati, bukan kerana kehendak orang lain?
*****
AKU duduk berlutut di halaman rumah, di atas tanah merah yang masih subur. Tidak sedikit pun aku risau pakaianku akan kotor, suatu hari nanti aku akan masuk ke dalam tanah ini juga.
Seminggu.
Seminggu aku tidak bertemu dengan lelaki itu. Setelah hari itu berlalu, tidak lagi aku dapat menghubunginya. Dia hilang dari pandangan, namun jauh di lubuk hati masih merindu.
Hanya bayangan dia, menjadi tatapan. Berwajah melayu tulin, bersih dari sebarang kekotoran. Suci.
Kerana dia ... ialah penghafaz 30 juzuk Kalamullah.
Aku tidak sangka, setinggi itu darjat agamanya. Sedangkan aku siapa? Aurat pun belum tentu boleh dijaga, seringkali diuji dengan mainan perasaan sendiri. Hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan ahli syurga, aku berasa tidak layak. Langsung tidak layak.
Dan tahun ini, dia hanya bekerja sambilan di situ. Semestinya, dia sudah tamat sekolah. Sudah semestinya, usia dia lebih tua daripadaku. Tua berapa tahun, aku tidak pasti. Yang pasti, lebih tua.
Stoking hitam yang tersarung di kaki, aku tenung lama. Mengingatkan dia yang sudah pergi dari pandangan mataku. Bak kata dia, semua manusia mempunyai dosa dan pahala. Hanya satu jalan untuk menghapuskannya, iaitu dengan bertaubat nasuha. Normal.
Yang tidak normal, ialah kita sendiri yang menambah dosa dengan sengaja dan tidak mahu bertaubat.
"Maira. Buat apa tu?"
Aku tersenyum kelat sambil menoleh ke belakang. Kakak.
Manusia yang sudah terlebih aku kenali, tidak sah jika tidak mengganggu aku sehari. Itulah adik beradik, hanya kami berdua di dalam keluarga kecil ini.
"Tak buat apa-apalah, kak," jawabku perlahan. Aku masih mengekalkan postur badanku tegak dan melutut. Selesa untuk menenangkan diri. Lelahnya aku hari ini, hanya DIA yang tahu. Betapa sakitnya aku diuji dengan perasaan yang berbolak-balik, biarlah aku sahaja yang pendam.
"Bosan ke?" tebaknya.
"Tak pun," balasku dua patah perkataan. "Cuma, Maira rasa tenang bila duduk kat sini."
Kak Hajar ketawa kecil, sambil menepuk bahuku. "Lain macam nampak, duduk kat sini pun boleh tenang... Macam pelik je."
Aku terbatuk kecil, lalu lantas menjawab, "Tak ada pun yang pelik. Perasaan akak je tu."
Selagi aku boleh tutup rahsia itu, akan aku tutup. Sepatutnya, aku tidak boleh memberitahu sesiap tentang perasaanku, termasuk Kak Laila sendiri. Aku perlu simpan, supaya ia lebih bermakna.
Ini rahsia aku, dan cinta pertamaku. Hanya aku dan dia berhak tahu. Kerana kami, masih belum mempunyai sebarang hubungan, risau akan timbul fitnah.
"Akak ... kenapa hari ni akak lain macam je? Sopan nampak, sebelum ni garang macam harimau!" Sengaja aku ingin mengusiknya, sedangkan hakikatnya aku mahu mengubah topik.
"Garang macam harimau pun, bunyi meow meow je. Garang tu kan tandanya sayang..."
Tawa kami berdua pecah. Masing-masing tidak kering gusi. Di luaran, jelas kelihatan aku yang ceria dan gembira, hanya hati yang gelap dan kelam.
Ada sebuah rahsia yang aku pendam.
"Ni ... sejak bila jadi ustazah ni? Wah, dah pandai berstokin ye, sekarang?" Jari telunjuk kakakku dihalakan ke kakiku yang bersarung dengan fabrik hitam, menutup auratku.
"Mana ada ustazah. Den ni, dosa pun tak tahu berapa. Tapi, tak salah untuk berubah walaupun kita hina, kan kak?" Riaksiku tenang dalam memberi jawapan. Setenang lelaki itu menasihati aku dengan penuh lemah lembut dan pengasih.
"Alhamdulillah, gitu. Kalau macam tu, akak pun nak juga berubahlah. Takkan sampai bila-bila hendak buat dosa."
Alhamdulillah.
Aku bersyukur gembira, bukan aku deorang yang menerima hidayah-Nya, tetapi kakakku juga. Berkat ajaran lelaki itu, berjaya menyebarkan dakwahnya kepadaku.
Faris, aku tidak akan sia-siakan kau.
Share this novel