PIA - 22

Romance Completed 23714

Arumi seperti mayat hidup. Ikut sahaja arah jalan orang yang menarik tangannya. Memapah tubuhnya. Orang berjalan, dia berjalan. Orang berdiri, dia berdiri. Orang duduk, dia duduk. Dia seperti hilang semangat untuk hidup.

Semenjak arwah Adib selamat dikebumikan tengah hari tadi, sehinggalah malam hari, Arumi hanya berkurung di dalam bilik.

"Arumi..." Puan Suraya sentuh perlahan bahu anak perempuannya yang sedang termenung ke luar jendela. "Jom makan, sayang. Arumi dari pagi tak makan. Kesian, Adam."

"Hujan, ibu."

Puan Suraya menukar pandangannya ke luar tingkap. "Ya hujan, Rumi. Dari petang tadi. Sejuk je cuaca hari ni."

"Ibu tahu tak, Adib selalu marah Rumi sebab Rumi main hujan. Tengoklah sekarang, dia main hujan boleh pulak. Dia main hujan dari petang tadi, bu. Rumi tak marah pon." Air matanya setitis demi setitis keluar.

Puan Suraya menarik anaknya ke dalam pelukan. Arumi menutup matanya bila ibu mengusap-usap kepalanya seperti sedang memujuk.

"Lepas main hujan, Adib mesti suruh Rumi mandi. Dia cakap, nanti Rumi demam."

Arumi pandang Puan Suraya. "Kalau Adib demam macam mana, bu? Selalunya kalau Rumi demam, Adib peluk Rumi, selimutkan Rumi. Hujan dari tadi tak henti-henti. Kesian Adib takde siapa peluk dia."

"Arumi. Biarkan Adib pergi ya sayang. Usahlah terlalu meratapi pemergian si mati. Tak baik. Rumi tahu kan, Allah SWT tidak mengazab si mati kerana tangisan dan kesedihan. Ibu faham, sukar untuk kita terima orang yang kita sayang pergi dari hidup kita, tapi janganlah macam ni, sayang. Bila kita terlalu sedih macam ni seolah-olah macam kita tak terima ketentuan qada' dan qadar Allah."

"Rumi isteri yang baik. Yang taat kepada suami. Tak menderhaka kepada suami. Mesti Adib dah tenang sekarang. Yang pergi, biarlah pergi. Kita yang hidup ni, perlu teruskan hidup."

Arumi diam tak berkutik. Hanya pandangan kosong dia lontarkan ke hadapan.

"Rumi baik kan? Rumi makan ya? Ibu ada buatkan makanan kegemaran Rumi."

Pandang wajah lelah ibunya. Dia tahu ibunya penat. Terbit rasa serba salah dalam dirinya kerana dari siang tadi tak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Sekarang, ibu kena layan kerenah dia pulak. "Ibu..."

Puan Suraya yang sedang mengalihkan pinggan dan cawan keluar dari dulang memandang anaknya. "Hm?"

"Rumi mintak maaf, ibu. Rumi buat ibu susah hati."

"Ibu sayang anak, ibu. Wajarlah ibu susah hati bila Rumi monyok macam ni. Makan ya, sayang. Anak ibu ni mesti lapar kan? Kesian cucu nenek lapar ya." Pandangan terhala pada perut Arumi.

Arumi angguk kepala. "Ibu suapkan Rumi boleh?"

"Boleh. Sini ibu suapkan."

.

"Ibu!" Berlari-lari anak Ezrel mendapatkan bekas mertuanya itu.

Encik Arman dan Puan Suraya serentak bangun dari duduk mereka.

Ezrel memegang kedua belah tangan Puan Suraya. "Arumi macam mana ibu?"

"Arumi masih dekat dalam lagi. Cepat Rel sampai. Tadi Rel cakap Rel masih berada di Pahang lagi kan?"

"Waktu ibu call tu Rel on the way nak balik cyberjaya. Tu yang Rel terus drive datang sini."

"Rel bawak laju ke? Cukuplah sorang je yang pergi. Jangan buat ibu susah hati Rel."

"Sebabkan doa ibulah Rel selamat sampai ke sini." Bicara Ezrel lembut.

Mendengar itu, Ezrel terus dibawa kedalam pelukan. "Jangan buat lagi ya. Ibu risau."

Ezrel menganggukkan kepala. Lalu dia bersalaman dengan Encik Arman. "Ayah."

Serentak itu, Tuan Ezhairi dan Puan Rohani pon tiba. Mereka bersalaman antara satu sama lain. "Macam mana?" Tuan Ezhairi dulu bertanya.

"Dah hampir dua jam, Arumi masih lagi di dalam. Risau pulak saya ni." Bilang Puan Suraya.

"Arumi kuat. Saya tahu. Bukan senang nak lahirkan seorang pahlawan."

"In shaa Allah. Sama-sama kita doakan." Ucap Encik Arman.

Hampir setengah jam menunggu, keluar seorang doktor perempuan dan seorang jururawat dari ruang bersalin itu. "Boleh saya tahu siapa ahli keluarga Puan Arumi?"

Mereka serentak berdiri. "Macam mana dengan anak saya, doktor?" Tanya Puan Suraya tidak sabar.

Doktor perempuan itu menghela nafas lega. "Alhamdulillah, Puan Arumi dah pon selamat melahirkan anak lelaki secara normal."

"Alhamdulillah." Tak henti kata syukur keluar dari bibir setiap orang yang berada disitu.

"Tuan suami kepada Puan Arumi ke?" Pandangan doktor perempuan itu terarah kepada Ezrel yang berdiri tidak jauh dibelakang Puan Rohani.

Tersentak. "Er...saya..."

Tak habis Ezrel membalas, doktor itu terlebih dahulu memberi kata putus. "Tuan boleh ikut nurse Isma untuk azan dan iqamatkan baby."

Semua mata sudah memandang Ezrel. Ezrel serba salah. "Boleh ke bu?"

Puan Suraya mengukir senyum ikhlas. "Pergilah, Rel. Rel memang ayah Adam."

Ezrel angguk kepala perlahan justeru terus mengikuti langkah jururawat bernama Isma itu ke satu ruangan.

Perginya Ezrel, doktor itu sekali lagi bersuara. "Kejap lagi bolehlah lawat Puan Arumi selepas kami pindahkan Puan Arumi ke ward biasa."

"Terima kasih, doktor."

"Saya pergi dulu."

.

Terkelip-kelip dia cuba menyesuaikan retina mata dari mengenai sinaran cahaya matahari. Kepala diarahkan ke langsir yang luas terbuka. Silau. Samar-samar dia dapat melihat seseorang yang duduk di sofa sedang memandang dirinya. Akibat tubuh itu membelakangi cahaya dari luar, sukar untuk dia mengenal pasti siapa gerangan lelaki bertubuh sasa itu.

Selepas dapat mengesan siapa lelaki itu, cepat Arumi bangun dari perbaringan walaupun sedikit payah. Tiba-tiba je. Tak pernah-pernah muncul. Harini mimpi apa? "Awak buat apa dekat sini?"

"Tanam pokok betik." Jawab Ezrel sarkastik.

Pandang Ezrel meluat, Arumi pandang sekeliling. Mana ibu? Bukan ibu ada dekat sini ke tadi?

"Ibu pergi solat kejap. Jangan risaulah. Aku pon kejap je ni."

Ketika itulah kedengaran derapan kaki seseorang masuk ke dalam ruangan itu. Serentak itu, Ezrel bangun dari duduknya mendapatkan Puan Suraya. Salam dia hulurkan. "Rel pergi dulu, bu. Kirim salam pada ayah."

"Yelah. Hati-hati."

"Baik, bu. Terima kasih."

Puan Suraya anggukkan kepala.

Arumi yang dari tadi menjadi pemerhati, memanjangkan lehernya sampailah Ezrel hilang dari pandangan. "Rumi tak sukalah dia tu. Suka hati je masuk bilik ni. Lepastu pandang Rumi tidur. Tak malu ke?"

"Lah kenapa pulak? Kan sebelum ni pon dia pernah jugak tengok Rumi tidur. Lagipun, ibu yang mintak dia tunggu kejap sementara ibu nak pergi solat."

"Kenapa ibu bagi dia masuk?"

"Eh biarlah. Bukannya dia buat apa-apa yang tak elok pon. Tu, pintu pon terbuka luas. Tak payah nak kesal sangat."

Arumi peluk tubuh tak puas hati. "Tak pernah pun muncul tiba-tiba je datang. Nak tunjuk baik konon." Omelnya perlahan. Namun masih sampai ke pendengaran Puan Suraya.

"Kenapa cakap macam tu? Tak baik. Rumi patut berterima kasih pada dia tau. Dia yang banyak mudahkan urusan ibu. Adam tu, dialah yang tolong azankan, iqamatkan. Rumi je yang tak tahu. Sebab apa? Sebab dia tak nak Rumi fikir yang macam Rumi fikir sekarang nilah. Dia tak berlakon pon Rumi. Urusan jenazah Adib, dialah yang banyak membantu sampailah ke tahlil dekat rumah."

"Dia tak ikhlas pon, ibu. Dia tu serba salah je lebih sebab..."

"Masih tak reti bersyukur?" Pantas Puan Suraya memangkas kata-kata Arumi.

Arumi terdiam.

"Dahlah. Ibu nak pergi ambik air masak. Kejap lagi jangan lupa susukan Adam."

Hilang bayangan Puan Suraya, Arumi mengeluh. Jangan mudah percaya dengan semua yang dia tunjukkan di hadapan kita, ibu. Ibu tak tahu apa yang dia dah buat pada Rumi. Dan sebab dia jugaklah Adib pergi tinggalkan Rumi. Semua sebab dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience