BAB 3

Drama Completed 27711

“Tak!Anak yang Ika kandungkan bukan anak Ashraf.Ashraf takkan lakukan perkara yang terkutuk itu,papa.”Atika terkejut besar mendengarkan apa yang Ashraf lafazkan.

“Abang,sampai hati abang tak mengaku anak ini anak abang?”

“Memang anak ini bukan anak aku.Perempuan seperti kau ni pasti sudah melakukan perkara yang terkutuk ini dengan ramai lelaki yang lain.Jangan nak babitkan aku dalam hal ini.Sekarang aku nak kau berambus dari sini!Pergi!”Atika menangis teresak-esak di hadapan Ashraf yang langsung tidak menunjukkan apa-apa riak muka.

“Abang,hanya abang saja yang pernah bersama dengan Ika.Tak mungkin anak yang Ika kandungkan ini anak orang lain.Anak ini anak abang.Percayalah.”

“Aku tak nak dengar lagi hal ini.Pergi kau dari sini!Aku tak nak tengok muka kau lagi.Berambus!”

“Abang…”

“Kau dah dengar apa yang anak aku cakap kan?Berambus!Perempuan jalang!Memang patut bapak kau buang kau!Merosakkan keturunan saja.”Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perasaan Atika.Betapa terlukanya hatinya apabila dihalau oleh papanya,ditinggalkan orang yang yang paling dicintainya dalam hidupnya dan tidak ada tempat berteduh lagi.

Atika berjalan tanpa arah sehelai sepinggang.Apa yang harus dilakukannya?Hidupnya sudah tidak ada erti lagi.Dia baru tersedar yang dia berada di bahu jalan.

Ya,itulah jalan penyelesaiannya.Mati.Dia berdiri di tengah jalan dan dapat melihat sebuah kereta Toyota Harrier sedang menuju ke arahnya.Dia pasrah dan menutup matanya.Inilah saat terakhirnya di dunia ini.Seketika kemudian,semuanya gelap.

Atika tersedar daripada tidurnya. ‘Aku dekat mana ni?’ Dilihatnya sekeliling bilik yang indah itu.Seketika kemudian,kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu.Atika terkejut kerana dia langsung tidak mengenalinya.

“Siapa kau?”

“Jangan takut.Saya orang yang menyelamatkan adik.Adik dah rasa okey?Adik dah dua hari tak sedarkan diri.Alhamdulillah,adik dah sedar.Adik nak makan?”

“Siapa kau?”

“Sayalah pemandu Toyota Harrier yang hampir melanggar adik.Nasib baik saya dapat memberhentikan kereta tepat pada masanya.Dah lah hujan.”

“Kenapa tak langgar sahaja saya?Matikan lebih baik.”

“Mati memnag baik,tapi kena mati pada masanya.Bukan sebelum masanya.Kita hanya manusia,tak layak untuk mencabut nyawa kita sendiri.Adik tahu membunuh diri itu mayatnya tidak diterima bumi,dimurkai Allah SWT, dan akan diseksa api neraka seseksa-seksanya.Adik sanggup nak hadapi semua itu kalau adik membunuh diri?”Atika hanya mendiamkan diri.Perasaan gerun mulai terbit di sanubarinya.

“Tak sanggup.”

“Ha,lain kali berfikir sebelum bertindak.Kalau tak,jiwa dan badan adik merana.Lain kali jangan pernah terfikir untuk membunuh diri lagi,faham?”

“Hmm…”

“Nama adik siapa?”

“Nur Atika Balqis binti Arshad.”

“Sedap nama tu.Nama abang Irwansyah bin Irham.”

“Haha..macam nama pelakon Indonesia,Irwansyah.”

“Hmm…adik orang yang entah ke berapa yang cakap macam tu dekat abang.Tak pasal-pasal abang mendapat tempias dari kepopularan Irwansyah.”Atika tergelak kecil mendengar gurauan orang yang baru dikenalinya.

“Amboi,rancaknya berborak.Dah sedar,nak?Nah,makan bubur ni.Sedap makcik buat ni.”

“Yelah,jangan percaya cakap makcik ni.Tak sedap.Abang buat bubur sedap.”

“Pandai sangatlah kau,Syah.Masak bubur sampai hangit sedap apa bendanya?”Sekali lagi Atika tergelak melihat kemesraan dua beranak itu.Kalaulah dia mempunyai keluarga persis mereka ini.

“Ini mak abang,Aini.Boleh panggil Mak Aini.”

Atika senang duduk bersama Irwansyah dan Makcik Aini.Banyak yang Atika belajar dari Irwansyah dan Mak Aini.Dari perkara yang kecil seperti adab-adab sebagai seorang muslimah sehinggalah perkara yang wajib seperti solat.

Bukan Atika tidak pernah belajar semua itu,cuma dia tidak pernah mempraktikkan perkara-perkara itu dalam hidupnya.Sehinggalah satu hari itu,Irwansyah dan Mak Aini menjemputnya untuk terus tinggal di rumah itu secara kekal.

“Abang dengan mak dah bincang.Kami nak Ika duduk dengan kami sebagai ahli keluarga kami.Abang tak lama lgi akan terbang ke Jepun untuk sambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan.Tinggal mak seorang.Abang ada kawan yang boleh uruskan proses menjadikan Ika sebagai anak angkat mak.Ika mahu?”

Mata Atika mula mengeluarkan air mata.Sesungguhnya dia terharu dengan kebaikan Irwansyah dan Mak Aini yang telah memberikan hidup yang baru kepadanya.Dia sangat berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberikannya peluang kedua untuk membetulkan cara hidupnya.

“Alhamdulillah,terima kasih abang dan Mak Aini.Ika tak tahu nak ucap apa lagi.Ika mahu sangat.”

“Alhamdulillah.Sekarang bolehlah Ika panggil mak dan abang.”Hari itu merupakan hari yang paling indah buat Atika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience