Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan menuju arah sebuah rumah banglo dua tingkat. Dia berbaju warna putih bercampur silver. Dia juga memakai topi di atas kepalanya. Beberapa orang atau lebih tepat pembantunya menuju ke arah lelaki itu.
''Selamat pagi, tuan''
''Mana makanan aku?'' soal remaja lelaki itu.
''Encik Farish. Makanan sudah disediakan di dapur'' ujar salah seorang pekerjaannya.
''Encik? Hei, panggil aku tuan. Kau sedar tak kau cakap dengan siapa? Aku ketua menteri bagi kerajaan cahaya!'' tengking Farish.
Farish masuk ke dalam rumahnya. Dia menuju ke dalam bilik. Dia merebahkan tubuh badannya di atas katil. Matanya memandang ke atas syiling. Faris seorang remaja berumur 16 tahun. Walau umur dia 16 tahun, dia dilantik sebagai menteri kerana kuasanya yang hebat.
''Wuah, mengantuknya''
Farish menutup matanya. Beberapa minit kemudian, dia terlelap di atas katil.
...................................................................
Faris terbangun dari tidur apabila dia terhidu bau asap. Dia segera keluar dari rumah banglo miliknya. Dia mendapati rumahnya dijilat api. Farish berlari keluar dari rumah. Nasibnya malang apabila runtuhan syiling jatuh di hadapannya.
''Macam mana aku nak keluar dari sini?'' soal Farish dengan cermat. Dalam pada masa yang sama dia harap dia dapat hidup dan betulkan keadaan.
Tiba-tiba ada sesuatu menarik Farish keluar dari rumah itu. Farish menutup matanya. Dia mendapat rasakan dirinya di awang-awangan. Dia buka matanya mendapati dirinya di atas udara. Dia mendapati rumah banglonya terbakar teruk dijilat api.
Faris dapati badannya dicengkam oleh kaki seekor naga. Dia pandang atas. Dia dapati seekor naga berwarna silver bercampur putih. Dia terkejut melihat naga itu ''Naga''
''Oh, kau tuan aku. Jadi, kau perlu namakan aku''
''Apa kau merepek ni? Bila masa aku jadi tuan kau?'' soal Farish.
''Sabar ya''
Naga itu terbang di udara kemudian melepaskan genggaman Farish. Farish terkejut kemudian dia menjerit sekuat hati. Naga itu terbang ke arah Farish. Farish berada di atas badan naga itu.
''Oi, kau nak aku mati?'' soal Farish dengan geram.
''Kau tuan aku. Takkan aku nak bunuh kau''
''Kenapa kau cakap aku tuan kau?'' soal Farish.
''Apa kata kau namakan aku?''
''Erm, aku namakan kau Myanns''
''Baiklah. Aku akan bawa kau ke suatu tempat''
Myanns terbang ke tempat yang dimaksudkan. Farish dapati seekor lagi naga berwarna hitam gelap. Seorang gadis duduk di atas naga hitam itu. Gadis itu pandang ke arah Farish. Farish pula tergamam melihat wajah gadis itu.
''Hmm, hai'' sapa Farish. Gadis itu memalingkan mukanya ke hadapan. Dia tidak membalas sapaan Farish.
''Nama aku Farish. Kau pula?'' soal Farish. Gadis itu hanya mendiamkn diri.
''Cakap lah sesuatu''
Naga mereka naiki turun di atas tanah. Gadis itu turun dari naga miliknya. Dia usap naga itu. Farish turun dari Myanns. Dia dapati ada bulatan berdiri megah. Tiba-tiba datang enam ekor naga serta enam orang remaja.
''Korang pengguna kuasa elemen cahaya dan kegelapan?'' soal Eddie.
''Gadis ini pengguna elemen kegelapan'' ujar naga berwarna hitam. Gadis itu memandang ke arah naga.
''Afa, kenapa kau bawa aku kat sini?'' soal gadis itu.
''Boleh beritahu aku apa yang berlaku?'' soal Farish.
''Baiklah. Sila ikut kami''
Mereka berlapan serta lapan naga milik mereka menuju ke arah sebuah meja bulat. Meja bulat itu dikelilingi lapan kerusi. Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi. Tiba-tiba satu pancaran skrin muncul di hadapan mereka.
Skrin itu mempamerkan sepasang kekasih berkahwin serta membina tempat yang mereka tinggal. 9 bulan kemudian, si perempuan itu melahirkan lapan bayi. Lapan bayi makin lama makin besar menjadi kanak-kanak. Mereka berlapan bermain bersama.
Apa yang mengejutkan mereka yang melihat skrin itu, mereka berlapan mempunyai lapan kuasa berbeza. Lapan kanak-kanak itu makin besar menjadi remaja. Mereka berlapan bersama-sama menolong manusia. Skrin itu terpadam.
''Jadi, lapan elemen ni adalah adik-beradik. Mereka berbaik antara satu sama lain. Kenapa mereka bergaduh?'' soal Farish.
''Sebab ada puak yang tidak puas hati dengan keputusan mereka untuk beri manusia kuasa. Sebab itu puak itu hasut salah seorang pengguna kuasa'' ujar Eddie.
''Oh, lupa nak kenalkan diri. Nama aku Diana, pengguna kuasa angin. Naga berwarna putih itu naga aku dan nama dia adalah Kira''
''Aku pula Fairsh, pengguna kuasa elemen cahaya. Naga berwarna silver itu naga aku dan nama dia adalah Myanns''
''Aku Zara, pengguna elemen kegelapan. Naga hitam itu milik aku dan namanya Afa''
''Aku pula Izzat. Gadis sebelah aku adalah adik aku nama dia Izzati. Naga aku namanya Niz. Oh, aku pengguna kuasa api'' Izzat kenyit matanya pada Zara. Zara menghiraukan kenyitan mata Izzat.
''Oh, nama naga aku pula namannya Nira. Aku pengguna kuasa air''
"Aku Eli pengguna kuasa tanah. Naga aku namanya Mimi''
''Aku Izz pengguna kuasa tumbuhan. Nama naga aku adalah tumbuhan.
''Aku Eddie, pengguna kuasa petir. Nama naga aku adalah Kliz''
''Baiklah, apa kita nak buat?'' soal Mimi
''Kita kena hentikan peperangan ini dengan melawan balik serangan antara lapan elemen'' ujar Afa
''Bila kita nak mulakan?'' soal Izz.
''Dua minggu akan datang. Korang berlapan kena berlatih menggunakan kuasa korang'' ujar Lucans
''Baik''
Share this novel