HUMAIRA AAFIYAH, si gadis naif dan cuai, ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki bernama Faris Azmi, pada tanggal 1 Syawal dalam kalendar hijrah, bersamaan dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh semua umat muslim. Kehadiran lelaki itu, telah memberi sebuah makna dalam hidupnya. FARIS AZMI, lelaki yang digelar pemalu oleh adik-beradik serta saudara-maranya, merasakan pertemuannya dengan Humaira merupakan sebuah takdir. Faris sedar, Humaira ialah tanggungjawab dirinya. Tetapi, semuanya tidak kekal lama. Bukankah tiga perkara itu pasti hadir, kepada setiap anak Adam yang lahir di bumi ini? Rezeki, jodoh dan ajal. Semuanya sudah tertulis cantik di Luh Mahfuz, sebelum roh manusia ditiup ke dalam rahim ibu. Tidak dapat dibantah, apatah lagi dielak. "I love you, sayang. Jaga diri baik-baik." ~FARIS AZMI "Janjiku setia sampai mati. Hanya ajal yang dapat memisahkan kita." ~HUMAIRA AAFIYAH Kerana sukar untuk menerima takdir, Humaira bertekad untuk mencari bayangan Faris di hari semalam, yang telah berlalu. Yang manis tinggallah kenangan, yang pahit hanya bertukar dengan juraian air mata. Menangislah hingga keluar air mata darah sekalipun, tidak akan menghidupkan kembali manusia yang telah meninggal dunia. ______ Saya minta jasa baik dan doa kalian, tolong doakan novel saya dapat dipromote di bahagian 'terbaharu' di laman utama Novelplus. Saya merayu sangat. Ini publish kali kelima, belum pernah saya dapat dipromote di situ /T-T/ Aamiin Ya Rabbal A'lamin... <3 WARNING: SEDIAKAN TISU SEBELUM BACA. ANDA AKAN SEKEJAP TERSENYUM SAMPAI TELINGA, SEKEJAP SEDIH SAMPAI MENGALIRKAN AIR MATA. HAHAHA.
Update 06 December 2024
2021-03-31
Alhamdulillah faris sudah sedar. Percintaan faris, humaira, romantis seadanya
2021-03-29 1 Replies
Semoga dipermudahkan segala urusan Oleh Allah S.W.T
2021-03-28
Hi Hanaa, Saya Shylah dari NovelPlus. Hubungi saya di talian . Ada sesuatu yang ingin kami offer :)Hi, Saya Shylah dari NovelPlus. Hubungi saya di talian . Ada sesuatu yang ingin kami offer :)