BAB 11

Drama Completed 27711

Atika sebak melihat papanya yang diam memandang ke luar tingkap biliknya.Entah apa yang difikirkannya.

“Assalamualaikum,papa.”

“Ika?”

“Ya,ini Ika papa.”Atika cuba menahan sebak di dada.

“I..Ika!Ika!Anak papa…papa..papa minta maaf,sayang…Papa tak berniat untuk halau Ika dari rumah…Papa..papa minta maaf.Mama dah takde.Papa rindu mama.Papa rindu Ika.Papa rindu keluarga kita…Rumah kita dah kena jual dah..Ada orang jahat jual rumah kita yang cantik tu.Dia halau je papa.Papa duduk dekat tandas,tepi longkang,surau.Orang ramai cakap papa gila,tapi papa tak gila.Papa tak gila.Papa nampak Ika dengan Amar…Papa rindu dengan cucu papa.Papa nak main dengan Amar.Lepas tu,ada orang kacau.Papa tak nak orang tu ambil Amar.Papa marahlah..papa tembak dia.Hah…kan dah kena tembak..papa tak salah.Papa tak nak orang tu ambil Amar.Papa tak salah kan,Ika?”Atika tak dapat menahan tangisannya lagi.

“Ya..ya,papa.Papa tak salah.Kenapa papa tak jumpa Ika je?”

“Papa..papa malu…Papa dah halau Ika.Kesian Ika…”

“Tak apalah,papa.Ika tak kisah.”

“Hmm…papa kisah.Mama kata,papa jahat sebab halau anak sendiri.Papa dah kata yang papa…papa tak sengaja.Opps,papa tak sengaja..hah…”Suara tangisan papanya meluluhkan lagi hati Atika.

“Papa,Ika nak kahwin.”

“Kahwin.Ala,macam mana Ika nak kahwin.Papa takde duit.Ada orang dah ambil duit papa.Macam mana Ika nak kahwin?Nanti tak ada,kepak kebum..kepak kebum…hah…Kesian Ika…”Atika terpaksa melihat ke arah yang lain untuk mengelakkan papanya daripada melihat dia menangis.

“Tak apa.Ika ada duit.Papa tak payah risau.Papa duduk je baik-baik dekat sini.Nanti Ika akan selalu lawat papa dekat sini dengan suami dengan cucu papa.”

“Ala…papa nak tengok Ika kahwin.Tapi takpelah,Ika dah janji nak tengok papa kan?Papa tunggulah.Jangan tipu papa ya?Nanti Ika kahwin,Ika mekap cantik-cantik ya?Macam bidadari.Nanti,papa doakan Ika gembira ya?Amin…Hah…”

“Yelah,nanti Ika mekap macam bidadari.Papa,Ika nak balik dulu.Nanti Ika lawat lagi ya?”

“Okey.Papa tunggu.Sayang Ika.Sayang Ika.Tengok tu,Alina.Ika dah maafkan kita.Hah..kita dah bukan orang jahat lagi.Kita orang baik kan,Ika?Hah…”

“Ya,papa dah jadi orang yang baik sangat.Ika balik dulu.Assalamualaikum.”

“Wa..alai..ku.mus..sa..lam…hah..papa dah pandai jawab salam…yeah!”Atika menuju keluar dari bilik ituu dan menangis sepenuh hatinya.Langsung tidak disangka yang papanya akan jadi sebegitu rupa.Ya Allah…rahmatilah papaku.Akan ku bela papaku hingga ke akhir hayatnya.

“Papa…”

“Ika…sabar ya,sayang.Patutlah masa abang tengok penculik tu,abang tak kenal.Lain benar muka Uncle Arshad sekarang dengan Uncle Arshad yang dulu.Abang tumpang simpati.”

“Allah Maha Mengetahui segalanya,Ika.Pasti ada hikmah di sebalik semua musibah ini,nak.”

“Sudahlah,Ika.Kita doakan sahaja kesihatan Uncle Arshad.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.”Hati Irwansyah sayu melihat Atika sudah banyak menderita dalam hidupnya.

“Dah,jom kita balik.Nanti abang bincang dengan kawan abang.Dia pakar psikologi.Mana tahu dia boleh cari jalan untuk sembuhkan Uncle Arshad.Kita bertawakal saja pada Allah,ya sayang?”

“Hai,untunglah Ika.Ashraf ni banyak betul kawannya yang berpengaruh.”Atika hanya tersenyum.Dia memandang satu-persatu wajah Mak Aini,Ashraf dan Irwansyah.

‘Terima kasih,Ya Allah kerana Engkau mengurniakan aku orang-orang yang baik untuk berada di sampingku walaupun aku ditimpa musibah-Mu.Benarlah kata orang,setiap musibah pasti ada hikmahnya.Alhamdulillah…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience