PIA - 14

Romance Completed 23714

Dengan bersusah payah Arumi menarik dua bagasi besar itu menuju ke bilik yang ditempah. Bersama hati yang membara, dia mencampakkan bagasi itu bila buka sahaja pintu, Ezrel elok berbaring dengan kedua belah tangan mendepa selesa di atas katil king hotel itu.

Dia tersentak. Menegakkan tubuh membalas renungan tajam Arumi. Senyuman disembunyikan.

Arumi bercekak pinggang. "Awak ingat saya kuli batak awak ke?"

"Aku tak cakap, kau yang cakap." Balas dia bersahaja.

"Saya ni dari lobi tau bawak beg awak yang tah ada batu ke apa dalam tu. Awak? Sesedap awak je jalan lenggang kangkung tinggalkan saya terkapai-kapai. Pulak tu, awak boleh berbaring macam takde apa-apa berlaku pon kan!"

"Relax boleh tak? Bawak beg tu je pon. Itu pon dah mengomel. Macam mana nak jadi isteri mithali kalau bawak beg suami pon nak merungut."

"Isteri bukan orang gaji! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri. Syurga isteri memang ada pada suami dan syurga suami masih ada pada ibunya. Tapi ingat, suami tak akan masuk syurga apabila selama hidupnya tak pernah memuliakan isteri dan tidak pernah membahagiakan isteri."

"Siapa kata aku tidak pernah membahagiakan isteri? Ni aku tengah buatlah ni." Bicara Ezrel bersahaja.

"Apa yang awak buat? Sejak kita kawin sampai sekarang, takde yang bahagia. Banyak duka je yang awak palitkan dalam hati saya ni."

"Arumi, aku bawak kau pergi bercuti. Kau tak bahagia?"

Berkerut seribu dahi Arumi hairan dengan tutur yang dibicarakan Ezrel itu. "Bercuti? Bukan sebab kerja?"

"Ya, bercuti. Kalau kerja, aku tak bawak kau sorang, Arumi. Aku akan bawak Asyraf sekali."

Baru nak rasa terharu, kata-kata Ezrel yang selanjutnya mematikan perasaan bahagianya. "Mummy suruh aku bawak kau bercuti. Suruh aku pujuk hati kau yang tengah bengkak tu." Jadi, mummy suruh baru nak buat? Dia melepaskan nafasnya perlahan.

"Baguslah kalau sedar hati saya ni tengah bengkak. Sekurang-kurangnya ada juga timbang rasa awak nak bawak saya jalan-jalan walaupun mummy yang paksa." Satu jelingan diberikan dipenghujung kata.

Arumi melangkah menuju ke sliding door yang tertutup dengan langsir jarang. Dia menolak ketepi langsir itu lalu pintu dibuka. Merapatkan diri ke balkoni bilik hotel. Wah! Dia lontarkan pandangan ke lautan biru yang luas terbentang. Kagum dia melihat keindahan permandangan pulau di tanah Sabah itu. Pilihan tempat yang baik untuk menenangkan fikiran. Dalam-dalam dia menghirup udara segar disitu.

"Kau marah aku lagi ke?"

Jelas terangkat sedikit kedua belah bahunya bila tiba-tiba suara itu menerpa ke gegendang telinga. Elok sahaja dia dengar bunyi ombak tadi. Tiba-tiba pulak ada suara sumbang mengganggu halwa telinga.

Arumi palingkan wajah mencari keberadaan lelaki itu. Elok sahaja Ezrel bersandar sambil berpeluk tubuh merenung ke dalam wajahnya.

"Awak je yang betul, Ezrel." Dia kalih wajah ke hadapan semula.

Ezrel mendekati Arumi. Dia berdiri bersebelahan dengan gadis itu. "Aku tak pandai nak pujuk kau dengan kata-kata, Arumi. Tapi mungkin dengan action aku mampu buat kau terpujuk. Walaupun tak banyak, at least dapat dengar kau bersuara lagi."

"Maksud awak?"

"Dah hampir sebulan. Sunyi rumah tu bila takde dengar langsung suara kau memekik karaoke dekat ruang tamu macam selalu kau buat tu. Lepastu, selalunya setiap hari ada je benda kau nak berbalah dengan aku. Duit aku pon tak berkurang pulak bulan ni bila takde baju yang terkoyak sebabkan kau. Pagi tak jumpa kau sebab sekarang ni, pergi balik kerja, Adib jemput hantar kau kan? Balik rumah pulak, kau dah berkeruh dalam bilik."

Arumi senyum senget. Telan liur payah. "Kalau awak balik awal, kita akan berbalah macam selalu."

"Aku..."

"Dahlah. Saya nak rehat." Terus Arumi masuk semula ke bilik.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu."

Terhenti langkah Arumi. Tanpa berpaling, dia membalas. "Lain kali jelah. Saya penat."

"Arumi, aku sebenarnya.."

"Tak perlu, Ezrel. Saya tahu sesuatu yang awak nak bagitahu tu akan menyakitkan saya. Tolong bagitahu saya sesuatu itu pada ketika saya dah bersedia. Buat masa sekarang, saya tak akan ambik tahu dan tak nak tahu langsung."

.

"Saya baru nak kejutkan awak."

Arumi menoleh ke sisi. Adib tersenyum manis kepadanya. "Dah sampai?"

"Dah." Jawab Adib.

Arumi bukak seatbelt. Dia baru ingin keluar dari perut kereta, Adib menahan tubuhnya. Dia paling wajah membalas tatapan Adib. "Saya janji, saya akan perlakukan awak berbeza dengan bagaimana Rel perlakukan awak, Arumi."

Arumi senyum nipis. "Saya pergi dulu." Arumi langsung keluar dari kereta.

Selangkah lagi untuk sampai ke pintu lobi, Adib melaung namanya. Sekali lagi Arumi menoleh ke arah Adib yang sedang berjalan mendekatinya. "Sekarang cuaca tak menentu. Saya mungkin akan jemput awak lambat sikit harini. Awak ambik payung ni."

Arumi menyambut payung itu perlahan-lahan. "Terima kasih."

"Arumi akan balik dengan aku harini."

Muncul seseorang diantara mereka yang sedang merenung antara satu sama lain. Adib dan Arumi serentak berpaling.

"Terima kasih sebab dah prihatin dengan Arumi." Payung yang ada pada pegangan Arumi dicapai lalu diberikan semula kepada tuannya. Adib kelu bila Ezrel berpelakuan seperti itu. Begitu juga dengan Arumi.

"Kau balik awal harini?" Tanya Adib dengan seribu satu makna. Arumi sudah larikan mata bila Ezrel pandang wajahnya.

"Aku tak sibuk harini." Balas Ezrel tanpa melepaskan pandangan pada Arumi.

"Oh kerja kau pergi mana harini?" Lagi-lagi soalan perangkap yang keluar dari bibir Adib.

"Kau memang nak berdiri macam tugu negara je ke dekat sini?" Ezrel berkata sarkastik bila melihat Arumi sudah pandang Adib lain macam.

Arumi jeling Ezrel dan terus bergerak melangkah untuk naik lift ke tingkat atas.

Hilang bayangan Arumi, Ezrel pandang Adib seperti sedang menahan amarah. "Kau sengaja je kan?"

"Apa?" Adib pura-pura bodoh.

"Aku tahu kau saje je cakap macam tu tadi depan Arumi."

"Benda yang kau buat ni takkan menyenangkan hati mana-mana pihak pon, Rel. Kau lagi mengeruhkan keadaan. Kau lagi besarkan masalah yang dah sedia ada besar. Kau buat keputusan macam kau ni dah betul sangat."

"Better kau diam je, Adib. Sebelum penumbuk aku ni sampai dekat muka kau. You better shut up!"

"Tulah kau. Nasihat orang kau langsung tak nak dengar. Selagi A lah pilihan kau, maka A lah jawapan yang kau akan bulat. Jangan sampai, kau terlambat sedar sudahlah. Dan waktu tu, Arumi akan pergi tinggalkan kau. Baru padan dengan muka kau." Adib terus berlalu pergi.

Ezrel juga begitu. Melangkah pergi untuk ke tingkat atas. Melepasi meja kerja Arumi, dia bersuara lebih kepada arahan. "Masuk bilik aku."

Arumi menurut sahaja. Menapak ke bilik Ezrel, pandangan Ezrel dibalas dengan pandangan kosong.

"Balik dengan aku."

Gadis itu mengangguk sahaja.

"Aku suruh kau balik dengan aku."

"Ya, saya dengar."

Ezrel kelu seketika. "Kau boleh keluar."

Laju Arumi keluar dari ruangan itu setelah diberi arahan untuk keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience