PROLOG
“Rel.” Panggil Sofea menyentuh lengan Ezrel.
Ezrel yang tadi termenung jauh berpaling ke arah Sofea. Dengan senyuman, dia menggapai tangan gadis itu lalu digenggam erat. “Sayang? You nak apa-apa? I ambik kan?”
“No. It’s okay. You ni, semenjak I balik sini, I perasan you macam banyak termenung, Rel. You ada masalah ke? Ke hati you tu dah berpaling pada orang lain?”
“What do you mean, Sofea?”
"You macam bukan Ezrel yang I kenal sebelum ni." Curiga.
"Kenapa cakap macam tu?"
"Instinct I cakap macam tu."
“Sayang. You nak cakap I ada orang lain? You tak percayakan I ke? Kalau I nak ada orang lain, I dah lama buat. Tak payah tunggu sekarang baru I nak buat.”
“Dulu you tak macam ni tau, Rel. You tak banyak termenung macam ni bila dengan I.” Suara Sofea sedikit meninggi.
“Mungkin sebab terlalu banyak kerja sejak dua menjak ni. You pon tahu kan, I ni makan gaji je. Apa-apa semua letak atas bahu I. You lain lah. Jual muka pon, duit masuk berlumba-lumba.” Kata Ezrel berbaur perlian.
“Rel…” Sofea mula bersuara kendur. "You kata you akan faham I."
“Sayang. Please. Kita dah lama sangat tunda. You dah dapat apa yang you nak. Apa lagi yang tak cukup? You dah boleh stop, sayang. I masih mampu sara hidup you bila you berhenti dari kerja macam tu.”
"Kerja macam mana yang you maksudkan?"
"Sampai bila you nak tayang badan you depan orang? You suka orang tengok setiap inci, setiap lekuk tubuh badan you pada orang? Menggeliat, melengkok macam ulat bulu depan semua orang."
“Rel, you cakap you akan tunggu I kan?”
“I dah lama tunggu, Sofea. You nak I tunggu berapa lama lagi? Dulu you cakap itu semua hobi you je. Then, tiba-tiba jadi kerjaya you pulak. Malah, I kena tunggu lagi sampai you dapat title pro player tu. You dah dapat award tu semua. Now what? Apa alasannya lagi?”
“Rel. Listen. I terlalu selesa dengan kehidupan I sekarang. Once I decide to get married, I will lose everything. My career, my popularity. I have to get pregnant, I have to give birth, and I have to take care of the child.”
Mendengar kata-kata Sofea itu, Ezrel terngadah. Dia menelan ludahnya pahit. “So you tak sudi mengandungkan anak I? You tak rela body you rosak hanya kerana terpaksa usung anak I? For what I tunggu you bertahun-tahun lamanya selama ni, Sofea?”
"Baby, please. I tak sedia lagi untuk berumah tangga."
"Kita bukan makin lama makin muda, Sofea. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Semua orang impikan untuk bahagia. Dan sebelum I tutup mata, I nak hidup bahagia. Cipta kenangan bersama dengan orang yang I cinta. I nak merasai seronoknya berkeluarga sama macam orang lain. I nak anak I membesar dari rahim seorang wanita yang I cinta. I nak peluk anak I sendiri. Bukan sia-siakan hidup I, buang-buang waktu hanya semata untuk menunggu." Tamat kata-kata itu, terus Ezrel melangkah untuk pergi.
"Rel.." Tangan Ezrel cuba dia capai. Namun sia-sia. Ezrel lebih dulu melangkah meninggalkan Sofea disitu seorang diri.
.
PIA - 1
Wajah itu ditenung tanpa berkelip. Cantik. Tapi sayang, bukan milik aku. Bisiknya di dalam hati. Ezrel berpaling bila terasa lengannya disentuh oleh seseorang. Dia menunduk sedikit supaya dapat menangkap bisikan perlahan mummy kesayangannya.
“Mummy nak kenalkan Rel dengan seseorang.”
Dahinya sedikit berkerut. “Siapa?”
“Jom. Ikut mummy.” Sejurus itu, lengan anak lelaki tunggalnya ditarik sehingga tiba disuatu ruangan.
Tepat ketika itu, mata Ezrel bertemu dengan mata seorang perempuan yang ketika itu sedang duduk diantara seorang lelaki dan seorang wanita paruh baya. Her parents, I guess.
Ezrel ditarik sehingga duduk bersebelahan daddynya, berhadapan dengan keluarga kecil itu. Dia ukir senyuman tipis bila sekali lagi bertemu mata dengan perempuan yang sempat dia puji kecantikannya sebentar tadi.
Gadis itu membalas dengan senyuman kekok. Kemudian, terus dilarikan pandangannya menekur lantai. Tahulah dia bahawa gadis itu sedang dalam perasaan malu bila melihat wajah merah bak tomato itu. Dia alih wajah kearah mummynya. “Kenapa ni mummy?”
“Mummy nak Rel kenal dengan bakal isteri Rel.”
Terserap darahnya ke kepala bila mendengarkan kenyataan ibunya barusan tadi. “Apa dia mummy?” Tanyanya ingin memastikan bahawa dia tidak salah dengar.
“Mummy kenalkan, Malika Arumi, tunang Rel yang bakal jadi isteri Rel tak lama lagi.” Sebelah tangannya diangkat lalu mengarahkan kepada gadis itu.
“Tunang?”
“Ya, tunang Rel.”
“Jadi, harini…”
“Majlis tunang Rel dengan Arumi.” Tegas Tuan Ezhairi bersuara mendiamkan bicara Ezrel.
.
“Apa semua ni, mummy? Daddy?” Wajah ibu dan ayahnya dipandang silih berganti. Inginkan penjelasan. Tiba-tiba sahaja semua ini berlaku. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia mengamuk disitu tadi. Tapi dia sedar, dia perlu menjaga air muka mummy dan daddynya.
“Mummy dah buat keputusan.”
“Kenapa mummy dengan daddy buat keputusan macam ni tanpa bincang dulu dengan Rel?”
“Kenapa mummy nak kena bincang pulak dengan Rel?”
“Rel tak pernah bersetuju, mummy.”
“Dan mummy tak perlukan apa-apa persetujuan langsung dari Rel. Itu keputusan mummy.”
“Mummy tahukan Rel dah ada Sofea? Acap kali Rel bagitahu mummy dengan daddy, bila Sofea balik nanti, Rel akan kawin dengan Sofea. Bukan dengan perempuan tah mana-mana tu.”
“Mummy tahu mana baik buruk untuk Rel, sayang. Sofea tu bukan perempuan yang baik.”
“Mana mummy tahu pulak budak tu adalah perempuan yang baik?”
“Mummy kenal lebih Arumi dari Sofea yang tak tahu asal usul tu, Rel. Segala latar belakang Arumi, mummy cukup kenal. Mereka dari golongan yang baik-baik.“
Ezrel melepaskan tawa lucu. “Menipulah perempuan ada rupa macam tu baik, mummy. Kita tak tahu kan, tah-tah depan kita je dia baik, pijak semut pon tak mati…”
“Kalau acuannya cantik, sudah pasti hasilnya juga cantik.”
“Mummy yakin je kan?”
“Jadi, Rel nak cakap, Sofea perempuan yang berpakaian mencolok mata tu baik ke? Tunjuk tubuh, bagi lelaki tengok. Rel suka perempuan macam tu? Rel memang sukalah, berkongsi mata dengan lelaki lain? Rel bahagia tengok hak Rel dipandang macam harimau nak membaham mangsa macam tu?”
Ezrel terdiam seribu bahasa.
Rohani mendekati anaknya. Menarik lengan Ezrel supaya duduk disebelahnya. “Rel, mummy bukan sengaja pon buat macam ni pada Rel. Sebab mummy sayanglah mummy nak tengok Rel dan anak cucu Rel tergolong dalam kalangan baik jugak, Rel. Bukan mummy tak terima perempuan macam Sofea tu sebagai menantu. Tapi, cuba Rel fikir, hasil dari pekerjaan yang Sofea buat tu nanti yang akan sentiasa mengalir dalam darah daging keturunan Rel. Rel fahamkan apa yang mummy cuba sampaikan pada Rel?”
.
Arumi memerhati sahaja gelagat suaminya itu. Dari lepas akad nikah, bersanding sehingga sudah berduaan di dalam bilik, sepatah kata pon tiada yang keluar dari bibir lelaki itu. Apa ada jongkong emaskah dalam bibirnya sehingga berat mulut untuk bersuara?
“Aw..." Belum sempat dia bersuara, Ezrel sudah selamat masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Dia melepaskan nafasnya perlahan. Terpaksalah dia sendiri yang membuka segala aksesori yang melekat diatas kepalanya kini. Usai bersusah payah, mahkota yang menutupi rambut panjang alunnya dilepaskan. Rambut juga dibuka ikatannya.
Tepat ketika dia berpusing untuk mencapai tuala diatas katil, Ezrel sudahpon keluar dari bilik mandi dengan bertuala paras pinggang. Arumi menelan liurnya. Sama juga keadaannya dengan Ezrel. Pertama kali melihat Arumi tanpa dilapik dengan tudung. Cantik. Itulah ungkapan pujian pertama yang terlontar dalam hati. Tiba-tiba, bayangan Sofea bermain-main difikirannya. Dia berdehem bila tersedar ke realiti semula.
Cepat-cepat dia bersiap menyalin pakaian. Arumi hanya memerhati segala gerak-geri lelaki itu sehinggalah lelaki itu sudah bersedia untuk membuka pintu bilik, dia langsung bersuara. “Awak nak keluar?”
Langkahnya terhenti. “Aku ada kerja.”
“Tapikan ni malam pertama kita sebagai suami isteri.”
Terus Ezrel berpaling menghadap isteri yang baru dia nikahi pagi tadi. “Aku bukan lelaki yang jahat nak biarkan isteri aku pada malam pertama perkahwinan, Arumi. Tapi kau sendiri dah maklum, kita kawin bukan atas dasar cinta. Aku tak cintakan kau. Janganlah kau nak letak expectation yang tinggi lepas kau dah sah jadi isteri aku. Aku tak kejam untuk ambik dara kau semata untuk puaskan nafsu aku. Kau simpanlah dara kau tu untuk lelaki yang tepat. Bukan aku.” Ezrel kembali berpaling dan langsung membuka pintu keluar dari bilik meninggalkan Arumi terkulat-kulat disitu.
“Siapa lagi lelaki yang tepat kalau bukan awak yang halal untuk saya, Rel?”
.
"Ezrel mana, Arumi?"
Dia menggigit bibirnya bila soalan itu yang pertama dihidangkan selepas dia hadirkan diri diruang makan itu. "Er..." Seperti tergeliat lidahnya ingin bersuara. Nak bagi jawapan seperti apa ya? Nak bagi jawapan betul atau jawapan tipu? Macam mana nak perlihatkan rumah tangga yang baru terbina ni nampak harmoni je?
Terasa bahu Arumi dipegang kejap oleh seseorang. Arumi pantas berpaling. Ezrel dengan tiba-tiba muncul di ruangan itu. "Ada ni, mummy." Dia mengambil duduk dimeja makan.
Jelas terkejut Arumi bila melihat Ezrel muncul disitu. Bukan dia keluar ke malam tadi? Bila pulak dia balik? Ke aku yang tidur mati? Wah kau, Arumi. Mentang-mentang bendera bulan sabit kau tengah berkibar-kibar, suami kau balik pon kau tak tahu.
Melihat Arumi yang hanya diam terpacak macam tiang elektrik di tempat yang sama dia berdiri tadi, Ezrel memberi isyarat mata supaya Arumi duduk disebelahnya.
Terus Arumi menghampiri duduknya lelaki itu. Ketika sudah selamat Arumi melabuh duduk dikerusi disebelahnya, dia merapatkan wajah ke telinga gadis itu. "Kau yang mulakan permainan ni. Jadi teruskan. Kalau kau tak mengada setuju dengan rancangan mak ayah kau tu, kau takkan hidup berumah tangga macam nilah, budak."
"Amboi, Rel. Dekat meja makan pon nak sweet-sweet. Dekat bilik tak puas lagi ke?"
"Mana taknya, mummy. Menantu yang mummy pilihkan untuk Rel ni cantik sangat. Tak lepas pandangan Rel nak pandang Arumi je." Tangan dibawa mengusap kepala Arumi.
Arumi naik meluat bila melihat segala tindak tanduk Ezrel itu. Dia memandang Rohani. Dengan senyuman, tangan sebelahnya dengan laju menyepit perut Ezrel.
"Aduh!" Tangan yang tadi mengusap ubun-ubun Arumi langsung menyentuh tempat dimana Arumi cubit.
Padan muka kau!
"Kenapa, Rel?"
"Takde apa-apa, mummy."
"Dah makan. Jangan main-main lagi. Kang lambat pulak nak hantar Arumi ke kolej."
Share this novel