PART 1

Drama Series 9413

Aina Syarifah, seorang gadis berdarah kacukan Jerman, bukan sahaja terkenal dengan kecantikannya tetapi juga kelembutan yang memukau sesiapa sahaja yang mengenalinya. Namun, di sebalik sifat lembut itu, tersimpan sisi lain yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa.

Video Call
“Hello, daddy…” ucap Aina dengan bahasa isyarat, tangannya bergerak lincah sambil tersenyum manis.

“Aina, assalamualaikum…” balas Dato' Sri Adnan, ayahnya, dengan suara lembut tetapi penuh wibawa.

“Waalaikumussalam. Daddy nak apa?” tanya Aina, masih menggunakan bahasa isyarat.

“Esok Aina dah boleh balik Malaysia. Atuk dah izinkan,” ujar Dato' Sri Adnan, wajahnya sedikit lega seperti memikul beban yang baru terlepas.

“Ok, esok Aina balik,” balas Aina ringkas, masih dalam bahasa isyarat. Senyuman kecil terukir di bibirnya, tetapi matanya menyimpan seribu satu rahsia.

Panggilan video tamat, tetapi perasaan Aina masih berkecamuk. Kepulangannya ke Malaysia bukan sekadar perjalanan biasa. Ada sesuatu yang menantinya di sana, sesuatu yang mampu mengubah kehidupannya.

“Aina, siapa call?” tanya Zetty, kawan baik Aina yang juga merupakan bodyguard peribadinya. Suaranya tegas tetapi penuh keprihatinan, seperti biasa.

“Papa aku,” jawab Aina dalam bahasa isyarat, wajahnya masih tenang walaupun hatinya bergolak.

Zetty menghela nafas panjang. “Kenapalah atuk kau tu tak boleh terima kau sejak Tiger cakap yang kau ni sebenarnya bukan anak dia,atuk kau macam tak boleh terima kau yang sekarang”

Aina terdiam, memandang Zetty dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Wajahnya seolah-olah cuba menyembunyikan rasa pedih yang menyayat hati.

“Aku pun tak faham. Tapi aku tak kisah, asalkan papa tetap dengan aku. Aku tak perlukan atuk,” balas Aina dalam bahasa isyarat, tangannya bergerak perlahan, menahan emosi yang hampir tumpah.

Zetty memandang Aina dengan rasa simpati. Dia tahu di sebalik ketabahan Aina, gadis itu memikul beban masa lalu yang terlalu berat untuk usia mudanya. “Takpe, aku ada dengan kau. Kau tahu kan aku takkan biar kau sorang-sorang hadap semua ni.”

Aina mengangguk perlahan, bibirnya mengukir senyuman kecil. “Kita balik Malaysia esok, Zetty. atuk dah izinkan aku balik,” ujar Aina, dalam bahasa isyarat, tetapi kali ini penuh tekad.

Zetty hanya tersenyum kecil, tetapi jauh di sudut hati, dia tahu kepulangan ke Malaysia bukanlah sekadar untuk pulang ke tanah air. Ada rahsia besar yang menanti untuk terungkap, dan ia mungkin mengubah segala-galanya.

Di Lapangan Terbang Malaysia

"Cik Aina, kami adalah bodyguard cik Aina mulai sekarang," ujar Zahid tegas, bersama tiga lagi lelaki berpakaian seragam hitam di belakangnya.

Aina mengerutkan dahi, jelas tidak senang dengan situasi itu. Dia memandang Zahid sekilas sebelum mengangkat tangan untuk menggunakan bahasa isyarat. “Tapi saya dah ada bodyguard. Saya tak perlu bodyguard lain,” ujar Aina dengan tangannya bergerak pantas.

Zahid kelihatan sedikit terpinga-pinga, menggaru kepalanya dengan ekspresi serba salah. "Maaf, Cik Aina, saya tak tahu bahasa isyarat…"

Aina menarik nafas panjang, mukanya jelas mempamerkan rasa kurang senang. Tanpa berkata apa-apa, dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan mewahnya, menaip sesuatu dengan pantas, dan menunjukkan skrin kepada Zahid.

“Saya tak perlukan awak. Saya dah ada bodyguard sendiri. Balik saja.”

Zahid membaca mesej itu dan memandang Aina dengan sedikit risau. “Maaf, Cik Aina. Arahan ini daripada Dato’ Sri Adnan. Kami ditugaskan untuk menjaga Cik Aina sepanjang berada di Malaysia,” jawab Zahid, cuba mempertahankan tugasnya.

Zetty yang berdiri di sisi Aina sejak dari tadi akhirnya bersuara, “dia tak perlukan korang semua. Aku sorang dah cukup untuk jaga dia. korang tak tahu ke siapa aku?” nada Zetty tajam dan penuh keyakinan.

Zahid mengerutkan kening. “Kami hanya ikut arahan, bukan soal percaya atau tidak pada kemampuan Cik Zetty. Tapi Dato’ Sri nak pastikan keselamatan Cik Aina terjamin sepenuhnya.”

Aina mengetap bibir, memandang Zetty dengan wajah meminta pendapat. Zetty mengangguk kecil, memberi isyarat untuk bertenang. Aina akhirnya menaip satu lagi mesej di telefon bimbitnya dan menunjukkan kepada Zahid:

“Fine. Tapi jangan masuk campur urusan saya dan jangan dekat.”

Zahid membaca dan mengangguk patuh. “Baik, Cik Aina. Kami akan berada di sekitar, tapi tak akan ganggu.”

Aina menghela nafas perlahan, sebelum berjalan keluar dari kawasan lapangan terbang dengan Zetty mengiringinya. Namun, di sebalik semua itu, hatinya terasa berat. Kepulangannya ke Malaysia sudah terasa seperti medan pertempuran baru, dan dia tahu ini baru permulaan.

Sesampai sahaja Aina di rumah agam Dato’ Sri Adnan, Datin Sri Aishah bergegas keluar dari pintu utama. Senyuman lebar menghiasi wajahnya sebelum dia memeluk erat anak kesayangannya.

“Rindunya mama kat Aina,” ucap Datin Sri Aishah sambil mengusap kepala Aina dengan penuh kasih sayang.

Aina tersenyum tipis tetapi matanya menunjukkan keresahan. Dia mula menggunakan bahasa isyarat. “Mama, kenapa Aina perlu pura-pura bisu, padahal Aina dah boleh bercakap sejak Aina berada kat kumpulan mafia tu…”

Datin Sri Aishah terkejut mendengar soalan itu. Dia cepat-cepat memegang tangan Aina, mengisyaratkan supaya bertenang. “Aina, jangan tunjuk macam tu. Nanti atuk nampaklah,” bisiknya cemas. “Atuk dah pesan kat mama, jangan bagi Aina sebut lagi pasal kumpulan tu.”

Aina memandang mamanya dengan pandangan tajam, seolah-olah mencari jawapan yang lebih jelas. “Kenapa, mama? Apa sebenarnya yang atuk takutkan? Aina tak buat salah pun…”

Datin Sri Aishah menggenggam erat tangan Aina, cuba menenangkan anaknya. “Aina, ini semua demi keselamatan kamu. Mama tak nak apa-apa jadi pada kamu lagi. Kumpulan tu… mereka dah buat hidup kita huru-hara dulu. Kalau atuk dapat tahu kamu masih ada kaitan dengan mereka, semuanya akan jadi lebih rumit.”

Aina menarik tangannya perlahan dari genggaman mamanya. Dia berdiri, memandang ke arah tingkap besar yang menghadap taman di luar. “Aina penat hidup dalam kepura-puraan, mama. Aina cuma nak jadi diri sendiri.”

“Aina, dengar sini…” suara Datin Sri Aishah perlahan tetapi tegas. “Atuk takkan lepaskan kamu kalau dia tahu. Kamu satu-satunya harapan keluarga kita. Jangan sesekali ungkit tentang kumpulan tu lagi, ya?”

Aina menoleh, memandang mamanya dengan rasa kecewa. Tetapi dia tahu, ada banyak perkara yang masih tersembunyi di sebalik segala kekangan ini. “Baiklah, mama. Tapi Aina harap suatu hari nanti mama akan cerita semuanya pada Aina. Aina berhak tahu.”

Datin Sri Aishah hanya mengangguk perlahan, tetapi dalam hati dia tahu, rahsia yang disimpan terlalu besar untuk diceritakan. Dan dengan kepulangan Aina ke rumah ini, dia sedar bahawa masa lalu akan kembali menghantui mereka.

di ruang bacaan

Aina mengeluarkan telefonnya, menaip sesuatu dengan pantas. Kemudian, dia menunjukkan skrin telefonnya kepada Tan Sri Ayub.

“Atuk, kenapa Aina kena pura-pura bisu?”

Tan Sri Ayub memandang skrin itu dengan wajah serius. Dia kemudian memandang Aina tepat di matanya. “Sebab atuk tak nak orang tahu siapa kamu dulu. Tiger culik kamu masa umur kamu 7 tahun, dan pandai-pandai buat pembedahan untuk kamu.”

Aina terdiam, tidak menjawab tetapi pandangannya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Patutnya kamu berterima kasih pada atuk sebab atuk dah selamatkan kamu daripada buat kerja haram tu,” sambung Tan Sri Ayub dengan nada tegas tetapi perlahan, seperti cuba menekankan betapa seriusnya perkara itu.

Aina mengetap bibirnya, cuba menahan rasa marah yang semakin membuak di dalam hati. Dia menaip sesuatu lagi dan menghulurkan telefonnya kepada Tan Sri Ayub.

“Tapi kenapa Aina tak boleh jadi diri sendiri? Aina dah tinggalkan semua tu. Kenapa Aina masih kena sembunyikan segalanya?”

Tan Sri Ayub mengeluh berat, membuang pandangannya ke arah tingkap besar di ruang tamu. “Aina, dunia ni takkan pernah lupa masa silam. Walaupun kamu dah berubah, orang lain takkan percaya. Sebab itulah atuk buat keputusan ni. Untuk pastikan kamu selamat. Atuk takkan biarkan apa-apa berlaku pada kamu lagi.”

Aina memandang Tan Sri Ayub dengan pandangan tajam, air matanya hampir bergenang tetapi dia cuba menahannya. Dia menaip sekali lagi.

“Kalau macam tu, biarkan Aina pergi dari sini. Aina tak nak hidup terkongkong.”

Tan Sri Ayub segera berpaling, wajahnya berubah tegang. “Jangan nak pandai-pandai, Aina. Kamu cucu atuk, darah daging keluarga ni. Selagi atuk hidup, kamu akan buat apa yang atuk suruh.”

Aina mendiamkan diri, tidak mahu membalas lagi. Dalam hatinya, dia tahu kehidupan di rumah ini akan menjadi lebih rumit daripada yang dia jangkakan.

Aina turun ke ruang tamu dengan langkah perlahan, namun fikirannya berkecamuk. Sesampainya di bawah, dia melihat Datin Sri Aishah sedang menyusun cawan di meja kecil berhampiran sofa.

Aina segera menggunakan bahasa isyarat. “Mama, siapa yang nak datang?”

Datin Sri Aishah tersenyum sambil membalas, “Farhan dengan keluarganya. Dia datang sebab nak kenal dengan Aina.”

Aina mengerutkan dahi. Dia tidak dapat menahan rasa ingin tahu. “Siapa Farhan?” tanyanya lagi dalam bahasa isyarat.

Datin Sri Aishah memandang anaknya dengan pandangan yang sukar diungkapkan. Dia meletakkan cawan terakhir di atas meja, lalu mendekati Aina. “Kalau nak tahu, jom ikut mama,” ucapnya lembut tetapi cukup untuk membuat Aina terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Aina hanya mengangguk perlahan, tetapi dalam hatinya, dia sudah mula berasa tidak sedap hati. Siapa lelaki ini, dan kenapa dia datang untuk 'mengenalinya'? Banyak persoalan mula bermain dalam fikirannya.

Datin Sri Aishah memegang lembut tangan Aina dan membimbingnya menuju ke ruang tamu utama, di mana tetamu mereka sedang menunggu. Aina menarik nafas panjang, bersiap untuk berhadapan dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

“Aina, salam Auntie Farah,” ucap Datin Sri Aishah sambil memandang lembut ke arah anaknya.

Aina patuh, melangkah perlahan ke arah Datin Farah dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Sambil itu, dia menggunakan bahasa isyarat, “Apa khabar, Auntie?”

Datin Farah memandang Aina dengan sedikit keliru sebelum menoleh ke arah Datin Sri Aishah. “Aina ni guna bahasa isyarat ke? Maaf, Auntie tak faham.”

Datin Sri Aishah tersenyum kecil, cuba menjelaskan. “Ya, Aina guna bahasa isyarat. Dia bisu sejak lahir, tapi dia boleh dengar semua yang kita cakapkan.”

“Oh, begitu,” balas Datin Farah sambil tersenyum sopan ke arah Aina. “Aina ni nampak cantik sangat. Macam model,” tambahnya, cuba menceriakan suasana.

Datin Sri Aishah kemudian memandang Aina sambil menuding ke arah seorang lelaki muda yang berdiri di sebelah Datin Farah. “Aina, ni Farhan, anak Auntie Farah.”

Aina memandang Farhan dengan pandangan penuh tanda tanya. Dia tidak menunjukkan reaksi jelas tetapi dalam hati, dia mula tertanya-tanya kenapa lelaki ini diperkenalkan kepadanya.

Farhan hanya membalas dengan anggukan kecil dan senyuman tipis. Matanya memerhati Aina seolah-olah sedang menilai sesuatu. Namun, dia tidak berkata apa-apa.

Datin Sri Aishah menyedari suasana yang sedikit canggung itu lalu bersuara, “Walaupun anak auntie bisu, dia tetap anak auntie yang pandai. Dia tahu banyak perkara, dan dia sangat berdikari.”

Farhan tersenyum tipis lagi. “Tak ada masalah pun, Auntie. Semua orang ada kelebihan masing-masing,” ucapnya tenang. Namun, dari cara dia bercakap, suaranya kedengaran seperti tidak berminat.

Aina sekadar memandang Farhan tanpa ekspresi, tetapi hatinya mula berbisik. Kenapa aku rasa ada sesuatu yang mama sembunyikan tentang lelaki ini?

“Rahh, jom teman aku masak. Biar diorang ni borak apa yang patut,” ucap Datin Sri Aishah sambil tersenyum kepada tetamunya.

“Jom,” balas Datin Farah sambil bangun dari sofa.

Namun, sebelum Datin Sri Aishah melangkah pergi, Aina menarik lengannya dengan perlahan. “Aina nak ikut,” ucap Aina dalam bahasa isyarat.

Datin Sri Aishah tersenyum kecil, menggeleng kepala sambil membalas, “Tak payah lah, sayang. Berbual lah dengan Farhan. Kesian dia.”

Aina memandang mamanya dengan wajah tidak puas hati. “Nak berbual apa, Mama? Aina bisu lah,” balas Aina dengan pantas menggunakan bahasa isyarat.

Datin Sri Aishah mendekati Aina, memegang kedua-dua belah bahunya dan membalas dengan lembut, “Aina tak bisu kalau guna telefon untuk menaip, kan? Lagipun, Farhan tak kisah. Dia cuma nak kenal Aina lebih dekat.”

Aina memandang Farhan sekilas, hatinya mula memberontak. Dia tidak pernah suka perbualan yang dipaksa, apatah lagi dengan seseorang yang dia langsung tidak kenal. Namun, dia tahu tiada guna menolak kata-kata mamanya.

“Duduk sini dulu, ya? Mama pergi masak kejap,” kata Datin Sri Aishah sebelum meninggalkan ruang tamu bersama Datin Farah.

Aina menghela nafas panjang, lalu duduk kembali di sofa. Matanya menjeling Farhan, yang kelihatan santai sambil memandang ke arah telefon bimbitnya.

“Awkward, kan?” ucap Farhan tiba-tiba, memecahkan kesunyian.

Aina terkejut seketika, lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. “Awkward? Mungkin,” mesej itu ditunjukkan kepada Farhan.

Farhan tersenyum kecil. “Awkward untuk awak atau untuk saya?” soalnya lagi, nada suaranya tenang tetapi mengusik.

Aina sekadar mengangkat bahu, namun dalam hatinya dia tertanya-tanya. Apa sebenarnya tujuan lelaki ini di sini?

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience