Atika mengusap gambar Amar.Hanya Allah SWT yang mengetahui bahawa gusarnya hati ibunya dengan kehilangan Amar.
“Tak tidur lagi?”Ashraf menegur Atika yang sedang asyik mengusap gambar Amar di laman luar rumah.Atika cuba menyembunyikan perasaan gemuruhnya.
“Ibu mana yang boleh tidur nyenyak bila anaknya hilang.”
“Jangan risau,Ika.Rizal tu berpengalaman tinggi dalam kerja pencarian kes orang hilang.Insya Allah,Amar akan dijumpai.”Suasana sepi.Sesekali Ashraf mencuri pandang Atika yang sudah berada dalam dunianya sendiri. ‘Inilah peluangnya untuk mencari kebenaran.’
“Amar itu comel budaknya kan?Tapi abang perasan yang matanya,hidungnya,senyumannya persis abang kan?”Atika terkejut kerana Ashraf dapat menyedari persamaanya dengan Amar.Atika segera bangkit untuk masuk ke dalam sebelum lengannya disambar oleh Ashraf.
“Kenapa ni?”Mujur sahaja dia memakai baju lengan panjang.
“Abang tahu Ika tahu yang lambat-laun kita akan bercakap tentang hal ini juga.Duduk,Ika.10 tahun.Terlalu banyak yang ingin kita cakapkan.Pertama sekali,abang dapat tahu yang Ika belum berkahwin lagi.Ika tipu abang ya?”Atika duduk kembali.Apa yag dikatakan Ashraf semuanya benar.
“Saya tak tipu.Saya cuma cakap yang saya sudah mempunyai keluarga saya sendiri.Inilah keluarga saya.”
“Oh,kiranya abanglah yang salah faham ni.Hai,nasib baik Ika belum kahwin lagi.Adalah peluang untuk abang.”
“Macam mana awak tahu?”
“Mestilah Syah yang beritahu.Abang tanya dia yang betul ke Ika dah kahwin?Dia kata belum.Dia kata yang Ika pernah kata yang Ika tak nak kahwin.”
“Siapa yang nak kahwin orang yang dah ada anak sebelum nikah?”
“Abang nak.Selama 10 tahun,abang mempersiapkan diri abang untuk menjadi seorang suami yang baik untuk Ika nanti.Ika tahu,buat kali pertama dalam hidup abang menangis untuk seorang perempuan yang abang cintai sepenuh hati abang.Abang selalu pergi ke tempat yang kita selalu pergi untuk melepas rindu.Abang masih simpan gambar-gambar yang ada dalam album gambar kita.Walaupun Ika seorang yang keras kepala,Ika seorang yang tidak jemu dipandang dan perangai Ika membuatkan abang sentiasa sayangkan Ika.Kawan-kawan abang selalu gelakkan abang sebab bercinta dengan budak sekolah.Tapi abang tak kisah,sebab Ika matang walaupun masih muda.”
“Kenapa awak halau saya kalau awak sayangkan saya?”
“Abang pun tak tahu kenapa abang bertindak seperti itu.Mungkin abang tak berani di depan papa.Abang tak cukup berani lagi untuk mempertahankan apa yang abang dah buat.Alhamdulillah,abang dah berani mempertahankan apa yang abang dah buat.”
“Papa awak…apa khabarnya?”
“Papa abang dah bercerai dengan mama.Semua itu kerana seorang perempuan yang papa kenal tujuh tahun yang lalu.Katanya,dia dah muak tengok mama yang sudah semakin tua dan tak cantik seperti dahulu.Mama terima dengan hati yang terbuka.Lebih baik papa dengan perempuan itu berkahwin daripada membuat perkara yang terkutuk.Apapun,perempuan itu telah hamil sebelum mereka bernikah.”
“Astaghfirullahal’azim.Er..mama awak?”
“Alhamdulillah,dia okey.Dia sekarang duduk dengan abang.Mama kirim salam dekat Ika.”
“Wa..waalaikumussalam.Mama kata dia tak sabar nak tengok bakal menantunya.”
“Saya tak nak…”
“Abang akan bertanggungjawab atas apa yang kita dah lakukan,Ika.Lantaklah orang nak kata apa,apa yang pasti kita berdua sudah bertaubat atas perbuatan yang kita sudah lakukan.Itu sudah cukup baik.”
“Saya tak dapat jamin tentang hal ini.”
“Abang sentiasa berdoa yang Ika akan menerima abang kembali.Dah lewat ni.Tidurlah dulu.Esok kita akan sambung cari Amar.Jangan risau.Kita pasti akan menjumpai Amar.Allah SWT kan sentiasa ada di sisi kita?Abang masuk dalam dulu.Oh,ya.Lagi satu,terima kasih kerana jaga anak kita dengan sempurna.Lepas ni,biar kita jaga anak kita sama-sama.Okey?”
“Amar bukan…”
“Jangan cuba menegakkan benang yang basah,Ika.Abang dah tahu segala-galanya dari Syah.Ika tak boleh tipu abang lagi.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…”Atika menyambut salam Ashraf dengan perlahan.Atika pasrah.Itu sememangnya hak Ashraf untuk tahu bahawa Amar ialah anaknya.
**********
“Ya Allah,Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Aku memohon kepada-Mu agar memudahkan aku untuk mencari anakku,Amar.Janganlah Engkau menghukumnya atas kesilapanku,Ya Allah.Selamatkanlah dia walau di mana jua dia berada,Ya Allah.Makbulkanlah doaku ini,Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin…”Atika menangis teresak-esak di tikar sejadah mengharapkan pertolongan dari-Nya.Hanya Allah SWT tempat manusia bergantung dan meminta.Tiada yang lain yang berhak disembah melainkan Allah SWT.Ashraf hanya mampu memandang Atika di sebalik pintu biliknya sahaja.Hatinya sebak melihat Atika menangis.
“Ashraf…”Panggilan Irwansyah mengejutkannya.
“Oh,Syah…”
“Kau kena kuat,Ashraf.Kalau kau kuat,Ika akan kuat.”
“Insya Allah,aku akan sentiasa menjadi kuat untuk Atika.”
“Baguslah macam tu.Ika dah banyak menderita.Walaupun dia gembira bersama kami,namun bila dia bersendirian dia pasti akan murung memikirkan kehidupannya.Walaupun saya baru kenal dia,tapi 10 tahun sudah cukup untuk saya membaca hatinya.Apabila dia mengatakan yang dia tidak mahu berkahwin,saya tahu yang dia masih sayangkan awak.”
“Betul ke,Syah?”
“Takkan saya nak tipu.Teruskan mencuba untuk memenangi hati dia,Ashraf.Hatinya tertutup rapat tapi kita semua tahu yang nama awak masih terpahat dalam hatinya.Dia seorang yang tak pandai menutup rahsianya sendiri.”
“Alhamdulillah,berita ini sudah cukup buat saya gembira.Terima kasih,Syah.”
“Amar ialah kunci hati Ika.Ingat tu,Ashraf.”
Share this novel