“Assalamualaikum,Rizal.Kenapa?Hah?Kau dah jumpa Amar?Alhamdulillah…kat mana?Aik,kenapa kau tak boleh ambil dia?Orang tu ada pistol?Astaghfirullahal’azim…Dekat mana?Okey,aku datang.Okey.Assalamualaikum.”
“Kenapa,Ashraf?”
“Amar dah dijumpai tapi masalahnya orang yang menculik Amar itu ada pistol.Polis khuatir yang penculik itu akan menembak Amar.Kita akan ke sana sekarang.”
“Ya Allah,selamatkanlah Amar…”
“Mari,nak.Kita pergi sekarang.”
**********
“Assalamualaikum,Ashraf.Dah sampai pun kau.Itu rumahnya.Penculik berumur 56 tahun.Dia mempunyai masalah mental.Dia mendakwa yang Amar merupakan cucunya.Apabila kami ingin mendekati,dia melepaskan tembakan.Baru kami tahu yang dia bersenjata.Aku baru panggil pasukan unit khas untuk selesaikan hal ini.”
“Waalaikumussalam.Apa kata biar aku yang berunding dengan pak cik tu?”
“Kau dah gila,Ashraf?Kenapa kau nak bahayakan nyawa kau?”
“Amar ialah anak aku,Rizal.Aku mesti dapatkannya walau apa pun yang berlaku.”
“Apa?Setahu aku kau belum berkahwin..kau…”
“Itu perkara yang lepas,Rizal.Perkara yang sudah berusia 10 tahun.Aku bukan aku yang 10 tahun yang lepas.”
“Aku akan sediakan baju kalis peluru untuk kau.Sebentar lagi pasukan unit khas akan datang.Mereka akan lindungi kau.”
“Okey,terima kasih atas kerja keras yang kau lakukan,Rizal.Aku sangat menghargainya.”
“Macam mana,Ashraf?”
“Jangan risau.Saya akan menyertai pasukan unit khas untuk memujuk pakcik itu.Dia ada masalah mental.Moga kami dapat memujuk pakcik tu.”
“Awak nak pujuk pakcik tu?Tapi awak kan bukan polis.”
“Memang abang bukan polis,tapi abang bapa Amar.”
“Tapi…”
“Jangan risau.Insya Allah,tiada siapa yang akan cedera.Termasuk abang.”Atika memandang risau ke arah Ashraf.Memang Amar penting,tapi…
“Jangan risau,Ika.Ashraf akan pakai baju kalis peluru.”
“La…tak sangka Ika sayangkan abang.”
“Dalam masa yang macam ni,awak masih nak main-main lagi?!”
“Hahaha…abang gembira Ika masih sayangkan abang.Terima kasih,Ika.”Atika memandang ke arah yang lain untuk menyembunyikan perasaan gemuruh padahal yang lain sudah mula tersenyum.
“Ehem,saya nak Amar dan awak selamat.Itu sahaja.”Ashraf hanya tersenyum lebar sebelum Rizal memanggilnya untuk bersiap sedia.
**********
Pintu rumah diketuk.Ashraf bersiap sedia berdepan kemungkinan ditembak.
“Aku dah kata yang Amar ini cucu aku!Jangan ambil dia dari aku!Berambus!!!”Kedengaran bunyi tangisan Amar.
“Pakcik,saya bapa Amar.Jika betul pakcik datuk Amar,tunjukkan muka pakcik supaya saya boleh kenal pakcik.”
“Kau?Kau bapa Amar?”Pakcik itu terus membuka pintu rumahnya.Ashraf cuba mengecam pakcik itu tetapi tak dapat mengecamnya sama sekali.
“Ya,saya bapa Amar.Pakcik,pakcik bukan bapa saya dan bukan bapa Atika,ibu Amar.Jadi pakcik tidak boleh membuta tuli mengatakan yang Amar ini cucu pakcik.Saya mohon,pakcik.Saya mohon untuk lepaskan anak saya…”
“Aku kata jangan Amar dari aku!”Terus sahaja pakcik itu menembak Ashraf di bahagian kakinya dan tangannya.Jeritan kesakitan Ashraf yang kuat dapat didengari pihak yang berada di sekeliling.Atika mula berasa risau.Tanpa membazir masa,pasukan unit khas yang berada di belakang Ashraf menyerbu rumah tersebut dan menggari tangan pakcik itu sepantas mungkin.
“Tuan,kami berjaya menangkap suspek.Tapi,bapa mangsa cedera.Agak parah.Pasukan medic diperlukan di sini.”
“Baik,syabas.Medik,bergerak.”
“Kenapa Encik Rizal?”
“Ashraf…Ashraf kena tembak.Agak parah.”
“Astaghfirullahal’azim…”Atika hanya mampu mendiamkan dirinya.Abang…..
Share this novel