BAB 12

Drama Completed 27711

“Akhirnya,mama dapat berjumpa dengan Ika.Mama minta maaf bagi pihak Ashraf kerana membuatkan hidup Ika menderita selama 10 tahun.Mama minta maaf,sayang.”

“Tak apalah,mama.Ika jumpa keluarga yang baru yang sangat baik.Lagi-lagi bila ada Amar.”

“Terima kasih,Syah dan Aini kerana menjaga menantu saya dengan penuh hikmah sepanjang 10 tahun ini.Saya tak tahu bagaimana mahu membalas budi kalian.”

“Berilah kebahagiaan kepada Ika.Itu sudah cukup buat kami.”

“Kalau macam tu,mari kita bincangkan soal perkahwinan Ashraf dan Atika.”Ashraf mengenyitkan matanya ke arah Atika yang hanya tersenyum manis.Selepas itu,semuanya sibuk berbincang mengenai perkahwinan Atika dan Ashraf.

**********

Atika menghirup udara malam yang segar.Alhamdulillah,dia dan Ashraf sudah selamat diijabkabulkan.Atika tersenyum sendirian.Akhirnya,dia menjadi isteri orang yang langsung tidak pernah diimpikan.Lebih-lebih lagi,suaminya merupakan bapa kepada anaknya.Atika bersyukur kerana dapat mengecapi kebahagiaan selepas 10 tahun berlalu.Tiba-tiba,Atika terasa dirinya dipeluk dari belakang.

“Sayang mengelamun ya?”

“Astagfirullah,terkejut Ika.Ishk…”Atika menampar lembut tangan Ashraf.

“Sakitlah sangat.Hai,dapat jugak abang peluk Ika secara halal sebagai isteri abang.Abang sangat rindukan Ika.Sangat cintakan Ika.Moga cinta kita berkekalan sehingga ke syurga.”

“Insya Allah…”

“Walaupun kita sudah bersama sebelum ini,tapi abang rasa macam baru berjumpa dengan Ika.Mungkin sebelum jarak 10 tahun dirasakan begitu lama dengan aksi jual mahal Ika pada abang.”Atika tergelak kecil.

“Bukan jual mahal,tapi berwaspada.Manalah tahu abang nak tipu Ika macam…”

“Syhh…jangan cakap benda itu lagi.Kalau ada perkara yang paling abang sesalkan,itu adalah apabila abang menghalau Ika setelah apa yang abang buat pada Ika.Abang berjanji dengan nyawa yang abang takkan tinggalkan Ika walaupun apa pun dugaan yang mendatang.”

“Boleh ke Ika percaya abang?”

“Kenapa?Tak percaya ke?Nak bukti ke?”Ashraf merapatkan wajahnya dengan wajah Atika yang kelu dengan tindakan kamikaze Ashraf sebelum…

“Astaghfirullahal’azim..umie dengan abah tengah buat apa tu?Tak malu…”

“Astaghfirullahal’azim…sejak bila budak bertuah ni masuk bilik…Lepas peluang keemasan…”Atika tergelak kecil mendengar kata-kata Ashraf yang sudah merebahkan mukanya ke bahu Atika.

“Ya Allah,Amar.Kan nenek dah kata malam ni tidur dengan nenek dengan nenek Aini.Kenapa kacau umie dengan abah?”

“Oh,tak boleh kacau ke,nenek?”

“Bertuah betul cucu aku ni..Mari keluar.Maaflah,pengantin baru….”Puan Amina mengenyitkan mata ke arah Atika dan Ashraf.

“Maaf tidak diterima.”Semuanya tergelak mendengar keluhan manja Ashraf.

“Apalah abang ni…mak dengan abang Syah mana,mama?”

“Ada kat bawah.Tengah berborak.Syah tengah berborak dengan Jannah,sepupu Ashraf.Eloklah…satu doktor,satu jurutera.Jannah tu pun molek juga orangnya.”

“Moga-moga mereka ada jodoh kan,bang?”

“Bagus jugak.”

“Mama keluar dulu ya?Kalau ada apa-apa,mama ada kat sebelah.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam…”Atika dan Ashraf menjawab salam serentak.

“Eh,nak pergi mana tu?”

“Nak masuk dalamlah.Sejuk.”

“Oh,nak masuk dalam…”Ashraf terus mengangkat Atika masuk ke dalam rumah.

“Abang!”

“Ika!”

Inilah kehidupan manusia.Adakala gembira,adakala sedih,adakala menderita.Namun,tujuannya jelas.Untuk merapatkan hubungan sesama manusia dan hubungan antara manusia dengan Allah SWT.Kebahagiaan yang dikecapi Atika dan Ashraf mungkin bersifat sementara.Mungkin kerana akan ada pertelingkahan,cemburu,perselisihan faham,pendek kata dugaan dalam mendirikan rumahtangga.

Namun,semua itu ada hikmahnya dan hanya orang yang mengalaminya akan merasai sendiri hikmah di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku terhadapnya.Semoga rumahtangga Atika dan Ashraf berkekalan hinggan ke syurga.Insya Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience