“Pesakit kehilangan banyak darah.Kami perlukan penderma yang darahnya jenis A.Ada sesiapa?”
“Saya,doktor!”
“Baik.Sila ikut saya.”
“Hati-hati,nak.”
“Insya Allah…”
Atika memerhatikan darahnya disalurkan kepada tubuh Ashraf.Melihat Ashraf yang kaku itu menggerunkan Atika. ‘Mengapa masih ada rasa kasih sayang untuk kau,Ashraf?’
“Umie…”
“Ya,Amar.”
“Janganlah nangis,umie.Amar takut.”
“Tak ada apa-apa ,sayang.Umie cuma risaukan…”
“Abah Amar ya?”
“Siapa yang beritahu Amar ni?”
“Abang yang cakap.Amar,orang yang tengah baring lesu itu ialah bapa Amar.Dialah abah Amar yang sebenarnya.”
“Oh,umie tipu Amar ya?Umie kata abah Amar dah meninggal dunia.Tapi,rupa-rupanya…Tak baik umie buat macam tu.Amar rindukan abah.”
“Maafkan umie,sayang.Umie janji umie takkan tipu Amar lagi…”
“Kalau macam tu,Amar nak tanya.Umie sayangkan abah tak?”Amar mengenyitkan mata ke arah Irwansyah yang turut membalasnya.
“Umie…er…umie sayangkan..abah..hmm…”
“Abah Syah,jom kita solat.Amar nak doa banyak-banyak supaya abah Amar cepat sembuh.”
“Bagus tu.Mari,Amar.Tinggalkan umie dengan abah.”Atika menjeling tajam melihat Irwansyah yang tersengih keriangan.
**********
Atika memandang sayu ke arah Ashraf.Dia terharu melihat pengorbanan Ashraf untuk menyelamatkan Amar.Dia rasa bersalah kerana selalu tidak mengendahkan Ashraf yang sebenarnya serius untuk menyayanginya semula.
“Abang,bangunlah.Ika mahu minta maaf pada abang.Bangunlah,abang.Ika…Ika masih cintakan abang.Walaupun Ika cuba untuk membenci abang,tapi Ika tak mampu.Ika cintakan abang sepenuh hati Ika.Bangunlah,abang.”
“Betul tak abang cakap?Ika masih cintakan abang.”Atika terkejut melihat Ashraf yang sudah sedarkan diri.
“Bila abang bangun?”
“Pagi tadi.Apasal datang lambat sangat.Abang dah rindu sangat dekat Ika dengan Amar.”
“Haissyh!Sampai hati abang buat Ika macam ni!Abang memang kejam.”
“Aduh!”Ashraf mengerang kecil apabila Atika memukul lengannya yang ditembak.Atika rasa bersalah serata-merta.
“Oh,maafkan Ika.Oh,Ika tak sengaja.Sakit kah?”Ashraf tergelak kecil melihat aksi gelabah Atika yang sudah lama tidak disaksikannya.
“Tak,dah sembuh dah.Mendengar lafaz cinta Ika yang sering kali menjadi pengubat luka abang suatu ketika dahulu.”Atika mulai memerah mukanya.
“Perkara lama jangan diungkit.”
“Alamak,merah lah pulak si manis sayang abang ni.”
“Apa-apa ajelah.”
“Kita kahwin ya,Ika?”Atika memandang lama ke arah Ashraf.
“Hmm…kita kahwin.”
“Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga impian abang.Apalah sangat luka-luka tembakan ni dibandingkan dengan cinta abang untuk Atika…kan?”
“Ada masa lagi nak bergurau tengah sakit-sakit macam ni?”Ashraf tergelak kecil.Seketika kemudian,kedengaran ketukan pintu.Rizal menjengahkan kepalanya.
“Assalamualaikum.Aku kacau ke?”
“Waalaikumussalam,Rizal.Tak adalah.Kenapa ni?”
“Aku saja nak tengok kau.Dah sembuh ke belum.Kau memang bapa yang sejati,Ashraf.Aku tabik kau.”
“Untuk anak,aku sanggup lakukan apa-apa saja untuk keselamatannya.”
“Ah,mengenai penculik tu.Dia sudah dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa.Rupa-rupanya,isterinya sudah meninggal dunia sembilan tahun yang lepas.Isterinya meninggal dunia kerana tertekan.Satu-satunya anak mereka lari dari rumah dan tak balik-balik.Kemudian,pakcik ini seperti hilang arah.Daripada seorang ahli perniagaan yang berjaya,dia menjadi papa kedana.Sebab itu,dia menjadi gila.Mungkin kerana dia menyesal menghalau anaknya sendiri,dia asyik menyebut nama anaknya dan meminta maaf kepadanya.Sadis sungguh cerita pakcik itu.”
“Siapa namanya?”
“Dato’ Arshad bin Amiruddin.”Atika membeliakkan matanya.Papa?
“Apa?Itu Uncle Arshad.Papa Ika.”
“Apa?!Ja..jadi memang betullah bila dia katakan yang Amar itu cucunya?”
“Siapa nama anak yang selalu disebutnya?”
“Atika.”
“Astaghfirullahal’azim,papa…”
Share this novel