PIA - 20

Romance Completed 23714

Terhenti langkah Arumi yang baru keluar dari bilik tamu untuk turun ke tingkat bawah bila terdengar rengekan anak kecil dari dalam bilik yang pernah dia diami dua tahun yang lalu. Dia menapak menghampiri pintu bilik yang sedikit terbuka itu. Dia tolak daun pintu melebar. "Elvina?"

Elvina yang sudah terduduk di lantai tepi katil menatap Arumi bersama tangisan teresak-esak. Buntang mata Arumi bila melihat Elvina dalam keadaan seperti itu.

Lekas dia mendapatkan tubuh anak kecil itu. "Macam mana boleh terjatuh ni, Elvina?" Dia menggendong Elvina dengan bersusah payah. Memujuk-mujuk anak itu supaya berhenti menangis.

Beberapa ketika, seseorang melaju masuk ke dalam ruangan yang sama. Mendapatkan anak kesayangannya yang berada di pelukan Arumi.

"Awak pergi mana? Dia jatuh katil tadi." Beritahu Arumi dengan wajah risau melihat tangisan Elvina yang tak surut-surut.

"Aku turun buatkan susu dia tadi. Takpe. Terima kasih. Kau boleh keluar. Nanti suami kau pikir apa pulak kau ada dalam bilik aku ni."

"Okeylah kalau macam tu. Nanti tengokkan kalau ada luka ke lebam dekat mana-mana. Kesian anak awak tu."

"Aku tahulah nak jaga anak aku." Datar.

Arumi pandang Ezrel. Dia telan liurnya. Nampaknya, setelah dua tahun berlalu, tiada langsung perubahan pada bicara kasar lelaki itu. Biarkanlah. Bukan masalah aku.

.

"Wah, banyaknya shopping." Tegur Puan Rohani yang baru keluar dari ruangan dapur.

"Tulah, mummy. Abang ni ha, semua dia nak beli."

"Biasalah tu, Rumi. Anak sulung. Tentulah teruja ayahnya."

Adib di samping sudah bawa tangannya ke belakang tangkuk. Malu bila orang cakap pasal dia. "Er yang lain mana, aunty? Sunyi je."

"Rel kejap lagi turunlah dengan Elvina. Nak ajar anak dia tu main pasir, pijak rumput. Uncle kamu ada je kat halaman tu. Baca surat khabar rasanya. Tak nampak ke dia tadi?"

"Tak perasan pulak."

"Kita main dekat luar ya?" Serentak mereka disitu angkat wajah mendongak memandang Ezrel yang sedang menuruni tangga bersama Elvina di gendongannya.

"Ha Rel. Turun pon."

Nampak mummy dan pasangan suami isteri itu, Ezrel buat muka biasa. Sempat penglihatannya mencuri pandang Arumi. Ezrel hanya mengangguk. Tiada niat untuk bertegur sapa. Langkah hanya bergerak menuju ke luar rumah.

Hilang kelibat Ezrel, Puan Rohani berbicara. "Hm yelah. Mummy ke depan dulu ya. Kejap lagi, marilah join sekali berbual dekat luar tu. Kita pon tak tahu bila lagi dapat borak panjang kan lepasni kan."

"Baik mummy. Nanti kami join sekali. Rumi dengan abang naik solat asar dulu ya?"

.

"Kau apa cerita sekarang?"

Ezrel mengangkat wajahnya bila seseorang sudah pon selamat melabuh duduk dihadapannya di meja lepak di halaman rumah. "Cerita apanya? Macam ni jelah. Macamlah mummy aku tak cerita pasal aku kat kau."

"Kau kesal ke?"

"Kesal? Maksud kau?"

"Pasal kita bertiga. Aku, kau, Arumi?"

"Benda dah jadi. Aku boleh buat apa? Dia dah jadi milik kau pon. Betullah kata mummy. Aku dah runtuhkan dua masjid yang terbina. Takkan aku nak musnahkan lagi satu masjid. Biarlah. Malas aku nak fikir."

"Kau masih cintakan dia?"

"Siapa? Sofea? Siapa lelaki yang boleh lupakan cinta pertama dia, Dib?"

"Kau." Balas Adib dengan laju.

"Aku?" Dahinya berkerut seribu.

"Kalau cinta, kau takkan berpisah dengan dia. Dia kan cinta pertama kau?"

Ezrel diam. Dia telan liurnya pahit. Dia menunduk bermain dengan jari-jemarinya. "Aku..."

Tiba-tiba Adib melepaskan tawa.

Ezrel angkat wajah pandang mata Adib dalam. Hairan bila tiba-tiba kawan baiknya itu ketawa sakan.

"Maksud kepada soalan aku tadi tu, kau masih cintakan Arumi?"

"Kau kenapa ni, Adib? Jangan tanya soalan yang kau tak patut tanyalah. Macam yang kau cakap, kalau aku cintakan dia, aku takkan lepaskan dia. Aku bet for RM10000 for you to do this. Buat apa aku betting dengan kau untuk kau pikat dia sebelum ni? Aku dah dapat apa yang aku nak. Kami dah berpisah dan kau dah berjaya pikat dia macam yang kita rancangkan."

"Aku tanya je. Bolehlah aku bersedia."

"Bersedia kenapa?"

"Seandainya nyawa ni tak panjang, sekurang-kurangnya aku tahu ada orang yang akan jagakan Arumi dan Adam Harris untuk aku."

"Tak payah nak merepeklah. Arumi bahagia dengan kau. Dia takkan bahagia dengan aku."

"Manalah tahu kan, jodoh ajal maut ni semua ketentuan tuhan."

.

Masuk sahaja ke dalam bilik, dia nampak Arumi sedang sibuk memasukkan pakaian ke dalam beg bagasinya dengan tergesa-gesa. "Sayang? Kemas-kemas nak pergi mana ni?"

Arumi tidak merespon malah tangan masih ligat menyumbatkan segala barangan ke dalam perut beg pakaiannya.

"Sayang nak balik dah ke? Kan kita dah janji dengan aunty nak stay sehari lagi. Aunty nak buat makan-makan untuk kita malam ni. Sayang lupa?"

Seperti diangin lalu. Bicara lelaki itu langsung tidak diendahkan.

Adib menggapai tangan Arumi dengan lembut sehingga terhenti segala perlakuan wanita itu. Arumi tatap sayu tangan yang sedang menggenggam tangannya itu. Entah kenapa, dia rasa macam sentuhan itu mendatangkan rasa sedih dalam dirinya.

Adib menghela nafasnya perlahan. "Sayang kenapa ni? Abang ada buat salah?" Tanya Adib lembut.

Arumi kemudian naikkan pandangan ke dalam mata lelaki itu. Tatapan Adib nampak lain ketika ini. Ke perasaan dia je ni? "Awak boleh fikir apa salah awak, Adib."

"Kalau awak terus macam ni, macam mana saya nak tahu mana satu kesalahan saya yang telah mengguris hati awak."

Air matanya serasa mula bertakung. Kenapa ni, Arumi? Kau kenapa? "Saya cintakan awak, Adib Hilman." Lututnya terasa longgar sehingga tidak sedar yang tubuh sudah melorot ke bawah.

Pantas dibawa Arumi ke dalam pelukan. "Kenapa ni, sayang?"

"Saya nak pasakkan rasa benci saya pada awak. Tapi kenapa susah sangat? Kenapa awak buat saya macam ni, Adib? Apa salah saya pada awak? Kenapa lelaki begitu kejam dengan saya? Saya ni hanya alat permainan je ke dimata awak?"

"Sayang?" Dia tak faham apa yang sedang Arumi omongkan.

"Seriously? RM1O ribu?"

Adib kelihatan tergamam.

"Itu ke nilai saya dimata awak? Murah jugak Ezrel jual saya pada awak."

"Sayang, saya boleh jelaskan."

"Saya tak perlukan penjelasan. Awak lebih tahu apa yang awak buat dulu tu salah, Adib Hilman! Awak seorang fasilitator dan awak tahu dayus seorang suami membiarkan isterinya berzina dengan lelaki lain. Awak tahu saya isteri dia, kenapa awak tak halang? Kenapa awak sanggup ikut cakap dia macam kerbau dicucuk hidung!? Sanggup awak bersekongkol dengan dia untuk pikat saya. Saya ingat, awak ikhlas nak tolong saya. Saya ingat awak ikhlas nak berkawan dengan saya. Tapi..."

"Saya ikhlas, sayang. Saya ikhlas sampai terbitnya rasa cemburu saya pada Rel kerana dia lebih dulu dapat awak dari saya. Sejak saya nampak awak dekat perpustakaan tu. Saya cintakan awak. Saya dah cintakan awak sebelum Rel kenalkan awak sebagai isteri dia, Arumi. Itu saya tak tipu. Itulah kenyataannya." Tanpa sedar, air mata sudah membasahi pipi.

"Tengok awak kecewa macam ni, berat untuk saya terima, Arumi. Berat untuk saya terima yang sebenarnya hujung lubuk hati awak yang paling dalam sebenarnya awak masih cintakan dia."

Arumi kerut dahi.

"Kan?"

"Awak ingat awak siapa? Tuhan? Tahu pulak segala isi hati saya." Datar Arumi bersuara.

Jeda.

"Buat apa saya terima awak sebagai suami saya kalau saya cintakan dia?"

Adib terkedu.

"Saya nak pergi, Adib. Izinkan saya."

deeja bagitahu awal ni.. kalau deeja ada publish chapter yang sama banyak kali itu sebab deeja buat pembetulan ejaan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience