“Mak!”
“Maafkan mak,Ika.Mak dah mula rasa tak senang hati bila dia tak balik pukul 7 malam.Mak pergi ke taman permainan.Kosong.Tak ada orang.Mak pergi pula rumah kawan-kawannya.Mereka kata Amar dah balik lama dah.Mak risau…Dia tak pernah buat macam ni.”
“Takpe,mak.Sekarang ni,telefon sesiapa saja yang kenal Amar.Mungkin Amar pergi rumah mereka.Ika,ada tak nombor telefon kawan-kawan Amar?”
“Ada.”
“Okey,kita mula telefon sekarang.”
“Eh,Mak macam kenal muka ni.Nama anak siapa?”
“Assalamualaikum,makcik.Nama saya Ashraf.”
“Waalaikumussalam,Ashraf…patutlah,persis muka Am…”
“Mak…”Atika memberi amaran.
“Persis muka siapa,makcik?”
“Tak ada sesiapa.Persis muka anak kawan makcik.”
“Ashraf,awak boleh tolong telefonkan nombor ini?”
“Oh,ya.Boleh…”Begitulah seterusnya selepas sejam.Tetapi,tiada tanda-tanda Amar ada bersama mereka.Atika mula gelisah.
“Macam mana ni,mak?Amar hilang..Ya Allah,Amar…anak umie…Amar kat mana sayang?”
“Bawak bersabar,Ika.Allah tengah nak uji kita.Amar pasti akan kita jumpa.Jangan risau,ya?”
“Abang akan telefon kawan abang.Dia polis.Mana tahu dia boleh tolong kita cari Amar.”
“Saya tak nak…”
“Tolong,Ika.Jangan nak pentingkan ego Ika dalam waktu-waktu yang sebegini.Abang ikhlas nak tolong.Faham?Assalamualaikum,Rizal.Aku ni,Ashraf…”Ashraf melangkah keluar untuk berbincang dengan rakan polisnya.
“Betul cakap Ashraf tu,Ika.Dia nak tolong.Biarlah.Lagipun Amar tu anak dia walaupun dia tak pernah tahu yang Amar tu anak dia.”
“Tapi Ika yang..”
“Ika yang membesarkan dia?Habis sperma siapa yang bergabung dengan ovum Ika kalau tak Ashraf punya.Kalau tak ada sperma Ashraf,Amar tu tak wujud.Jadi jangan nak menafikan hak dia sebagai bapa.Walau macam mana pun,Ashraf tetap bapa Amar.Noktah!Abang tak nak Ika membantah lagi takdir yang Allah dah buat.”Suasana sepi seketika sebelum Ashraf masuk semula ke dalam rumah.
“Saya dah bincang dengan Rizal.Esok dia dan pasukannya akan bantu kita cari Amar.Esok,kita bawa butiran peribadi Amar dan gambarnya sekali untuk memudahkan Rizal melakukan proses pencarian Amar.”
“Terima kasih,Ashraf.Bantuan awak amat saya senangi.”
“Jangan macam tu,Syah.Kitakan kawan.”
“Awak nak tidur sini malam ni?”
“Abang!”
“Apa?Esok kita kena cari Amar kan?Abang cadangkan ini untuk tak buang masa dia untuk ke sini.Rumah dia jauh nun dekat Kuala Lumpur.”
“Bagus juga idea tu,Syah.Saya akan telefon pemandu saya untuk bekalkan saya baju dan keperluan lain.”Atika menjeling Irwansyah yang sengih memanjang kerana usahanya untuk mengikat kembali tali percintaan antara Atika dengan Ashraf mula membuahkan hasil.
Share this novel