PIA - 18

Romance Completed 23714

Dua tahun kemudian.

"You tipu!" Jergah Sofea bersama wajah bengis.

"Sayang, slowkan suara. El tengah tidur."

"I peduli apa?" Pekik Sofea.

"You kenapa ni, Sofea? You tak puas hati apa dengan I?" Suara bertukar tegas.

"You tahu I paling pantang bila ada orang tipu I."

"Ya, I tahu."

"Tapi you yang tipu I." Wajah Sofea kelihatan merah menyala.

"I tipu apa?"

"You cakap, you takkan ada orang lain selain I tapi ni apa!?" Beberapa keping gambar yang telah sempat dia curi dilemparkan ke dada Ezrel dengan kasar. Bertaburan gambar-gambar itu ke atas lantai.

Ezrel terkedu. Dia tidak perlu mengutip gambar-gambar itu untuk melihat secara jelas apa yang terlakar pada kertas bersaiz 4R itu kerana dia tahu benar gambar apa yang dimaksudkan isterinya itu. Gambar ijab kabul antara dia dengan Arumi tiga tahun lepas. Dia telan ludahnya. "You curi masuk rumah mummy I lagi?"

"I tak peduli. Patutlah selama hampir tiga tahun ni, you macam bukan diri you yang dulu. You banyak diam. You banyak termenung. Bila I tanya, you cakap takde apa-apa. You bagi alasan apa-apa pon I still percaya. Ni apa, Ezrel?"

Ezrel diam tak berkutik.

Melihat diam Ezrel membuatkan hati Sofea makin mendidih panas. "I tanya you ni apa!?" Jari terlunjuk jatuh ke gambar-gambar di atas lantai itu. "You duakan I sejak bila?"

"I tak duakan you."

"Habistu ni apa?"

"Kami dah lama berpisah, sayang." Balas Ezrel. Sesak nafasnya bila teringat akan raut lembut gadis itu kembali. "Sofea, I tak jangka benda ni akan berlaku. Sebab tu I tak bagi you pergi rumah mummy. I tahu mummy masih simpan lagi gambar-gambar tu semua."

"Jadi, sebab nilah mummy you tak suka I? Sebab dia dah ada menantu kesayangan? Sejak bila, Ezrel?"

"Sebelum I kawin dengan you."

"Maknanya, I jalinkan hubungan dengan suami orang?" Turun naik dadanya bila kenyataan itu terkeluar dari bibirnya sendiri.

"Tapi waktu tu, I tak cintakan dia, Sofea. Cinta I masih utuh untuk you. Dan sebab tu jugaklah I mintak Adib pikat dia. Pikat isteri I sendiri. Make her fall in love with him."

"Jadi, sekarang? You baru sedar yang you sebenarnya dah cintakan dia? Macam tu?"

Ezrel kelu. Tergigit lidah sendiri bila soalan itu diutarakan oleh sang isteri.

"Habis tu I macam mana?"

"Sofea..."

"Kita berpisah jelah, Ezrel. Walaupun I rasa I dah menang sebab I dapat jasad you, tapi I kalah kerana hati you ada pada perempuan lain."

"Sayang, kita boleh bincang perkara ni elok-elok kan?" Pujuk Ezrel cuba meraih tangan wanita itu.

Sofea melangkah setapak ke belakang menjauh dari di sentuh Ezrel. "I dah penat berjuang, Ezrel. Sejak dulu lagi I memang dah kalah. Berapa lama I pujuk, I merayu dengan family you supaya terima I tapi I sedar mereka takkan pandang perempuan tak tahu asal usul macam I. I ubah penampilan I pon, mummy you tetap mahukan perempuan bernama Malika Arumi menjadi menantunya. I cuba berbuat baik dengan mummy you, I masakkan untuk dia, tapi dia buat apa? Pandang pon tidak inikan calit. I tak ubah macam pengemis, Ezrel. Mengemis kasih sayang orang yang tak sudi."

"Sabar sikit je lagi, Sofea. Mummy akan berlembut jugak dengan you satu hari nanti."

"Satu, dua, tiga hari pon mummy you tu takkan pandang I, Ezrel. You faham tak!?" Sakit pulak hati dia bila Ezrel asik kata sabar sahaja pada dia. Apa lelaki itu ingat, aku ni hati batu ke? "I nak you lepaskan I."

"You tak kesian ke dekat El, Sofea? You nak anak kita tu hidup macam you ke?"

"Macam I?" Sofea melepaskan ketawa smirk. "You pon dah mula malu dengan kehidupan lampau I, Ezrel?"

"El kecik lagi, Sofea. Buat masa sekarang, memanglah El tak tahu apa-apa. Tapi bila dia dah besar nanti, dia akan mula faham situasi."

"I tak nak dengar apa-apa. I nak you lepaskan I."

Ezrel diam. Takkanlah buat kali kedua perpisahan menjadi penghujung ceritanya?

"Sofea..."

"Now! Lepaskan I." Arahan.

Tah keberapa kali Ezrel menelan liurnya. "Erika Sofea binti Abdullah."

Jeda.

"Aku ceraikan kau dengan talak 1."

Bergenang mata Sofea mendengarkan lafaz itu. "Terima kasih, Ezrel."

.

"Ha, Rel. Mimpi apa tiba-tiba balik rumah ni?" Sinis pertanyaan Puan Rohani itu.

Ezrel tidak menjawab tapi hanya langkahnya laju menghampiri tubuh tua itu. "Mummy." Langsung dia peluk tubuh itu erat.

Dahi Puan Rohani mula dengan kerutan halus.

Wajah disembamkan ke bahu mummynya. Air mata yang ditahan sedari tadi lagi mulai mengalir membasahi wajah kacaknya.

Terhinggut-hinggut bahunya melepaskan tangisan pilu.

"Rel?" Pelik. Tak pernah-pernah Ezrel pulang begini.

"Just give me five minutes, mummy..." Suara Ezrel perlahan. Pelukan semakin dieratkan. Tak tahu kenapa tapi jiwanya terasa sedikit tenang apabila memeluk tubuh tua itu.

Dahi semakin berkerut hairan apabila telinga mulai menangkap bunyi esak tangis sang anak. Dikerlingkan matanya seketika, cuba mencuri pandang wajah kacak milik anaknya.

Nafas disedut dan dilepaskan perlahan-lahan. Mulut mula menuturkan bicara setelah lama berdiam diri. "Rel? Rel kenapa ni?"

"Rel dengan Sofea dah berpisah, mummy."

Walaupun sedikit tersentak dengan pemberitahuan itu, Puan Rohani cuba berlagak cool. "Sebab apa?"

"Sofea dah tahu yang Rel pernah berkahwin."

"Kenapa yang sampai berpisah? Eh takkanlah Rel tak bagitahu dia yang Rel dengan Arumi dah lama berpisah."

"Dah, Rel dah bagitahu tapi..."

"Tapi apa?"

"Rel..." Tergantung.

"Rel jangan cakap yang Rel..."

Ezrel tidak angguk, tidak juga geleng. Bermakna, tekaannya tidak salah lagi. Terus Puan Rohani menolak tubuh itu sedikit. "Rel. Rel tak boleh buat macam tu. Arumi dah takde ikatan dengan Rel lagi. Arumi isteri orang Rel. Rel kena ingat."

"Rel tak boleh tolak perasaan tu, mummy. Rel tak boleh tolak perasaan yang Rel dah jatuh cinta dengan Arumi."

"Buang perasaan tu, Ezrel! Jangan Ezrel runtuhkan lagi masjid yang sudah terbina. Berdosa jatuh cinta dengan isteri orang."

"Tak, mummy. Rel takkan musnahkan rumah tangga orang. Lagi-lagi rumah tangga kawan baik Rel sendiri. Takkan sesekali. Rel dah lama terima takdir yang Arumi bukan lagi milik Rel. Tapi perasaan tu sukar untuk Rel buang. Biarlah perasaan ni tersemat dalam hati Rel sahaja."

"Baguslah macam tu Rel. Cinta tak semestinya memiliki."

Riak Ezrel kosong.

"Elvina mana? Tak bawak sekali?" Soal Puan Rohani memanjangkan leher tercari-cari gerangan pemilik nama Elvina, kanak-kanak yang berumur dua tahun itu.

"Kejap lagi Rel ambik. Sekarang Sofea tengah berkemas nak keluar dari rumah tu."

"El macam mana?"

"Kami dah bersetuju, sepanjang Sofea outstation, El akan duduk dengan Rel. Bila hari cuti, Sofea yang akan ambik alih El."

"Hm yelah. Ni Rel dah makan?"

Rel gelengkan kepala.

"Rel pergilah mandi. Mummy nak masak kejap. Kejap lagi ada tetamu nak datang."

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience