Gerak langkah Atika terhenti.Bukan kerana ribut,bukan kerana taufan tetapi kerana dia merasakan bahawa jantungnya berhenti berdegup. ‘ Mengapa dia bersama Amar?’
“Umie!Amar tadi cari Umie tapi tak jumpa.Amar takut sangat.Nasib baik Amar jumpa pakcik ni.Dia baik,Umie.Dia belikan Amar aiskrim…”
“Amar,lain kali jangan terima pertolongan orang asing membuta tuli.Kita tak tahu niat mereka yang sebenarnya.Faham,sayang?Jangan risaukan hati Umie lagi lepas ni,ya?”
“Ya,Umie.Amar minta maaf.”
“Tak apa.Lepas ni Amar jangan buat lagi,ya?Terima kasih kerana tolong jaga Amar buat sementara.”
“Ika!Ika kan?”
“Maaf,saya tak tahu awak siapa.Assalamualaikum.”
“Ika!”Atika tidak dapat melepaskan dirinya dari pelukan kuat oleh si dia.
“Lepaskan aku.Kalau tak,aku jerit minta tolong.Lepaskan!”
“Sekejap,Atika.Biar abang lepaskan rindu abang pada Ika.Ika pergi mana selama ni?Penat abang cari.”Atika tergelak sinis.
“Buat apa kau cari aku?Bukankah kau dah buang aku,singkirkan aku dari hidup kau?Jangan nak berpura-pura masih sayang dekat aku.Mari,Amar.”
“Anak itu anak abang,kan Ika?”Atika memberhentikan langkahnya.Amar memandang ibunya pelik.Setahunya,ibunya memberitahunya bahawa bapanya telah meninggal dunia.
“Bukan.Jangan nak mimpi.”Atika terus menuju ke kereta Myvinya.Apa yang dia mahu sekarang hanyalah pergi dari taman permainan itu.
“Abang akan dapatkan Ika dan kebenaran Amar walau apa pun yang Ika cuba buat.Abang cintakan Ika dulu,kini dan selamanya.”
**********
Atika menuju ke arah Mak Aini dan terus mendakapnya sambil menangis teresak-esak.
“Ika,kenapa ni?Amar,kenapa umie macam ni?”
“Tak tahu,umie tiba-tiba saja menangis dalam kereta tadi.”
“Tak apalah,Amar masuk dalam bilik dulu.Nanti makan malam dah siap,nenek panggil Amar ya?”
“Mak…”
“Ya,kenapa sayang?”
“Ika jumpa Ashraf.Ashraf dah jumpa Amar.Ika takut,mak.Ika takut Ashraf akan ambil Amar dari Ika.”
“Macam mana Ashraf tahu yang Amar anaknya?Setahu mak,Ashraf tak tahu tentang Amar.”
“Dia tak tahu lagi tapi dia tanya kalau Amar anaknya.Ika pasti dia akan cari kebenarannya walau apa pun yang Ika cuba buat.Ika benci dia,mak.Tak cukup lagi penderitaan yang dia beri pada Ika.Ika yang melahirkan,membesarkan,mendidik Amar.Bukan keluarga dia.Ika benci mereka.Benci!”
“Bawa beristighfar,Ika.Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang yang sabar.Banyakkan berdoa pada Allah SWT.Ya,sayang?Jangan risau,mak sentiasa ada di samping Ika.”Atika terus menangis meringankan beban hatinya di riba Mak Aini sambil kepalanya diusap lembut Mak Aini.
**********
Atika mengusap lembut kepala Amar yang sedang nyenyak tidur.Ditenung wajah kecil Amar.Sekali pandang,mukanya banyak mewarisi wajah Ashraf.
Mata redupnya,hidung mancungnya,senyumannya.Itulah yang membuatkan Ika terseksa apabila melihat wajah Amar ketika Amar dilahirkan.Namun,dia tabah mengharunginya dengan mengingatkan dirinya bahawa lelaki yang berada di hadapannya ini ialah Amar dan bukannya Ashraf.
“Tak tidur lagi,Ika?Dah lewat ni.Esok kau nak pergi kerja.”
“Eh,mak.Belum lagi.Ika baru tidurkan Amar.Mak pergilah tidur dulu.”
“Yalah.Jangan difikirkan sangat apa yang terjadi hari ni.Dapatkan tidur yang secukupnya.Mak tidur dulu,Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,mak.”Jawabnya sambil mengucup tangan Mak Aini.
Ashraf,kenapa kau datang menghantui hidupku lagi?
Share this novel