BAB 2

Drama Completed 27711

Pagi itu hanyalah seperti pagi-pagi yang biasa.Sehinggalah Datuk Arshad datang meluru ke arah Atika dan menamparnya.

“Anak tak sedar dek untung!Berani kau menconteng arang dekat muka aku?!”

“Kenapa papa ni?Tiba-tiba tampar Ika?!Dah buang tabiat ke?”

“Berani kau lawan aku lagi lepas apa yang kau dah buat?”

“Apa yang Ika buat?!”

“Kau mengandung kan?!Kalau Dr. Hadi tak beritahu aku,sampai mati aku tak tahu kau mengandung!Siapa,Atika?Siapa lelaki bangsat tu?!Cakap!”Atika hanya mampu mendiamkan dirinya.Dipandangnya sekilas ke arah mamanya.Sangkanya mama sudah membayar wang yang cukup untuk mengunci mulut Dr. Hadi.

“Tak payah nak libatkan lelaki tu,papa!Ika dah buat keputusan nak gugurkan kandungan ni.Lagipun,kandungan ni baru dua bulan.Rasanya,tidak ada masalah untuk…”Atika tersungkur ke lantai setelah ditampar sekali lagi oleh papanya.Papanya kelihatan gunung berapi yang sudah mengeluarkan lavanya.

“Kau dah buat dosa,kau nak tambah dosa lagi?Ya Allah,ampunkanlah dosa aku…aku tak sangka kau yang aku tatang bagai minyak yang penuh sanggup buat benda yang terkutuk ini.Pernah ke aku ajar benda-benda yang sebegini,Atika?Cakap!”

“Memang papa tak pernah ajar tapi pernah ke papa berada di samping Ika di saat Ika menghadapi saat-saat yang sukar?Tak pernah!Papa sibuk memajukan syarikat papa daripada meluangkan masa dengan anak papa sendiri!Ika benci papa!”

“Oh,kau salahkan aku atas dosa yang kau dah lakukan?!Memang aku tak pernah berada di sisi kau bila kau susah.Tapi,aku dah beri pendidikan yang cukup untuk kau!Aku dah jelaskan mana yang baik dan mana yang buruk pada kau.Kau dah besar.Seharusnya kau mampu mengawal nafsu kau!Ini tidak,ikutkan sangat kawan-kawan kau yang tak guna tu.Sudah berapa kali aku larang kau daripada bergaul dengan sampah-sampah masyarakat tu?!Pernah ke kau dengar kata-kataku?”

“Sampah-sampah masyarakat itulah yang mahu mendengar keluhan Ika!”

“Apa kau tak boleh mencari rakan-rakan yang molek peribadinya?Kau hanya mementingkan luaran daripada dalaman,Atika.Kau hanya mahu bersama dengan rakan yang kau anggap sekhufu dengan kau padahal mereka itulah yang berada di kedudukan yang paling hina!”

“Diam.Smpai Ika mati,Ika benci papa sampai Ika mati!!!”Atika terus meluru ke luar villa dan tidak menoleh ke belakang lagi.Itulah kali terakhir dia melihat villa itu.Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya.

“Ika!Ika,sayang!Balik,nak!Kita boleh bincang perkara ini baik-baik…”

“Pedulikan dia,Alina!Mulai hari ini,kita sudah tak ada anak lagi!Aku haramkan dia daripada menjejakkan kaki ke rumah ni lagi!”Atika meneruskan langkahnya.Lantaklah!

“Abang!Abang!”

“Ika,kenapa datang sini?Hujan-hujan macam ni?Marilah masuk.Kenapa ni?”

“Abang!Ika kena halau dari rumah..”Atika memeluk erat Ashraf.

“Macam mana boleh jadi macam tu?Apa yang Uncle Arshad dah buat pada Ika?”

“Abang,ada satu perkara yang Ika tak beritahu pada abang.Ika…Ika mengandung,abang.Ika mengandung anak abang.”Ashraf seperti di sambar halilintar.

“Ika bergurau kan?Ika tak maksudkan apa yang Ika cakap kan?”

“Ika takkan bergurau tentang hal yang sebegini,abang.Ika bercakap benar.Itulah sebabnya Ika dihalau oleh papa.”

“Apa?”Ashraf dan Atika menoleh ke arah sumber suara itu.

“Papa.”Ashraf sudah mati akal apabila papanya sudah mendengar isi perbualan mereka.

“Betul apa yang Ika cakap,Ashraf?”

“Macam ni,papa…”

“Papa hanya tanya betul ke tidak?Jawab!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience