BAB 5

Drama Completed 27711

Atika baru sahaja menghantar Amar ke Sekolah Kebangsaan Sri Langat sebelum bertembung dengan kereta Ashraf.Kereta Ashraf betul-betul berhenti di hadapan keretanya.Atika mengucapkan istighfar banyak kali kerana berjaya mengelak daripada kecelakaan.

“Kenapa kau buat macam ni?!”

“Masuk,Atika.”Ashraf menarik tangan Atika untuk masuk ke dalam keretanya sebelum sempat Atika mahu melepaskan diri.

“Uruskan kereta itu.Saya akan memandu dari sini.Terima kasih.”Perintah Ashraf kepada pemandunya.

Suasana di dalam kereta senyap sunyi.Atika mengusap lengannya yang masih sakit kerana ditarik oleh Ashraf.Ashraf menyedari tindakan kasarnya.

“Abang minta maaf.”Atika tetap dengan kebisuannya.Ashraf mengeluh kecil.Ashraf membelok ke arah selekoh jalan.Atika menyedari tujuan kereta ini bergerak.

“Aku tak nak jejakkan kaki dekat tempat itu.Patah balik,aku nak balik.Aku nak balik!”Atika cuba mengacau pemanduan Ashraf sebelum kereta itu hilang kawalan dan hampir jatuh ke dalam gaung.

Nasib baik Ashraf dapat memberhentikan keretanya tepat pada masanya.Atika sempat di dakapnya untuk melindunginya daripada terhantuk ke hadapan.Atika kelu.Jantungnya bagaikan disentap-sentap akibat daripada kejadian yang hampir meragut nyawanya dan Ashraf.

“Ika okey?Ada apa-apa yang sakit?”Ashraf mulai risau tatkala Atika menangis teresak-esak sambil badannya menggeletar.Mungkin kerana kejutan yang melampau.

“Jangan takut,Ika.Abang ada dekat sini.Berhenti menangis.Jangan menangis lagi,Ika.Ika takutkan abang.”Ashraf memeluk Atika dengan lembut.

Buat seketika,dia dapat merasakan saat mereka berpelukan di masa yang lalu.Dia merasa bahagia apabila Atika berada di pelukannya setelah sekian lama.Atika yang sudah mulai sembuh daripada kejutan menolak tubuh Ashraf secara perlahan-lahan.

“Maaf.”Ashraf terlupa yang Atika bukan muhrimnya dan saat ini bukanlah saatyang sama seperti dahulu apabila mereka bersama tanpa memperdulikan hukum agama.

Atika dan Ashraf masing-masing beristighfar dalam hati memohon keampunan-Nya.Ashraf mengundurkan keretanya ke tempat yang selamat.Atika keluar daripada kereta diikuti dengan Ashraf.Tempat itu masih indah seperti waktu dahulu.

Sebenarnya,tempat itu tempat yang selalu dibawa oleh Ashraf ketika mereka masih bersama.Mereka selalu menghabiskan masa mereka di sana menikmati saat-saat romantis bersama.Saat mereka berkelah,berenang di tepi tasik dan bergembira bersama menerjah kembali ke dalam ingatan mereka berdua.

“Saya nak balik.”Atika cuba menahan sebak di dada.

“Abang minta maaf atas segalanya,Ika.Abang tak patut halau Ika 10 tahun yang lepas dan menafikan anak yang Ika kandung itu sebagai anak abang.Abang minta maaf.Saban hari perasaan bersalah abang membukit.Abang sentiasa memikirkan Ika,setiap masa,setiap waktu.Abang rasa macam nak gila.Mujur mama sentiasa ada di samping abang.Dia tahu Ika memang mengandungkan anak abang.Abang tak dapat nak tipu mama.Mama sentiasa memberi semangat pada abang.Sejak itu,abang berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik supaya abang dah jumpa Ika nanti,abang dapat pimpin Ika ke jalan yang diredhai Allah SWT.Abang sentiasa berdoa pada Allah SWT agar abang dapat bertemu dengan Ika dan mungkin,anak kita.Akhirnya,abang dapat jumpa Ika yang sebenarnya terlalu dekat dengan abang tanpa abang sedari.Ika ingat abang mahu melepaskan Ika macam tu sahaja setelah 10 tahun abang mencari Ika?”

“Saya dah ada kehidupan saya sendiri.Kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia.Saya sudah ada keluarga saya sendiri.Kita sudah ditakdirkan untuk hidup dengan haluan yang berbeza.”

“Apa maksud Ika dah ada keluarga sendiri?Ika..Ika dah berkahwin ke?”

“Tolong,saya nak balik.”

“Ika dah berkahwin ke?Cakap betul-betul dengan abang.Ika dah ada suami ke?”Ashraf mendekati Atika.

“Saya nak awak terima hakikat yang kita tidak ada jodoh.Saya harap awak lupakan saat-saat kita bersama-sama dahulu.Saya nak balik.”Ashraf terkelu.Harapannya untuk memperisterikan Atika hancur lebur.Tubuhnya tiba-tiba saja longlai.

“Kalau..kalau macam tu,abang minta maaf kerana mengganggu Atika.Selamat berbahagia dengan hidup Atika.”Ashraf mencapai telefon bimbitnya dan menyuruh pemandunya membawa kereta Atika ke situ.

“Selamat tinggal.Assalamualaikum.”

“Waalai..kumussalam…”Ashraf hanya memerhatikan kereta Atika hilang daripada pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience