"Rel..." Panggil Puan Rohani bila nampak kelibat Ezrel yang sedang menuruni tangga untuk ke dapur.
Ezrel kalih wajah. Dia sedikit tersentak bila terpandangkan dua orang yang agak lama dia tidak bersua yang sama-sama duduk di ruang tamu bersama dengan Puan Rohani dan Tuan Ezhairi.
"Sinilah. Sapa tetamu kita ni dulu."
Dia telan ludah. Dengan berat hati, dia menapak mendekat ke ruang tamu untuk bersalaman dengan tetamu yang dimaksudkan itu. Tangan dihulur.
"Sihat, Rel?" Lelaki itu menyambut.
Ezrel hanya menganggukkan kepala. Mata sesekali memandang curi wanita di sebelah lelaki itu. Tanpa sedar, tangan tertuju pula pada wanita itu.
Lelaki tadi secara spontan membawa wanita itu sedikit ke belakang tubuhnya membataskan perlakuan Ezrel itu. Wajahnya nampak sedikit tegang. Lupakah Ezrel, antara dia dengan isterinya sudah tiada apa-apa ikatan lagi?
Tuan Ezhairi berdehem. "Rel..."
Ezrel tersedar.
Wanita itu menunduk bagi menggantikan sapaan huluran tangan Ezrel itu.
Ezrel juga begitu.
"Er... Bila kau dua balik Malaysia?" Ezrel cepat menukar situasi canggung menjadi sedikit neutral.
"Baru je sampai. Ingat nak tumpang tidur sini sehari dua sebelum balik ke kampung Arumi. Balik ni pon sebab Arumi nak berpantang kat kampung lepas bersalin nanti."
Mendengar itu, barulah Ezrel perasan akan perubahan pada tubuh wanita dengan perutnya sedang memboyot itu. Jadi, Arumi sedang mengandung? Tak disangkal lagi. Patutlah wajah wanita itu nampak berseri semacam je. Nak menerima kehadiran ahli keluarga baru rupanya. "Er okeylah kalau macam tu. Rel keluar kejap. Ada hal."
"Hm yelah. Hati-hati bawak kereta tu."
.
"Termenungkan apa anak mummy yang sorang ni? Ada apa dekat siling tu? Hm?" Puan Rohani menghampiri anak lelakinya yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Elvina yang tidur pulas di pangkuan Ezrel dipandang sayang.
Ezrel kalih pandang. "Mummy." Ezrel menegakkan kepala.
"Kenapa tak angkat Elvina masuk bilik? Kesian dia. Sejuk duduk luar ni."
"Kejap lagi Rel bawak masuk. Ni pon dia baru je terlelap. Daddy dah tidur, mummy?"
"Dah. Tadi lepas makan terus tidur dia."
Ezrel mengangguk faham. Matanya secara rawal berkeliling melihat ke segenap ruangan. Terpaku dia bila berlawan mata dengan seseorang yang tidak jauh berdiri di tempat dia dan Puan Rohani bersembang.
Puan Rohani juga pandang ke arah mata Ezrel tertumpu. "Eh, Rumi. Buat apa berdiri dekat situ? Sini datang dekat. Adib mana?"
Arumi dengan berhati-hati menapak ke arah anak beranak itu. "Abang dah tidur, mummy." Duduk dilabuhkan berhadapan dengan duduk Ezrel.
"Penat agaknya tu. Lama dalam flight kan." Puan Rohani senyum mesra. "Rumi tak tidur?"
"Rumi tak boleh tidurlah, mummy. Selalunya sebelum tidur abang urutkan Rumi. Harini awal pulak dia tidur. Tu yang Rumi tak naklah kacau. Rumi biarkan je dia tidur."
"Pandai Adib jaga Rumi." Kata Puan Rohani ikhlas.
Langsung Ezrel pandang mummynya sedikit berkerut. Perli aku ke?
"Eh dah alang-alang semua tak boleh tidur ni. Mummy buat air kejaplah." Puan Rohani sudah bangun berdiri bersedia untuk ke dapur.
"Eh takpelah, mummy. Susahkan mummy je."
"Take susah mana pon lah. Tunggu kejap ya. Boraklah dulu."
Borak? Itulah yang Arumi nak elak sebenarnya. Tapi mummy macam buat-buat tak faham pulak. Haih.
Hilang bayangan Puan Rohani, Arumi pandang ke arah lain pura-pura macam takde sesiapa di situ. Senang cerita. Kekoklah.
Ezrel senyum tipis melihat bahasa tubuh Arumi itu. "Kau nampak makin berseri, Arumi."
Arumi terkedu. Dia puji aku ke tadi? Er nak bagi reaction macam mana ya? "Awak pon nampak lain sekarang, Rel."
Ezrel ketawa buat-buat. "Lain? Lain macam mana tu?"
"Nampak muram. Air muka awak tu nampak sedih je. Ada masalah?"
"Kalau ada pon, aku tak rasa aku patut cerita dengan kau, Arumi. Kau kan bukan sesiapa lagi pada aku."
"Kalau awak sesiapa pada saya pon, saya tak rasa awak akan bercerita dengan saya. Saya tak lupa tu."
"Kalaulah aku sedar dari awal, kaulah orang pertama yang akan aku bagitahu masalah aku. Duka aku. Lara aku."
"Malangnya, 'kalau' tu tak pernah wujud kan?"
"Sayang..."
Arumi dan Ezrel serentak pandang pada orang yang tiba-tiba mengganggu perbualan itu. Adib dengan wajah kantuknya mendekati si isteri. "Jomlah." Arumi menggapai huluran tangan Adib.
"Nak pergi mana?"
"Kata teringin nak makan burger yang dekat area kolej dulu tu kan? Jomlah."
"Eh, awak kan penat. Kesian awak."
"Tak, sayang. Jom."
"Betul ke ni?" Arumi pandang Adib serba salah.
"Demi sayang, demi Adam. Saya tak rasa penat langsung."
"Betul?"
"Betul, sayang."
Arumi bangun dari duduknya. "Saya pergi dulu." Pinta Arumi menjatuhkan kepalanya.
Hilangnya bayangan dua insan itu, Ezrel menghela nafasnya berat. "Aku boleh buat apa, Arumi? Kalau aku halang kau dari pergi pon, kau tetap akan pergi."
.
Ezrel memerhati pasangan suami isteri itu dari balik tirai dengan perasaan yang sedikit iri.
"Sayang, sudahlah tu. Hujan lebat ni. Nanti awak demam. Sini!"
"Alah, kejap je." Rengek Arumi.
"Rumput tu licin, sayang. Nanti awak jatuh."
"Sinilah, abang."
"Awak tu bukan berani sangat dengan cuaca macam ni. Nanti guruh, awak carik saya jugak."
"Siapa lagi saya nak carik kalau bukan awak. Awak suami saya kan?"
"Malika Arumi!" Adib menekan suaranya.
Arumi mencebik bibirnya.
Melihat wajah yang berubah suram itu, Adib hela nafas. Dia rapatkan tubuh mendekati si isteri. "Sayang buat muka macam tu, abang cepat cair tahu tak. Harap-haraplah Adam tak kenen dengan perangai nakal umi dia yang satu ni." Hidung Arumi dicuit manja. Dipeluk erat tubuh genit Arumi. "Comel tau bila sayang buat perangai macam ni."
Arumi senyum manis membalas pelukan lelaki itu.
Adib bawa wajahnya ke telinga Arumi. Dia bisikkan sesuatu. "Jangan lama sangat tau, sayang. Awak tahu kan, awak nampak seksi bila dalam keadaan basah macam ni."
Dengar itu, terus Arumi tampar manja belakang Adib. "Gatal!"
"Kalau macam ni hari-hari hujan pon takpe. Cepatlah Adam dapat adik."
"Adib Hilman!" Arumi menghenyakkan kakinya ke kaki Adib seriau dengan bisikan nakal itu. Lantas meninggalkan lelaki itu terketawa riang dibawah hujan.
Adib pantas mengejar langkah Arumi. Mereka bukak sahaja daun pintu, menapak ke dalam rumah, nampak Ezrel yang berdiri tidak jauh dari situ, cepat Adib bawak tubuh Arumi bersembunyi di belakangnya. Arumi yang faham, terus memeluk tubuhnya.
"Kau dah lama ke berdiri dekat situ?" Tanya Adib sedikit tegas. Melihat pada langsir tembus pandang itu, dia tahu Ezrel sudah menyaksikan babak dia dan Arumi bermesraan tadi. Mula dari mana dia tidak pasti. Tapi dia tahu, sedikit sebanyak tubuh Arumi yang terkena air hujan itu telah menjadi tatapan lelaki lain selain dia sebagai seorang suami.
Ezrel senyum sinis. "Kenapa? Takut tubuh isteri kau tu jadi santapan pandangan aku?"
"Kau jangan kurang ajar, Rel."
"Sebelum kau, aku orang pertama yang dapat tengok dulu setiap inci tubuh dia."
"Kau diam, Rel! Aku masih boleh bersabar lagi sebab ni rumah family kau."
Lagi-lagi, senyum sinis yang Ezrel pamerkan. "Kalau bukan sebab aku, kau takkan dapat dia, Adib. Ingat tu. Bila-bila masa je aku boleh ambik balik apa yang sepatutnya jadi milik aku."
Share this novel
ezrel ni mabuk ketum ke apa.. geram plkz. terima jelah hakikat arumi tu bkn hak kau lg. geram plk kita..??