PIA - 13

Romance Completed 23714

"You. Temanlah I malam ni." Pujuk Sofea menyentuh bahu Ezrel yang sedang duduk menatal handphone di sofa ruang tamu.

"Tak boleh, sayang. I tak nak mummy bising. You pon tahu kan. Kalau I balik lambat, mesti dia tanya I macam-macam."

"Tapi, you tak pernah lekat dekat sini 24 jam pon. Balik kerja pukul 6 petang then pukul 9 malam, you kena balik rumah mummy you."

"Ini untuk kita jugak, sayang. You kena faham."

"I nak you layan I sama macam..."

"Sayang, kita dah bincang hal ni kan? You pon dah setuju. Tunggu reda dulu. Baru I temankan you selama mana pon yang you nak I teman you."

"I..."

"Sabarlah sikit. Demi I. Please, sayang. I tak nak keadaan jadi huru-hara."

"Tapi, I..."

"Okey. Okey. Macam ni. You cakap je you nak apa. I bagi. Tapi untuk tidur bermalam dekat sini, I akan buat kemudian."

"I nak you layan I."

"Now?" Jam didinding dia terpa seketika sebelum pandangan beralih semula kepada Sofea.

"Ya, sekarang. I nak lebih. Sampai i puas. Then, you can go."

"Dah pukul 8.30, sayang. I kena balik sebelum pukul 9."

"I tak kira." Sofea sudah berpeluk tubuh.

"Okey. Okey. Jom, I layan you."

.

Ezrel merempuh pintu biliknya. Mata meliar mencari keberadaan Arumi di setiap penjuru bilik. Arumi berada di balkoni. "Kau memang suka mummy marah aku kan?"

Arumi sedikit tersentak bila Ezrel menempiknya seperti itu. "Apa awak ni? Bila masa pulak saya suruh mummy marah awak?"

"Yang kau memandai balik sini kenapa? Nak mummy daddy tahu yang kita ni tak sebulu?"

"Dah memang tak sebulu nak buat macam mana?" Arumi menapak masuk ke bilik.

"Kau memang menguji kesabaran akulah, Arumi. Kalau kau tak balik sini, mummy takkan bising dekat aku tau."

"Saya takut duduk rumah sorang-sorang. Saya baliklah rumah mummy."

"Habis, kau tak boleh tunggu aku balik ke?"

"Dah pukul 9 pon awak tak balik lagi. Saya cau lah." Itulah rutin Ezrel sejak dua menjak ini. Selalu tepat pukul 9 memang sudah sampai dirumah. Mata tertuju pada jam didinding. Hah! Dah pukul 12.30 pagi baru nak jumpa jalan balik. "Awak sesat ke? Tak jumpa jalan balik? Pukul 12.30 baru nak balik." Perli Arumi sedas.

"Kau tak perlu tahu hal aku."

"Saya perlu tahu sebab saya isteri awak." Pantas Arumi membalas.

"Isteri yang aku tak cinta."

"Tetap sah!"

Ezrel dah pandang Arumi kecik besar. "Eh, mak kau dulu bagi kau makan radio ke? Kemain laju lagi kau menjawab cakap aku kan."

"Suka hatilah ibu nak bagi saya makan apa pon. Ibu saya bukan ibu awak!"

Tangan dikepal. Cuba menahan sabar. "Kalau kau ni jantan, dah lama penumbuk aku ni sampai dekat muka kau!"

"Eh awak fikir penumbuk awak je. Habis, saya? Saya takde penumbuk. Awak pon jangan cabar limit saya, Ezrel Hakimi. Sabar saya pon ada batas jugak. Jangan disebabkan awak, segala kesalahan nak letak atas bahu saya je. Tengok sikit diri awak tu." Berakhir kata itu, Arumi menghempas punggungnya di atas katil. Turun naik dadanya menahan amarah.

.

Arumi meletakkan semangkuk besar bihun goreng diatas meja. Tuan Ezhairi diikuti Ezrel menghadirkan diri di ruangan makan.

Dan ketika itu, mata merenung diantara satu sama lain walaupun sekejapan sebelum Arumi mengalihkan pandangan. Menjeling. Huh! Duduk dilabuhkan dikerusi bersebelahan Puan Rohani.

Bihun yang sudah diletakkan ke atas pinggan dihadapannya disua kemulut sesudah membaca doa.

Suasana hening. Cuma dentingan sudu dan pinggan sahaja kedengaran.

Tuan Ezhairi tidak betah. "Tengah berkabung ke? Diam je semua?"

Puan Rohani membuntangkan mata mengisyaratkan Tuan Ezhairi supaya tidak bersuara.

Fahamlah Tuan Ezhairi bila isyarat itu diberikan. Ada perang yang sedang berlaku antara negara A dengan negara B. Patutlah duduk pon asing-asing.

Ezrel pulak sesekali mata tertuju pada Arumi yang hanya menguis-nguis bihun goreng. Wajah gadis itu nampak keruh sahaja. Haih, waktu mulut dia potpet potpet kau marah, dah monyok macam ni, kau pulak tak boleh terima.

Usai makan dua tiga suap, Arumi bangun dari duduknya. "Rumi pergi kerja dulu."

"Eh, makan pon belum habis lagi." Ujar Puan Rohani.

"Dah kenyang mummy." Salam dihulur.

Menyambut salam Arumi lantas berkata. "Makan baru dua tiga suap. Kenyang apanya?"

"Kenyang makan hati!" Usai membalas seperti itu, Arumi terus melangkah meninggalkan tiga beranak itu. Ezrel hanya pura-pura tidah endah. Walaupun sedikit sebanyak tercalit rasa bersalah dilubuk hati yang paling dalam.

.

Dua orang figura yang sangat dia kenali itu dilihat dengan riak tanpa perasaan. Dia hanya mengikuti sahaja langkah Sofea yang menariknya seperti lembu dicucuk hidung.

"Adib!" Panggil Sofea.

Seperti sudah berjanji, dua-dua angkat wajah mencari asal suara yang menegur.

"Eh Sofea."

Arumi telan ludah bila dapat mengecam siapa orang yang bersama dengan Sofea itu.

"I ingatkan I salah orang tadi. Tu I datang dekat."

Adib bertukar salam dengan Sofea dan Ezrel. "I lah ni."

"You makan sini?"

Adib seperti tercari-cari sesuatu. "Takkanlah I pegang batang mancing pulak kan? Sah-sahlah I tengah pegang sudu garpu." Balas Adib bersama hilai tawa dihujung ayat. Arumi menyembunyikan senyuman. Lucu mendengar jawapan lelaki dihadapannya ini.

Sofea sudah tersenyum kelat mendengar perlian Adib itu. Mata beralih pada wanita dihadapan Adib. "Wow! Dah berpunya. Tak nak kenalkan pada I?"

"Er..." Sesekali mata mengerling kearah Arumi yang nampak sedikit tidak selesa dengan kehadiran dua makhluk itu. "I introduce Malika Arumi. Rumi, Erika Sofea."

Arumi laju menghulur salam. "Hai. Arumi."

"Sofea." Salam Arumi dia sambut.

Kemudian salam dihulur kepada Ezrel. "Awak?"

Ezrel sambut salam itu dengan hati yang sedikit berbelah bahagi. "Ezrel Hakimi." Balas Ezrel. Senyuman Arumi terukir dibibir. Dan hanya Ezrel yang faham akan senyuman itu. Senyuman mengejek.

Pantas Sofea menarik tangan Ezrel dari terus bersalaman dengan Arumi. "Er okeylah, Adib, Arumi. Kami dah lambat ni. Kami pergi dulu, ya?"

Mereka serentak menganggukkan kepala membenarkan. Ceh! Macamlah aku kesah sangat dengan dia punya boyfriend tu. Takkanlah nak halang pulak kan? Nak pergi, pergi. Pergilah jauh-jauh dan jangan kembali. Buat sakit hati je kalau kembali.

.

Ezrel melihat ke arah meja kerja seseorang. Manalah budak ni pergi? Asik hilang je. Dia tersentak bila tersedar sesuatu. Kau ni kenapa, Ezrel? Ada, balah. Takde, mencari.

Masuk ke dalam bilik, dia terkedu bila nampak Arumi yang baru sahaja ingin keluar dari ruangan itu sesudah meletakkan sebuah fail diatas meja kerjanya.

Arumi juga begitu. Terkejut dia bila tiba-tiba Ezrel sudah berada di dalam bilik itu. Manusia ke hantu dia ni? Bunyi tapak kasut pon takde. "Fail projek dekat Sabah ada atas meja Encik Ezrel. Kalau takde apa-apa, saya minta diri dulu."

Selangkah lagi untuk keluar dari bilik itu, Ezrel melaung namanya. Terhenti langkahnya. "Lusa kau ikut aku. Tengok progress projek dekat Sabah tu."

Tanpa memberi respon, Arumi langsung keluar dari ruangan pejabat lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience