PIA - 16

Romance Completed 23714

"Boleh Rel pinjam isteri Rel kejap?"

Suasana yang tadi riuh menjadi sepi bila suara itu menyampuk ditengah-tengah keriuhan. Semua mata sudah memandang ke arah pemuda itu.

Arumi kalih wajah tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.

Puan Rohani sudah menjeling tajam pada anaknya. "Baru jumpa jalan balik? Dah seminggu menghilangkan diri."

"Mummy." Minta supaya Puan Rohani tidak memanaskan keadaan.

"Arumi." Panggil Puan Suraya menyentuh bahu sang anak. Arumi pandang wajah ibunya. "Pergi. Bincang elok-elok." Lembut sahaja tutur kata Puan Suraya kepada anak kesayangannya.

Arumi melepaskan nafas sebelum bangkit berdiri. Dia mengikuti langkah Ezrel naik ke tingkat atas menuju ke bilik. Tutup pintu dengan rapat, Melawan pandang Ezrel yang tak lepas dari menatap wajahnya.

Lama menjadi tiang elektrik diruangan luas yang dirasakan sempit itu, Arumi tidak betah. "Nak jumpa sebab apa ni?"

"Kau marahkan aku?"

Arumi hela nafas meluat. "Kalau awak sebagai isteri dibelakangkan oleh suami sendiri, awak rasa saya patut rasa apa? Lepas awak buat saya macam tunggul dekat rumah tu, awak ingat saya nak duduk diam, pendam, lepastu bertepuk tangan saja ke?"

"Bukan saya seorang je yang awak belakangkan. Malah, mummy dan daddy juga awak tak hiraukan."

Kelu. Membiarkan sahaja si isteri meluapkan segala isi didada.

"Saya ada hati jugak, Ezrel. Saya ada perasaan. Walaupun tiada langsung sekelumit rasa cinta, rasa sayang awak pada saya tapi saya masih ada hak keatas awak."

"Saya diam bukan nak tunjuk betapa mithalinya saya sebagai isteri mendengar dan patuh segala kata suami. Tapi sebab saya tahu, tiada kata salah dalam diri awak. Yang awak rasa, semuanya betul."

"Bila bercakap, pung pang pung pang, awak tetap nak menang. Bila cakap awak salah, awak rasa awak betul."

"Bila A cakap orang. Maka B lah yang awak akan buat. Sebab apa? Sebab ego. Ego dalam diri awak tu lagi tinggi menjangkau tingginya gunung everest."

"Bila kata inilah yang terbaik untuk awak, tapi awak rasa keputusan awaklah yang paling baik."

"Jangan bertuhankan perasaan dan hawa nafsu, Ezrel. Awak akan menyesal suatu hari nanti bila awak menolak takdir yang Allah dah susun cantik untuk awak."

"Sekarang saya tanya awak, sejak bila awak angkat dia sebagai isteri awak?"

Ezrel tersentak. Dada bagai dihujani peluru berpandu bila soalan itu muncul dari mulut Arumi.

"Kenapa? Terkejut? Terkejut sebab saya tahu awak dah kawin lagi sorang? Terkejut sebab saya tahu awak duakan saya?"

"Saya dah lama tahu Ezrel. Bukan dari mulut orang tapi saya tahu sendiri bila saya terbaca mesej yang awak hantar pada Adib."

"Sekarang saya nak tahu dan saya nak dengar sendiri dari mulut awak. Saya nak tahu dari A sampai Z, Ezrel. Dan lepastu, saya yang akan buat keputusan."

Diam seketika. Ezrel tarik nafas dalam. Tangan Arumi dia gapai dan membawa tubuh itu duduk dibirai katil disebelahnya. "Dia, Erika Sofea, perempuan yang aku cinta. Perempuan pertama yang berjaya duduk dalam hati aku."

Arumi telan ludahnya payah. Sakitnya bila suami menyebut nama perempuan lain dihadapannya. Walaupun dia sedar, dialah orang yang telah merampas cinta wanita lain.

"Tapi mummy tak berkenan dengan perempuan berbaju tapi telanjang macam dia. Perempuan yang tak tahu asal usulnya. Tak tahu siapa keluarganya. Aku boleh buat apa, Arumi? Cinta menguasai segalanya."

"Aku sanggup kawin lambat semata untuk tunggu dia bersedia kahwini aku."

"Tapi lama aku menunggu, semakin dia menunda. Atas alasan dia belum bersedia."

"Suatu hari, mummy ajak aku ke rumah kenalan dia. Katanya ada majlis tunangan anak kawan dia. Rupanya, akulah yang ditunangkan. Akulah bakal pengantin lelaki itu."

"Aku dinikahkan dengan perempuan yang langsung aku tak kenal, langsung tak cinta secara paksa, Arumi."

"Sofea langsung tak tahu status aku dengan kau sampailah sekarang. Kau ingat tak, aku ada cakap yang aku pergi outstation?"

Arumi hanya diam tidak merespon. Fahamlah dia apa yang bakal akan keluar dari bibir lelaki itu selepas ini.

"Sejak tu, Arumi. Aku tipu kau. Sebenarnya aku pergi bercuti dengan dia. Pada mulanya, memang tujuan asalnya hanya untuk bercuti tapi terjadi sedikit salah faham malam tu. Tapi pagi tu dia datang bilik aku, dia pujuk aku."

"Dia cakap dia sedia nak kawin dengan aku. Aku teruja sangat Arumi waktu tu. Malam tu jugak dari Bali kami ambik tiket flight terus ke Thailand. Nikah dekat sana."

"Aku sedikit sebanyak serba salah jugak dengan dia sebab perkahwinan dia tak sama macam perkahwinan yang diidamkan oleh semua perempuan. Dia kata dia okey asalkan tetap bersama dengan aku."

"Kami bahagia waktu tu, Arumi. Sah sahaja kami sebagai sepasang suami isteri, kami teruskan percutian kami."

"Balik Malaysia, aku dengan kerja aku. Dia dengan kerja dia. Setiap kali dia cuti, aku akan singgah rumah kami. Aku layan dia."

Jadi sebab itulah Ezrel balik lambat walaupun waktu bekerja habis pukul 6?

"Macam tulah keadaan aku hari-hari. Petang balik rumah dia kejap, malam pulak aku balik rumah kita bergaduh pulak dengan kau."

"Suatu hari, aku makin cepat letih, pening kepala, mual-mual. End up Sofea bagitahu aku yang dia sebenarnya pregnant, Arumi."

Jeda. Ezrel sentuh kekura tangan Arumi. "Kau... marah lagi?"

Arumi pantas menarik tangannya menjauh dari Ezrel. "Apa hak saya nak marah awak? Awak kan suami. Awak sepatutnya lebih tahu baik buruk atas setiap keputusan yang awak buat."

"Arumi, aku sebenarnya..."

"Awak dengar dulu apa yang saya nak cakap." Potong Arumi. "Saya tak nak ambik tahu lagi apa-apa. Saya tak nak ada pilihan antara dua tapi ini keputusan saya. Keputusan yang paling terbaik untuk kedua-dua belah pihak."

Ezrel sedikit tergamam. Dia tak rasa apa yang bakal keluar dari mulut Arumi akan menyenangkan halwa telinganya. Dia sudah tidak senang duduk.

"Saya tak rasa ikatan ni perlu diteruskan lagi, Ezrel. Saya tak nampak penghujung yang baik dalam hubungan kita ni. Makin saya cuba untuk terima sejak saya tahu bukan saya seorang je isteri awak, saya rasa takde apa lagi yang perlu saya perjuangkan. Saya dah kalah tanpa bertanding." Arumi senyum nipis. "Saya dah kalah, Ezrel."

Debaran kian terasa.

"Boleh ke awak lepaskan saya? Boleh ke awak pulangkan saya pada ibu dan ayah secara baik? Saya tak nak mereka kecewa bila tahu saya tak bahagia pon lepas mereka kawinkan saya dengan awak."

"Arumi..." Ezrel cuba hampiri tubuh kecil molek itu.

"Jangan, Ezrel. Jangan sentuh saya. Saya takut lepas awak sentuh saya, saya akan tarik balik kata-kata saya."

Ezrel menghentikan langkahnya. "Baik, kalau ini yang kau nak." Entah kenapa, hatinya bagai dicucuk-cucuk setelah kata perpisahan meniti pada bibir gadis itu. Kenapa berat sangat ni? Untuk melepaskan Arumi, dia sedikit tidak rela. Dia telan liurnya payah.

"Malika Arumi binti Arman. Aku..."

"Stop!"

Ezrel terpana. Arumi sudah mengubah fikirankah? Dia sedikit lega. Namun, hanya seketika setelah mendengar bicara Arumi yang selanjutnya.

"Saya nak awak lafazkan talak dihadapan ibu dan ayah."

Share this novel

zuraida khairi suzali
2024-10-06 17:33:14 

bagus arumi.. mungkin ITU terbalik.. Kau tidak dhormati selayaknya sebagai sorg isteri... kebahagian Kau dengan org lain.. dluar Kau akan lebih bahagia dengan org yg lebih menghargai Kau..


NovelPlus Premium

The best ads free experience