PIA - 10

Romance Completed 23714

Jam laju berjalan 24 jam dalam seminggu. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Sedar tidak sedar, sudah akhir minggu ke 14. Ini bermakna, hari peperiksaan akhir Arumi sudah berakhir pada hari ini tepat jam 2 petang tadi.

Usai solat zuhur, Arumi dihantar pulang oleh pensyarahnya itu tak lain tak bukan Adib, kawan baik kepada suaminya. Sebelum itu, sempat juga dia dibawa ke gedung beli belah untuk beli sedikit barangan dan makan tengah hari. Adib belanja. Sudah ditolak, tetap dipaksa. Katanya, saja nak berkomunikasi lebih lama.

Selepas ini, mungkin susah untuk berjumpa. Hal ini kerana, Arumi mungkin akan melakukan praktikal sebelum hari konvonya tiba. Dan Arumi memilih untuk praktikal di sebuah syarikat besar. Syarikat yang sama dengan suaminya.

Rasanya, Ezrel langsung tidak tahu menahu akan pilihan dia untuk praktikal di syarikat yang sama dengan lelaki itu. Itu pon cadangan itu dikemukakan oleh Adib. Kalaulah Ezrel tahu, mungkin Ezrel orang pertama yang tidak akan setuju jika Arumi menyibuk di syarikat tempat dia bekerja. Mana tidaknya, dekat rumah sudah berjumpa, lepasni mungkin lebih kerap lagi kerana mereka bekerja di bawah satu bumbung yang sama.

Semakin kerap jugalah mereka akan beradu mulut selepas ini. Banyak lagilah ugutan yang akan lelaki itu terima bila setiap kali tidak ikut cakap Arumi. Heh padan muka!

“Awak dah dapat emel dari syarikat tu?” Adib memecah sunyi.

Arumi anggukkan kepala.

“Bila mula bekerja?”

“Isnin depan.”

“Nak saya hantarkan?” Soal Adib prihatin.

“Tak menyusahkan?”

“Macam kita sedia maklum, nak jalankan misi seterusnya, jangan kasi Rel hidu rancangan kita yang satu ni. Kalau awak mintak dia yang hantarkan, tak ke dia tahu awal-awal lagi kalau awak akan bekerja sama syarikat dengan dia.”

Terangguk-angguk Arumi bersetuju.

Suasana menjadi diam seketika sebelum tiba-tiba sahaja Adib melepaskan tawa. Arumi lantas menoleh ke sisi. “Macam manalah reaksi Rel nanti. Mesti kelakar. Nanti adalah tu dia mengadu dengan saya pasal awak.”

Bibir Arumi tersungging senyuman. Mulalah dia membayangkan juga bagaimana penerimaan Ezrel nantinya. Mesti tak puas hati.

Sampai di hadapan pintu pagar rumah, Arumi turun dari kereta. Sebelum melangkah masuk, dia menunduk sedikit apabila tingkap kereta diturunkan oleh Adib. “Terima kasih, Sir Adib. Jumpa lagi nanti.”

“Sama-sama. Sampaikan salam saya pada singa yang tercongok kat balkoni tu.”

Mendengarkan itu, lantas Arumi melihat ke arah balkoni rumahnya. Singa yang dimaksudkan sudah semestinya Ezrel, suaminya. Dia berpaling semula kearah Adib bersama senyuman nipis. “Hati-hati, sir.”

Hilang bayangan kereta Adib, Arumi menapak untuk masuk ke rumah. Belum sempat pon dia menutup daun pintu, suara garau itu sudah menerpa gegendang telinganya.

“Malam baru jumpa jalan balik. Pergi mana je tadi?”

“Makan.” Singkat jawapan Arumi. Dia menuju ke ruang tamu. Beg sandangnya diletakkan di atas sofa. Kemudian, dia menuju ke dapur. Ezrel mengikuti langkah sang isteri.

“Awak dah makan ke?”

“Belum.”

“Saya masak kejap.”

Ezrel duduk menghadap Arumi yang sedang membelakanginya di meja island. “Kau habis exam tadi pukul berapa?”

Arumi pandang sekilas kearah Ezrel. Dia kerutkan dahi. Tiba-tiba je tanya, dah kenapa?
“Pukul 2.”

Pukul 2 habis final exam, tapi pukul 8 malam baru sampai rumah? “Banyak kedai makan tutup ke harini?” Perli dia.

“Taklah. Banyak je bukak.”

“Lama betul makan. Chef kedai makan tu masak untuk 50 orang customer ke?” Perlinya lagi.

“Makannya kejap je. Beli barang tu yang lama. Isnin depan saya nak masuk intern dah.”

“Aku tak tahu pon.”

“Awak pon takde tanya saya.”

“Jadi salah akulah?”

“Mungkin.” Pendek jawapannya.

“Sedap hati kau je cakap aku yang salahkan?”Kecik besar kecik besar je dia tengok Arumi sekarang ni. Dengan berwajah selamba pulak tu.

“Saya tak cakap, awak yang cakap.”

“Dahtu, kenapa kena pergi beli barang dengan Adib? Aku ni tunggul kayu ke dalam rumah ni?”

“Kalau awak patung tengah sawah pon, saya tak rasa awak sudi nak hantarkan saya pergi beli barang. Selama ni pon, kena ugut baru bergerak. Kalau tak, pandang pon awak tak sudi, Encik Ezrel Hakimi.” Balas Arumi tanpa berpaling langsung ke arah Ezrel.

“Dengan aku, kemain tinggi lagi tone suara kau. Dengan Adib tu, sopan je bahasa kau kan.”

“Tengoklah macam mana tone suara awak pulak bila bercakap dengan saya. Jangan nak salahkan saya. Takkan bila awak bercakap kasar dengan saya, saya kena balas lemah lembut pulak.”

“Cut the topic. Mummy ada call tadi. Dia nak kita balik rumah dia hujung minggu ni. Jangan ada penolakan. Ini arahan dari aku.”

“Saya tahulah. Mummy call saya dulu sebelum awak.”

“Ada je benda kau nak menjawab kan?”

“Ish dahlah. Saya tak nak gaduh dengan awak. Ni dah habis masak. Awak makan. Saya nak masuk bilik.” Hidangan dia letakkan dihadapan Ezrel.

Melihat menu hidangan itu, Ezrel bersuara menghentikan langkah Arumi untuk masuk ke bilik. “Ni je kau masak? Kau sedap makan dekat luar tu, suami kau, kau bagi nasi goreng dengan telur?”

Dia pusing semula tubuhnya menghampiri lelaki itu semula. “Dulu, ada tak kat sekolah awak belajar tentang bersyukur? Bersyukur tu maknanya, terima dengan hati yang ikhlas rezeki di depan mata. Encik Ezrel kalau nak makan sedap-sedap, Encik Ezrel pon boleh keluar bawak kereta lalu Encik Ezrel makan di restoren yang mahal-mahal, sedap-sedap.”

Jeda. Dia lepaskan keluhan. “Saya penat ni, Ezrel. Boleh tak harini bagi saya rehat? Sebelum ni pon awak tak pernah makan apa yang saya masak.”

.

Inilah dia cuba nak elakkan sebenarnya. Bukan tak pernah, dulu pon ada je tidur satu bilik dengan Arumi, itu pon kali terakhir pada malam persandingan mereka di belah pihak dia. Walaupun satu bilik, tidak bermakna tidur di atas ranjang yang sama melainkan, Arumi diatas katil, dia pula diatas sofa. Esoknya terus dia bawak Arumi pulang ke rumah dia sendiri. Selepas itu, tiada lagi istilah tidur satu bilik diantara mereka walaupun sudah hampir lima bulan mereka bergelar suami isteri.

“Nak pergi mana tu?” Terpacul soalan itu dari bibir Arumi bila nampak Ezrel sudah mengeluarkan selimut juga bantal spare dari dalam almari.

“Macam biasa. Aku izinkan kau tidur atas katil aku. Dan aku akan mengalah tidur dekat sofa.”

“Jangan jadi budak-budak eh, Ezrel. Awak tidur je atas katil ni. Katil ni luas. Saya pon bukan besar sangat sampai makan ruang tidur dekat katil besar gedabak ni. Lagipon, awak takkan rasa apa-apa pon bila tidur atas katil yang sama dengan saya kan?” Duga Arumi.

Ezrel diam sejenak.

“Tak payah fikirlah. Awak just perlu baring dan tutup mata.”

Tiada sebarang gerakan daripada Ezrel.

“Takpelah. Awak boleh teruskan niat awak untuk terus tidur dekat sofa. Tapi esok jangan merungut dekat mummy cakap sakit belakang pulak. Lagi malu awak nanti. Orang tua tu dah ada pengalaman. Mesti dia akan fikir yang kita buat hubungan suami isteri pulak sampai awak sakit belakang.” Ujar Arumi sambil menarik comforter sehingga ke paras dada. Saja dia berkata begitu. Biar Ezrel terkulat-kulat disitu.

“Selamat malam, Ezrel Hakimi.”

.

Arumi membuka matanya bila tersedar menyentuh sesuatu yang tak patut dia sentuh. Dan ketika itu, mata mereka sudahpon bertentangan. Dia cepat melepaskan pegangannya lalu tarik tangannya perlahan. Dia lantas bangkit dari pembaringan. “Macam mana kalau saya cakap, saya tak sengaja sentuh awak punya…”

Tak bersambung, pantas Ezrel memotong. “Just shut up!” Dia juga angkat tubuh.

“Saya tak sengaja. Tidurkan? Mana saya sedar. Lagipon saya tengah mimpi bawak kereta. Ingatkan betul-betul tengah pegang gear kereta. Tapi terpegang…” Mata turun pada ‘ehem’ lelaki itu.

“Diam!” Dia pandang Arumi tajam.

Jeda seketika sebelum Arumi kembali bersuara. “Er boleh saya tanya?”

“Apa lagi?”

“Memang pagi-pagi selalu macam tu ke?” Tanya Arumi polos.

“Just cut it off, Arumi. Diam.” Merah padam mukanya bila topik itu masih lagi menjadi bualan pertama setelah dia bangun dari tidur.

“Sorry.” Arumi gigit bibir. “Hurm saya mandi dululah. Nak tolong mummy buat sarapan.”

Usai mandi dan solat subuh, Arumi turun ke dapur membantu Puan Rohani masak untuk sarapan pagi ini.

Turun ke ruangan makan, kelibat Arumi tidak kelihatan. Aik, kata nak tolong mummy masak. Ini batang hidung pon tak nampak.

“Arumi mana, Hani?” Tuan Ezhairi gantikan Ezrel bagi bertanyakan keberadaan Arumi.

“Joging, abang. Tadi lepas siap tolong Hani masak, dia mintak diri keluar. Katanya nak keluarkan peluh. Dah lama terperap dalam bilik selama ni. Tu yang harini keluar joging tu.”

Ezrel hanya menjadi pendengar setia. Karipap diatas meja dicapai lalu disua kedalam mulut.

Tak beberapa lama, pintu utama rumah terbuka dari luar. Terdengar suara seorang wanita mempelawa seseorang masuk ke rumah. Muncul Arumi dan dibelakangnya Adib Hilman dengan pakaian joging yang lengkap.

“Eh Adib! Sini. Sarapan sekali.” Ajak Tuan Ezhairi.

Sesekali mata Arumi bertentangan dengan mata Ezrel. Cepat dia kalih kearah lain bila membayangkan sesuatu yang tak patut dia ingat langsung sejak kejadian bangun tidur tadi. Ezrel juga begitu.

“Joging dekat mana je sampai boleh balik sama-sama ni?” Tanya Puan Rohani pula.

“Dekat tasik depan tu. Tak sangka pulak boleh terserempak dengan Sir Adib. Tu yang Rumi ajak singgah sini. Alang-alang sir kenal rapat dengan mummy daddy.”

Mereka sedia maklum akan hubungan penyarah-pelajar antara Adib dan Arumi setelah diberitahu Arumi beberapa bulan yang lalu.

Ezrel pandang dengan perasaan yang sedikit aneh bila melihat cara pandang Adib pada Arumi. Kau relax boleh tak, Rel? Bukan ini yang kau nak sangat ke? Apa yang kau sakit hati sangat?

Salam dia sambut apabila Adib hulur tangan. Dia pelawa Adib duduk dengan hati yang sedikit tidak rela.

“Sir nak minum kopi atau teh?” Tanya Arumi menyantuni pensyarahnya itu.

“Teh, please.”

Langsung Arumi tuangkan teh ke dalam cawan Adib.

“Awak?” Tanya Arumi kepada Ezrel pula.

“Tak perlu. Aku boleh tuang sendiri.”

Lah, koyak? Arumi angkat bahu lalu melabuh duduk disebelah ibu mertuanya.

Seterusnya perbualan bertukar serious bila berkaitan dengan hal kerja. Kini, barulah dia tahu, Adib tak sepenuhnya berkerjaya sebagai pensyarah melainkan jurutera sama seperti Ezrel. Kerjaya pensyarah hanyalah sekadar mengisi masa lapang sebelum dia dipanggil bertugas di salah sebuah syarikat besar selepas tamat tempoh perkhidmatannya sebagai pensyarah di kolej itu.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience