PIA - 8

Romance Completed 23714

Terasa bahunya dicuit oleh seseorang. Arumi pandang kesisi. “Macam mana?”

Pandangannya dibawa pula kehadapan, menghayati keindahan taman tasik itu. Bahu diangkat bersama. “Saya dah cakap dengan sir, dia takkan termakan dengan semua tulah sir.”

“Okey kalau macam tu takpe, kita teruskan dengan rancangan kita yang seterusnya.”

Arumi melepaskan keluhan. “Sir nak teruskan lagi?”

“Teringat pula saya pada satu quotes ni dan kata-kata itu mampu buat saya tersedar sesuatu, Arumi. Ayat dia macam ni, ‘Jangan pernah berputus asa jika menghadapi kesulitan kerana setiap titis hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap.’ Setiap hari, setiap detik. Selagi kita masih boleh bernafas, selagi itu ada peluang untuk kita perbaiki hidup kita ni.”

Mendengar itu, Arumi terkedu. Mungkin ada benarnya kata-kata pensyarah muda itu. Sampai bila nak duduk sahaja melihat tapi tiada keinginan langsung untuk mencuba? Gagal sekali tak bermakna gagal segalanya. Yang penting sabar dan usaha kena ada. Jangan cepat putus asa, Arumi. Kuatkan semangat.

Kali ini Adib pula melepaskan keluhan. “Kejap je masa berlalu kan? Tahu-tahu awak dah nak habis belajar dah. Awak dah fikir dah dekat mana awak nak intern nanti?”

“Belum lagilah, sir. Macam tak sedia pula nak masuk alam bekerja ni. Sebab saya sendiri nampak betapa susahnya mak ayah saya carik duit untuk besarkan saya. Sorang pon dah nampak susah payahnya, inikan yang ada anak ramai tu. Nasib baiklah saya anak tunggal.”

“Awak boleh buat punya, Arumi. Awak ni seorang pelajar yang bijak. Pointer awak pon maintain je saya tengok. Alah susah-susah sangat, awak mohon jelah intern dekat syarikat Rel bekerja tu. Lagilah mudah untuk kita nak teruskan ‘Projek Memikat Suami’ tu.”

Laju Arumi pandang Adib semacam. “Sir ni. Ada je idea sir ni kan.”

“Saya yakin. Misi kita ni mesti berjaya punya. Yang jauh akan kalah dengan yang ada depan mata. Percayalah.”

.

“Ez…”

Belum habis Arumi bersuara, cepat Ezrel potong. “Aku dah makan dekat luar tadi.” Dia menapak untuk masuk ke bilik.

“Kalau awak tak makan harini. Saya mengadu dekat mummy yang awak tak pernah jamah langsung makanan yang saya buat.”

Terhenti langkahnya. Dia menghadap Arumi yang sedang berdiri di tepi sofa diruang tamu itu. Sedaya upaya dia larikan mata kearah lain bila Arumi sudah datang mendekat.

“Awak nak makan atau saya call mummy?” Ugut Arumi. Dengan mimik wajah mengejek, telefon dipegangannya dilayang-layangkan dihadapan Ezrel.

Jelas terlihat Ezrel menelan-nelan ludahnya. Arumi menyimpan senyum. “Kalau kau nak aku makan, kau pergi tukar baju kau ni dulu. Kau ingat aku boleh berselera ke makan dengan pakaian kau yang mencolok mata macam ni.”

“Pakaian?” Matanya dibawa meneliti tubuh sendiri. Tak cantik ke? Pijamas jenis lace strim satin paras lutut. Dia tiba-tiba tersengeh. Dia terus berlalu melangkah ke meja makan. Sempat jugalah Ezrel dihidangkan dengan permandangan lurah gunung bila Arumi jalan dihadapannya tadi. “Kenapa awak nak kisahkan sangat dengan baju yang saya pakai ni? Awak takkan tergoda pon kan?”

Ezrel terkesima. Tak percaya bila ayat itu yang keluar dari dua ulas bibir Arumi. Mana datangnya keberanian Arumi untuk berkata seperti itu? Ini dah terbalik ni. Aku nak orang pikat dia. Takkan aku pula yang dah terpikat dengan dia?

.

Ting

Arumi yang baru sahaja sudah membasuh pinggan usai sarapan, cepat mencapai telefonnya lalu ditekan nama yang tertera apabila terima notifikasi Whatsapp dari seseorang.

[ Awak ada kelas pagi kan? ] - Adib

[ Ada. Kenapa sir tanya? ] - Arumi

[ Okey good. Kalau macam tu, awak mintak Rel hantarkan awak. ] - Adib

[ Biar betul sir? Dia nak ke layan kerenah saya ni? ] - Arumi

[ Awak bagi je apa-apa alasan. Awak cuba je dulu. Nak tak nak tu belakang kira. ] - Adib

Arumi gigit bibirnya. Nampak kelibat Ezrel yang baru keluar dari biliknya, cepat Arumi panggil lelaki itu. “Saya nak tumpang awak boleh?”

“Aku dah lambat ni, Arumi.”

“Okey takpe.” Telefon yang sedia ada ditangan ditekan-tekan. “Ehem-ehem. Hello mummy. Ezrel…”

Langsung berlelah Ezrel menghampiri Arumi. Telefon Arumi cuba dirampas. Cepat Arumi sorok telefon didalam baju. Hampir sahaja dia menyentuh dada Arumi, Ezrel telan liur. Dia terus menarik tangannya lalu dibawa ke sisi.

Arumi berpeluk tubuh. “Nak tumpangkan saya ke tak?”

Jari telunjuk dinaikkan betul-betul diwajah Arumi. “Kau dah pandai ugut-ugut aku sekarang kan.”

“Nak tumpangkan ke tak? Kalau tak…”

Terus Ezrel berlalu dari situ. “Cepatlah.”

Arumi melepaskan sengehan mengejek. Lucu melihat wajah cemberut lelaki itu tadi.

.

Terkejut Ezrel dibuatnya bila nampak kelibat Adib yang baru keluar dari kereta di perkarangan kolej itu. Dia keluar dari perut kereta lalu menghampiri kawannya itu. “Eh Dib. Kau buat apa dekat sini?”

“Oh aku ganti orang dekat sini. Cuti bersalin.”

“Lah kau tak cakap pulak dengan aku kau jadi lecturer sama tempat dengan Arumi belajar.”

Arumi keluar dari perut kereta menghampiri Ezrel dan Adib.

“Aku pon tak sangka Arumi belajar dekat sini.” Dia pandang Arumi yang datang mendekat. Senyuman diberikan kepada Arumi. Arumi juga begitu. “Pagi ni awak kelas dengan saya kan?” Tapi apa yang pasti, Ezrel dapat merasakan sesuatu yang lain pada pandangan mata Adib itu.

Arumi anggukkan kepala. “Harini submit assignment. Saya masuk dulu, sir.” Dia pandang Ezrel lalu melangkah untuk pergi.

“Er, Arumi.” Panggil Adib. Arumi berpaling menghadap Adib dan Ezrel semula. “Kita jalan sekali?”

Tanpa berfikir panjang, Arumi langsung anggukkan kepala membenarkan.

Adib pandang Ezrel. Bahu lelaki itu ditepuk sekali. “Aku pergi dulu, bro. Hati-hati memandu.” Langkahnya terus dilajukan mendekati Arumi. Adib dan Arumi berjalan beriringan menuju ke kelas.

Dari kejauhan, Ezrel memandang dua manusia itu dengan perasaan teruja. Teringat akan senyuman gadis itu tadi. Nampak cerah sahaja senyuman Arumi bila dengan Adib. Maknanya, hubungan antara Arumi dengan Adib semakin membaik. Jadi, itu bermakna semakin besarlah peluang dia untuk bersama dengan pujaan hatinya, Sofea.

.

Ezrel menghampiri Arumi yang sedang leka menonton televisyen di ruang tamu. Duduk dilabuhkan bersebelahan gadis itu.

Lama berdiam, dia duluan bersuara mengalihkan fokus Arumi. "Aku nak tanya kau sikit ni."

Arumi sekadar angkat kening bagi menggantikan soalan 'apa?'.

"Kau rasa Adib tu macam mana?"

Arumi berfikir sejenak. "Er..."

Ezrel menanti dengan penuh debar. Harap-harap ada sesuatu yang positif akan keluar dari dua ulas bibir Arumi.

"Okey je. Baik je dengan semua pelajar. Sometime tu ada garangnya."

"So, macam mana?"

"Macam mana apa?" Jelas wajahnya hairan dengan pertanyaan Ezrel itu.

"Kau takde rasa apa-apa ke bila tengok dia?"

"Takde. Biasa je. Kenapa awak tanya?"

Jeda. Ezrel sedikit mengeluh. "Takde apa-apalah." Terus Ezrel bangkit berdiri dan langsung naik untuk ke biliknya.

Arumi menghantar kepergian Ezrel dengan memek hairan. "Aku ada salah cakap ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience