BAB 6

Drama Completed 27711

Atika masuk ke dalam rumah dengan lemah.Apabila melangkah masuk ke dalam rumah,dia melihat ke arah figura yang sudah lama dinantikan kedatangannya.

“Abang Syah!”

“Eh,Ika dah balik?Lama abang tunggu.Mana Amar?”

“Tengah borak dengan kawannya,nak pergi main dekat taman permainan lepas ni.”

“Oh…eh,Ika menangis ke?Bengkak mata ni.Kenapa?”

“Tak ada apa-apa.Ika okey.”

“Betul ke ni?Risau abang.”

“Tak payah nak risaukan apa-apa,bang.Ika okey.Mak mana?”

“Mak pergi rumah Makcik Saleha.Ada kenduri.”

“Oh,Ika masuk bilik dulu ya?”

“Ha,yelah.”Irwansyah memandang sahaja yang kelihatan lemah menuju ke biliknya.

“Abah Syah!”

“Hey,Amar…macam mana sekolah,sayang?”

“Best..Sekarang,Amar dah ada ramai kawan.Bila Abah Syah balik dari Terengganu?”

“Tiga jam yang lepas.Amar dah makan?”

“Belum.”

“Jom,Abah Syah masakkan nasi goreng.Abah Syah pun belum makan ni.Amar,umie kenapa?”

“Tak tahu.Sejak akhir-akhir ni,Amar selalu tengok umie sedih.Kadang-kadang menangis.Kesian umie.Tapi,Amar tak tahu kenapa umie menangis.”

“Dah berapa lama umie macam tu.”

“Dah….satu..dua..ha!Dua minggu,Abah Syah.”

“Hmm..takpelah.Nanti Abah Syah pujuk umie ya?Sekarang kita makan dulu!”

“Okey!Yeah!Dah lama Abah Syah tak masakkan nasi goreng untuk Amar!”Irwansyah memandang lama ke arah bilik Atika sebelum mengikuti Amar ke dapur.Sesuatu telah terjadi dan dia harus mencari penyelesaiannya.

**********

“Ika,esok ada jamuan makan malam dekat syarikat abang.Abang takde teman nak pergi sana.Ika temankan abang nak?Bolehlah…”

“Hmm..yelah.Esok Ika tak mengajar.”

“Cantik.Petang nanti,kita pergi beli baju.”

“Hmm..okey.”

‘Harap-harap menjadilah rancangan ini.’Irwansyah baru dapat tahu bahawa Ashraf yang disebut Atika dahulu merupakan ketua jurutera di syarikat tempat dia bekerja sebagai jurutera.Melalui jamuan malam syarikat tempatnya bekerja,Atika dan Ashraf boleh menyelesaikan masalah antara mereka.

**********

Atika dan Irwansyah kelihatan segak bersama-sama.Sekali pandang mereka seperti sepasang suami isteri.Jamuan makan malam dirasakan seperti jamuan yang sesuai hanya untuk orang-orang kaya walaupun di suatu ketika dahulu dia pernah berada dalam satu kelompok yang sama

Dia tidak selesa dengan keadaan ini.Jikalau tidak kerana Irwansyah,Atika tidak akan menghadirkan diri.Sedang Atika meluangkan masa di hadapan pameran projek yang akan dikendalikan oleh Irwansyah,dia terdengar satu suara yang amat dikenalinya.

“Irwansyah,tahniah atas projek yang awak dapat.Awak dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan projek ini.Saya berbangga dengan awak.”

“Alhamdulillah.Terima kasih,Ashraf.Kalau tak kerana rekomen awak,saya tak mungkin dapat projek itu.”

“Itu perkara yang kecil saja.Saya pergi dulu.”

“Nanti dulu,Ashraf.Saya ingin memperkenalkan teman saya pada malam ini.Ika,sini.Saya perkenalkan,Nur Atika Balqis binti Arshad.Ini ketua abang merangkap kawan abang,Mohammad Ashraf bin Amir Hamzah.”Ashraf terkelu saat Irwansyah memperkenalkan Atika kepadanya.

“Encik Irwansyah,Dato’ Kamal panggil encik berhubung dengan projek encik.”

“Okey,terima kasih Nana.Abang pergi sekejap,Ika.Ashraf,temankan Atika ya?”

“With pleasure.”Ucap Ashraf dengan matanya yang tidak lepas daripada memandang Atika yang mulai rasa gelisah apabila mereka ditinggalkan berdua.

“Er…saya minta diri dulu.”

“Nanti dulu,Ika.Ikut abang.”

“Saya dah tak ada apa-apa untuk dibincangkan.”

“Ikut abang atau abang tarik tangan Ika.”

Atika ditinggalkan dengan tiada pilihan melainkan mengikut Ashraf.Dalam masa yang pendek,mereka sudah berada di taman bumbung syarikat itu.Atika mula merasakan aura yang tidak menyenangkan.Macam ada kejadian yang tidak menyenangkan akan berlaku.

“Abang tak sangka yang orang yang dimaksudkan Ika ialah Irwansyah.Kenapa dia,Ika?Kenapa abang terpaksa bekerja dengan orang yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Ika?Macam mana abang nak lupakan Ika?Abang cuba,Ika.Tapi,abang tak boleh berhenti memikirkan Ika.Mungkin inilah balasan Allah SWT terhadap abang atas apa yang abang lakukan dahulu.Terseksa untuk melupakan orang yang kita cintai yang pernah kita sakiti dahulu.Abang …abang cintakan Ika.”

Atika sedaya upaya tidak mengalirkan air matanya.Sudah cukup banyak air mata yang ditumpahkan untuk Ashraf.

“Cukup.Cukup sampai di sini sahaja hubungan kita.Saya sudah tidak mahu melihat awak lagi.Saya mohon awak untuk lupakan saya buat selama-lamanya.Saya sudah punya tanggungjawab untuk dilaksanakan.”Seketika itu juga,bunyi telefon bimbit Atika berdering.

“Assalamualaikum,mak.Kenapa mak telefon Ika?”

“Waalaikumussalam,Ika..Ika..ce..cepat balik rumah.Amar…Amar hilang.Mak tak tahu dia pergi mana.Dah malam macam ini dia belum balik lagi.”

“Ya Allah…”Ika terkelu lidahnya.Atika terjelepok jatuh.

“Ika!Ya Allah…Kenapa ni,Ika?”Ashraf memegang badan Atika yang yang lemah longlai.

“A..Amar…anak umie…Amar..”Atika segera bangkit dengan susah payah menuju ke arah Irwansyah.

“Ika,kenapa muka Ika pucat?Kenapa dengan Atika,Ashraf?”

“Amar,bang.Amar…Amar hilang..”

“Ya Allah!Ashraf,saya harus pergi.Minta maaf.”

“Saya ikut.”

“Baiklah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience