PIA - 7

Romance Completed 23714

Malam itu Arumi dipaksa untuk ikut Ezrel keluar. Kata lelaki itu, ada kenduri salah seorang kawannya. Arumi pada awalnya berat hati nak ikut. Yelah, banyak assignment yang belum dia siapkan lagi. Lagi-lagi ini adalah sem penentu untuk dia pergi intern di syarikat-syarikat besar nantinya. Kalau dia buat endah sahaja, sia-sialah waktunya menyambung pelajaran. Tapi bila Ezrel desak dia untuk turut serta, dia ikutkan sahajalah sebab malas nak bertekak. Buat bazir air liur sahaja.

Awal-awal Arumi dah pesan kepada Ezrel, jangan tinggalkan dia bersendirian di situ. Maklumlah, mana dia biasa dengan majlis-majlis besar yang mana hanya dihadiri orang-orang ternama. Intern pon belum lagi inikan nak merasa berdiri sama tinggi dengan orang-orang pangkat besar disini.

Namun, janji hanya tinggal janji, sebaik saja sampai, Ezrel dah buat dia serupa tunggul disitu. Lelaki itu hanya berbual, bertegur-sapa
dengan kawan-kawannya tanpa menghiraukan Arumi dan yang buat Arumi terasa sangat adalah bila ada yang bertanya tentang siapa dia, Ezrel cepat mengubah topik perbiacaraan. Senang kata, tak sudi langsung dia untuk perkenalkan Arumi sebagai isteri dikalangan kawan-kawannya itu.

“Awak nak pergi mana?” Arumi pantas meraih lengan Ezrel bila Ezrel hendak pergi dari situ. Resah.

Laju Ezrel menarik tangannya dari pegangan Arumi. “Aku nak jumpa tuan rumahlah. Kau pernah belajar adab tak, datang majlis orang, bertegur sapa dulu dengan tuan rumah?“

“Ezrel.” Arumi pandang kedalam mata Ezrel. “Saya nak balik, boleh tak?” Tersekat-sekat suara Arumi.

“Kau nak balik?” Sebelah kening Ezrel terangkat sebelah. Arumi angguk. “Pergilah. Tapi jangan harap aku nak hantar kau balik. Majlis pun baru nak mula. Nak balik sangat kan? Pergi jalan kaki sana. Jadi apa-apa, jangan bising-bising duk call-call aku.” Pamer senyum sarkastik, terus Ezrel menapak tanpa menoleh ke belakang langsung.
Meninggalkan Arumi terkulat-kulat disitu.

Tak beberapa lama, terdetik untuk dia pandang kearah sekumpulan manusia yang sedang berbual di tepi kolam. Dari kejauhan, Arumi pandang sahaja Ezrel. Sejak tadi layanan mesra Ezrel terhadap seorang wanita cantik bertubuh tinggi lampai menyapa pandangan mata. Bila wanita itu hampir terjatuh, deras saja tangan Ezrel memaut pinggang wanita itu.

Andai dialah di tempat wanita itu, tentu saja Ezrel sikit pon tak hiraukan dirinya tergolek. Macam sekaranglah, Ezrel mana nak kisah pun dia sejak tadi duduk di situ.

Bila hati dah mula rasa tak sanggup nak biarkan diri terus dipermainkan, terus Arumi bangun. Saat ini fikiran dia kosong. Yang terlintas, dia hanya mahu pulang segera ke rumah. Mahu lenyapkan semua adegan mesra Ezrel dan wanita yang tak dikenali itu.

“Arumi.” Teguran seseorang mematikan langkah Arumi. Arumi berpaling. Tika itulah wajah Adib terhidang di depan mata. “Awak pun datang, saya ingatkan salah tengok orang tadi. Rel mana?” Soal Adib memanjangkan leher mencari seseorang sebelum pandangannya terhenti pada satu arah.

Kelihatan Ezrel sedang memaut kemas pinggang Sofea yang sesekali tergelak manja di dada lelaki itu. Tapi Ezrel memang layan Sofea semesra itu. Sudah lali dia melihat Ezrel bermesraan dengan Sofea seperti itu. “Er awak dah makan ke, Arumi?” Disebabkan serba-salah, Adib terus alih topik. Arumi ukir senyuman hambar.

“Saya tak lapar, Sir Adib. Saya nak balik.
Nanti boleh ke bagitahu Ezrel yang saya dah
balik? Saya tak nak dia tertunggu-tunggu,” ujar Arumi. Namun, dia pasti Ezrel bukan kisahpun dia kena apa-apa.

“Hah? Nak balik dah? Janganlah macam tu, tunggu Rel dulu. Nanti dia bising.” Adib risau kalau-kalau Ezrel naik angin bila sedar Arumi buat keputusan sendiri. Lagipun salah satu niat Ezrel ke situ, memang nak sakitkan hati Arumi. Biar Arumi lebih cepat mengalah dan minta untuk undur diri.

“Kenapa saya kena tunggu Ezrel pulak? Sir pun nampak dia tak kisah pun saya ada ke tak dekat sini. Dia..” Pandangan Arumi lagi sekali terarah kepada pasangan itu, sebelum Arumi larikan wajah ketempat lain. Sedut nafas dalam, Arumi lepas perlahan-lahan. “Saya minta diri dulu, Sir Adib.” Suara Arumi, kedengaran cukup sayu. Yalah, hati perempuan mana tak terguris melihat suami sendiri berpeluk dengan wanita lain di hadapan mata?

“Arumi, kejap. Kalau awak nak balik, saya hantarkan. Dekat sini payah nak dapat teksi. Lagipun bahaya, awak tu perempuan.” Adib tiba-tiba dihinggap perasaan risau. Entah kenapa, makin hari dia rasa makin selesa berada dekat dengan pelajarnya itu.

Arumi tidak berkutik. Bagai hilang dalam dunianya sendiri.

“Arumi.” Panggil Adib. Saat Arumi angkat pandangan, Adib terpana. Dia menangis?

.

Adib mendekati Arumi yang sedang termenung jauh itu. Sebungkus roti dan air kota strawberi diletakkan diatas meja. “This is for you.”

Arumi angkat wajah. Bila melihat Adib yang ada dihadapannya sekarang, dia mengukir senyuman nipis. “Sir dah habis kelas ke?”

“Baru je habis kelas. Awak buat apa dekat sini? Takde kelas?”

“Cancel.”

Kepalanya terangguk-angguk faham. “Awak okay, Arumi?” Tanya Adib setelah diteliti wajah Arumi yang terlihat kurang bermaya itu.

“Kenapa? Nampak macam tak okay ke?”

“Muka awak tu, lain macam je saya tengok. Kalau awak ada masalah, awak boleh share dengan saya.”

“Takde masalah apa pon sir. Penat je kot.”

Jeda.

“Awak pernah tengok satu cerita ni tak? Tajuk dia Wednesday 3.30 pm. Cerita tu mengisahkan seorang gadis ditinggalkan kekasihnya pada hari rabu tepat pukul 3.30 petang.”

Arumi tiba-tiba ketawa. “Tak. Kenapa sir tiba-tiba je cerita macam tu pada saya.”

“Awak free tak sekarang?”

“Hah?” Arumi pandang Adib. Macam random sangat je. Tadi tanya pasal cerita, ni tanya aku free ke tak. Dah kenapa?

“Saya nak ajak awak ke satu tempat. Saya jamin, awak mesti suka tempat yang saya nak bawak ni.”

Arumi pandang Adib semacam. “Yakin?”

“Kita tengok macam mana.”

.

“Awak tahu tak kenapa saya bawak awak kesini?”

Arumi diam tanda tidak mengerti. Pasir pantai itu dikuis-kuis dengan hujung kaki.

“Ingat tak pasal cerita yang saya tanya pada awak tadi?”

Arumi anggukkan kepala.

“Bagi saya kisah tu menarik, Arumi. Dia ditinggalkan pada hari rabu tepat jam 3.30 petang. Oleh sebab itu, dia percaya perempuan akan terlihat lebih tua pada hari rabu tepat jam 3.30 petang. Kemudian kawan lelaki dia tolong dia dan mengatakan, jika perempuan akan terlihat lebih tua pada hari rabu, pada jam 3.30 petang, maka gadis itu perlu terlihat lebih muda pada hari rabu tepat jam 3.30 petang.”

Tiada balasan melainkan senyuman yang terukir pada bibir kecilnya.

“Saya akan tolong awak.”

“Tolong? Maksud sir apa?”

“Projek memikat suami.”

“Sir. Sir sendiri sedia maklum yang Ezrel dah ada kekasih. Mustahil untuk dia jatuh cinta dengan saya.”

“Kita hanya mampu merancang, Arumi. Allah yang menentukan. Kalau dia berkehendak begitu, maka begitu jadinya. Awak tahu kan, manusia boleh berubah. Apatah lagi perasaan.”

“Saya tak nak kacau hubungan mereka, Sir Adib. Mereka dah lama bersama.”

“Lama atau tak, awak yang halal untuk Rel. Dia suami awak. Dia hak awak.”

Arumi paling wajah. Mata bertemu mata. “Saya dah cukup rasa diri saya ni jahat kerana musnahkan kebahagiaan Ezrel, sir. Takkan saya nak jadi jahat lagi untuk saya rampas hatinya pula.”

“Awak tu isteri dia yang sah, Arumi. Awak kena ingat tu. Bila dah sah, jasadnya malah hatinya semua milik awak.”

Arumi diam sejenak. Berfikir secara matang. “Apa perlu saya buat?”

.

“Ezrel.”

Ezrel paling wajah ke samping. Buntang matanya melihat pakaian yang dipakai Arumi sekarang ini. Dalam diam dia meneguk liurnya. Cepat-cepat dia alih wajah kearah lain.

“Saya dah siap masak. Awak nak makan?”

“Aku dah makan tadi dengan Adib.” Bohongnya. Padahal, baru pulang dari KLIA menghantar kepergian Sofea ke New York.

“Takpelah. Awak makanlah lagi sekali. Saya masak makanan kegemaran awak. Tadi saya call mummy, mummy cakap awak suka ikan masak asam pedas.” Arumi melangkah menghampiri suaminya dengan lenggang-lenggok yang lemah gemalai. “Makan ya? Atau…” Perlahan tangannya diangkat menyentuh dada bidang lelaki itu. “…awak nak saya suap?”

Ezrel angkat tangannya melingkari pinggang si isteri. Tubuh ramping itu ditarik sehingga rapat ke tubuhnya. “Kau tengah goda aku ke, Arumi? Pakaian apa yang kau pakai ni? Sendat, ketat, jarang, terbelah sampai nampak dada macam ni."

Arumi gigit bibir bawahnya bila sebegitu sahaja sambutan Ezrel. “Er…”

Pelukannya dilepaskan. “Siapa ajar kau pakai macam ni? Takde perasaan malu ke? Kau tu budak lagi. Hingus pon masih meleleh. Jangan nak tunjuk diri tu macam dah besar sangat.”

“Saya isteri awak, Ezrel.”

“Kau tahu aku tak akan pernah nak jatuh cinta dengan kau kan? Kau tahu aku suka orang lain. Jadi, jangan bersusah payah sangat nak ambik hati aku. Tak perlu nak beli jiwa aku. Aku takkan termakan.”

“Ezrel, saya…”

“Dah, kau pergi tukar baju kau ni. Lepasni, aku taknak tengok lagi kau pakai macam ni depan aku. Makanan kau tu pon kau boleh simpan dalam almari baju kau. Aku takde selera nak makan.”

Minggu ni deeja ada final exam. doakan deeja ya semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience