PIA - 2

Romance Completed 23714

“Aduh…” Tersungkur Arumi jatuh tersembam ke bumi.

“Okay or not?” Tanya pemuda itu dengan suara datar.

Arumi mendongak ingin melihat siapa gerangan yang telah melanggar tubuh kecil moleknya itu. Bulat matanya terkesima. Oh my god! Adakah dia malaikat yang baru turun dari langit ke tujuh? He's damn hot. Sempat dia memuji ketampanan lelaki itu. Kalau macam ni, selalu kena langgar pon aku sanggup.

"Hello?" Tangan melambai-lambai tepat dihadapan wajah Arumi. "I ask again. You okay or not?"

Arumi mengelipkan matanya. Bodohnya kau, Arumi. Tak cover langsung! Ingat Arumi. Kau dah ada suami. "Er saya…” Dia cuba untuk berdiri.

“Boleh bangun tak ni?”

“Saya tengah cuba…” Sedaya upaya dia cuba untuk menegakkan badannya semula.

“Boleh cepat sikit tak?”

Berdesup laju terasa darahnya berkumpul di kepala. Sudah tidak dihiraukan lagi segala sakit, terus dia berdiri menghadap betul-betul dihadapan lelaki itu dengan hanya berjarak sedepa tanpa dia sendiri sedari. “Takde adab eh? Dahlah langgar orang. Mintak maaf pon takde. Lepastu, suka hati je nak gesa orang macam tu. Awak ingat saya ni anak patung?”

“So, kau takde masalah untuk berdiri." Lelaki itu berpeluk tubuh. Dia tersenyum sinis. Arumi dipandang dari atas sampai bawah.

“Kalau ya kenapa?” Lawan Arumi berani.

“Aku tak suka buang masa. Kau dah boleh berdiri, jadi tak mustahil kau boleh berjalan jugak kan?”

Arumi terkedu. Dia perhati keadaannya sekarang ini. Eh haah! Bila masa aku dah berdiri pulak ni? Erk. Arumi menggigit bibirnya terdiam seribu bahasa.

“Jadi, tolong ketepi.” Bahu Arumi ditolak sehingga tubuh itu tergerak ke tepi. “Aku nak lalu.”

Jauh kepergian lelaki itu, Arumi bersuara dengan kuat. "Hei, kau ingat kau siapa hah? Kau pon satulah, kau ingat kau hot sangat ke, tengah-tengah hari buta pakai spek mata hitam? Kau ingat ni jalan bapak kau punya ke? Aku punya besar pon kau tak nampak."

.

Langkahnya terhenti sebaik sahaja sudah menjejakkan kaki di perpustakaan itu. Mata berkeliling. Sempat Adib menangkap gadis cantik yang sedang tekun membaca buku itu.

Tanpa berlengah, dia bergerak ke suatu sudut. Mencari buku yang akan menjadi bahan rujukannya di dalam kelas nanti. Menjumpai apa yang diinginkan, dia keluar dari bangunan perpustakaan untuk ke kelas yang bakal dia mengajar.

Dia bergerak masuk ke kelas dengan penuh karisma. Menapak sahaja ke dalam kelas, terdengar desas-desus suara siswi berbisik-bisik memuji ketampanan pendatang baru itu.

Letakkan buku serta barangannya diatas meja, dia berdiri dihadapan tiga puluh satu orang pelajar di dalam kelas itu. “Saya Adib Hilman bin Hildan, pensyarah baru subjek ini bagi menggantikan Puan Aisyah. Boleh panggil saya Sir Adib.” Wajah seorang demi seorang dilihat sehingga terhenti pada seseorang. "Dan boleh saya tahu, apa yang kakak pakai tudung coklat tu tengah buat? Dari tadi saya perhatikan duk belek gajet. Tak hormat langsung dengan saya sebagai pensyarah dekat depan ni."

Ketika itulah, gadis itu mengangkat wajah. Mata memerhati orang sekeliling yang sedang memandang dirinya. Tudung coklat? Aku ke? Dia melihat tubuhnya. Eh akulah. Merah wajahnya bila ditegur seperti itu dikhalayak ramai. Dia menelan liurnya. Dia kecilkan mata untuk mengenal pasti lelaki itu. Barulah dia dapat mengecam wajah pensyarah muda itu. Mamat ni yang langgar aku pagi tadi kan?

"Bangun!"

Dari merah bertukar biru wajahnya ketika ini bila dibentak seperti itu. Lambat-lambat dia berdiri.

"Awak nama apa?"

"Malika Arumi, sir."

"So, Arumi?"

Hanya anggukan menjadi balasan.

"Walaupun saya hanya baru perkenalkan diri saya, buat apa tadi masa saya tengah bercakap dekat depan, Arumi?" Sambil berpeluk tubuh, Adib berjalan menghampiri meja yang diduduki gadis itu.

"Saya..."

"Awak tahu tak awak sekarang di akhir semester? Masih nak main-main lagi ke? Awak ingat boleh masuk ke bila pensyarah tengah bercakap dekat depan, awak pulak buat hal awak je kat belakang?"

"Maafkan saya, sir." Dia alihkan mata kearah lain.

Adib alih pandang ke seluruh kelas. "Saya bukan Puan Aisyah. Buang segala kebiasaan awak semasa bersama dengan Puan Aisyah sebelum ini. Dibawah kelolaan saya, saya nak awak fokus walaupun hal itu sekecil-kecil kuman. Saya akan soal kemudian. Kalau tak dapat jawab, saya tak akan teragak-agak untuk tolak markah awak semua." Mata setiap orang dipandang tajam tanpa berkelip.

Tidak seperti mula-mula sewaktu Adib melangkah masuk ke dalam kelas itu. Hening. Tiada sebarang balasan dari para pelajar.

"Faham semua?"

"Faham..." Jawab mereka perlahan dengan serentak.

"So, soalan pertama. Arumi."

Arumi mengerling memandang Adib dengan pandangan membunuh.

"Apa nama saya?"

"Adib Hilman bin Hildan." Balas Arumi datar.

"Mana adab awak ni, Arumi? Mana panggilan hormat awak pada saya? Awak ingat saya ni kawan-kawan awak?"

"Maafkan saya, sir. Bagi jawapan untuk soalan sir tadi adalah Sir Adib Hilman bin Hildan." Bicara Arumi beserta jelingan tajam. Puas?

"Okey duduk. Okey, kelas. Kita mulakan kelas kita..."

.

"Awak dari mana?”

Ezrel menghadap ke arah Arumi yang sedang keluar berjalan dengan terhincut-hincut dari arah dapur. “Jumpa kawan.”

“Oh.”

“Kaki kau kenapa?”

“Jatuh.”

“Dah ke klinik ke?”

Arumi gelengkan kepala.

Dia bercekak pinggang. Keluhan dilepaskan. “Kau saja je kan carik point untuk mummy marah dan salahkan aku kan?”

“Mana ada.”

Ezrel paling wajah. Malas untuk mencari sama ada kejujuran atau kebohongan dari kata-kata penafian itu. Sempat dia melihat ke arah meja makan yang sudah terhidang dengan bermacam juadah.

Diam sejenak sebelum gadis itu kembali bersuara. “Saya dah masakkan makan malam. Awak…”

“Kan aku dah cakap aku keluar dengan kawan.” Potong Ezrel.

“Ya, saya tahu. Saya dengar.”

“Itu bermaksud aku dah makan.”

Arumi menggigit bibir bawahnya. “Sejak kita pindah rumah ni, dah hampir sebulan kita tak pernah makan sama-sama, Ezrel.”

Sekali lagi Ezrel melepaskan keluhan. “Arumi, jangan buat penat kaulah masak banyak macam tu. Kau buat je cukup-cukup untuk kau makan sorang.”

“Saya…” Kelu setiap kali Ezrel berkata seperti itu.

Tidak sudi langsung dia mendengar bicara Arumi selanjutnya, terus dia melangkah untuk masuk ke bilik. “Aku dah lambat nak solat maghrib.”

.

Pintu bilik diketuk beberapa kali dari luar. Bersusah payah Arumi berjalan menghampiri pintu biliknya. Daun pintu dibuka perlahan. Berdiri sebatang tubuh dengan raut wajah tanpa riak bersama sesuatu ditangan kirinya. “Awak perlukan apa-apa?”

“Kaki kau tu dah elok ke belum?” Tanya Ezrel bernada datar.

Pandangan teralih pada kakinya sendiri. “Tak tahu.”

“Sini aku tengok.” Tubuh Arumi ditarik duduk di sofa hujung katil. Dia berlutut dihadapan Arumi kemudian kaki gadis itu diangkat lalu diteliti. “Kau jalan macam mana ni, Arumi?”

“Kenapa? Teruk ke?”

“Aku rasa kena potong ni. Besar semacam je.”

“Hah? Potong? Tak naklah.” Ditarik kakinya dari terus disentuh oleh Ezrel.

“Bak kaki kau tu balik.”

“Tak nak! Saya tak nak potong.”

“Cepatlah. Pulang kaki kau tu balik.”

“Janganlah, awak. Saya tak nak jadi cacat.” Arumi berair mata seperti hendak menangis.

“Takdelah. Tak potong pon. Bengkak je.”

Arumi mencari kejujuran dari kata-kata itu.

Ezrel duduk diatas sofa disebelahnya. “Meh aku urut. Kau tu budak belajar. Banyak berjalan. Lagipon aku tak nak mummy bising bila tengok menantu pilihan dia ni sakit.”

Setelah dia yakin yang Ezrel tidak menipu, dia perlahan-lahan membenarkan lelaki itu kembali menyentuh kakinya.

Dengan teliti, Ezrel memulakan perkhidmatan mengurut itu.

Sedang Ezrel melakukan kerjanya, asyik pula Arumi meneroka setiap pelusuk wajah lelaki itu. Tak sangka kau ni gentleman, Ezrel. Aku ingat kau tak kisah pon sakit sihat aku. Tak pedulilah apa sekali pon alasan kau. Tapi aku tetap bersyukur kau tak pernah lupa tanggungjawab kau.

“Kau dengar tak apa aku cakap ni, Arumi?”

“Hah?”

Haih, aku cakap panjang-panjang tadi, kau boleh berangan dalam dunia kau sendiri? Ezrel menggigit bibirnya. Dahi Arumi dijentik. Geram bila Arumi tidak memberi tumpuan dengan kata-katanya tadi.

“Auch!” Arumi menyentuh dahinya menghilangkan rasa sakit. “Sakit…” Bibir sudah mencebik.

“Hujung minggu ni ikut aku. Mummy suruh bawak kau pergi jalan-jalan.”

“Okey.”

.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience