“Umie,Amar nak pergi buang air kecil.”Rengekan Amar mematikan lamunannya.Senyuman diberikannya kepada Amar.
“Itulah,tadi umie sudah suruh pergi buang air kecil sebelum tidur Amar tak nak dengar.”Amar hanya menggarukan kepalanya.Itulah salah satu tabiat Amar yang persis tabiat Ashraf yang akan menggarukan kepalanya apabila ditegur.
“Jomlah,umie.Amar dah tak tahan lagi ni.”
“Jomlah…Aigoo,anak umie ini.”Amarlah yang menjadi penyeri hidupnya selain Maik Aini dan abang Syah.Jam menunjukkan tiga pagi.
“Amar,Amar nak solat sunat dengan umie.Sudah satu pertiga malam ni.”
“Hmm…boleh jugak,umie.Nak kejutkan nenek jugak?”
“Boleh jugak.Cepat buang air kecil.Nanti kita solat berjemaah.”Amar dan Atika saling menguntumkan senyuman.Amar seorang budak yang matang.Dia bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Amar.
**********
Ashraf pulang ke rumah dengan perasaan yang berbaur-baur.Gembira kerana dia dapat bertemu dengan Atika selepas 10 tahun.Sedih kerana Atika berpura-pura tidak mengenalinya.Curiga dengan kehadiran Amar.Perasaan rasa bersalahnya meningkat jika Amar ialah anaknya.Dia menghenyakkan tubuhnya ke katilnya.
**********
Hari demi hari berlalu.Perasaan bersalah Ashraf semakin membukit memikirkan nasib hidup Atika yang masih tidak diketahuinya sehingga sekarang.
“Apa yang sudah aku lakukan?Mengapa aku menafikan anak aku sendiri.Apa yang sudah terjadi pada Atika?Hidup lagikah dia?Ya Allah…”
“Kenapa ni,Ashraf?”
“Mama,tak..tak ada apa-apa.Ashraf memikirkan keputusan kolej Ashraf yang akan keluar tak lama lagi.”
“Huh,kau jangan nak tipu mama.Kau boleh tipu papa,tapi bukan mama.Mama tahu kau tengah memikirkan tentang Atika kan?”
“Macm mana mama tahu?”
“Walaupun mama kesal dengan perbuatan kau,tetapi tidak sepatutnya kau menghalau Atika dengan menafikan anak kau yang dikandungnya.Macam mana kalau dia membunuh diri?Kau tidak terfikirkah tentang kemungkinan itu?Kalaulah mama tidak ke pejabat dan berada di rumah ketika itu,mama akan ambil Atika dan membelanya kerana dia mengandungkan cucu mama walaupun dengan cara yang haram.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan boleh diundur kembali ke,Ashraf?Mahu tak mahu mama mesti menerima Atika dan mengahwinkan kamu berdua.Mama kesal dengan kau,Ashraf.”
“Ashraf minta maaf,mama.Ashraf minta maaf.”
“Kau jangan minta maaf dengan mama,nak.Kau mesti cari Atika dan anaknya dan bawa dia kembali ke rumah ini.Kau mesti mengahwininya.Mama tahu kau sayangkan Atika.”
“Ya,Ashraf akan cari Atika dan mengahwininya.Ashraf cintakan Atika,mama.Cuma,Ashraf tak tahu kenapa Ashraf boleh halau dia pada waktu itu.Tapi macam mana dengan papa?”
“Apabila sampai pada waktunya,papa akan terima kenyataan ini.Kau jangan risau.Mama ada di samping kamu.Sentiasa…”
“Terima kasih,mama.”Ashraf memeluk erat mamanya.Mulai hari itu,dia berazam untuk mengubah dirinya supaya apabila dia menjumpai Atika,dia mampu memimpin Atika ke jalan yang diredhai Allah SWT.Itu janjinya.
**********
“Ashraf.”
“Eh,mama.Bila mama masuk?”
“10 minit yang lepas.Kau langsung tak dengar mama ketuk pintu.Mama tegur pun kau tak dengar.Kenapa ni?”
“Ashraf..Ashraf jumpa Atika tadi.”
“Apa?Alhamdulillah…Selepas 10 tahun,kau dapat jumpa.Doa kau dimakbulkan Allah SWT,nak.Alhamdulillah.Macam mana dengan reaksi Atika?”
“Dia berpura-pura tidak mengenali Ashraf,mama.Hati Ashraf pedih tapi Ashraf tahu dia berperangai begitu disebabkan Ashraf.Walaubagaimanapun,Ashraf gembira,mama.”
“Macam mana Ashraf jumpa Atika?”
“Ashraf duduk dekat taman permainan lepas habis kerja tadi.Saja je tengok budak-budak main.Tiba-tiba saja nak tengok budak-budak.Tiba-tiba,Ashraf nampak ada seorang budak ni menangis.Ashraf dekati dia.Nama dia Amar.Ashraf tengok dia macam Ashraf tengok diri Ashraf masa kecil dulu.Mukanya memang ada iras Ashraf,mama.Ashraf pujuk dia dan belikan dia aiskrim.Kami berborak sebentar sebelum Atika muncul.Amar terus meluru ke arah dia dan memanggilnya umie.Ashraf terkejut.Siapa budak tadi?Mengapa dia memanggil Atika umie?Adakah dia anak Atika?Kalau dia anak Atika,mungkinkah dia anak Ashraf?Ashraf tak dapat kawal diri Ashraf dan terus memeluk Atika.Dia lepaskan diri dia daripada pelukan Ashraf dan terus pergi dengan Amar.”
“Kau kena cari kebenarannya,Ashraf kalau betullah Amar itu anak kau.Kau kena bertanggungjawab atas tujuh tahun yang Atika lalui untuk membesarkan Amar dengan penuh derita.Mama juga seorang ibu.Mama tahu penderitaan seorang ibu.”
“Ya,mama.Ashraf sudah bersyukur sangat yang Atika masih hidup lagi.”
“Berdoalah selalu agar hati Atika itu dibuka untuk menerima kau kembali,nak.”
“Ashraf akan berdoa untuk itu,mama.Mama pun doakan untuk Ashraf sekali ye,mama?”
“Mama selalu mendoakan kebahagiaan kau,Ashraf.”
Share this novel