Kelihatan sebuah kampung yang daif serta serba kekurangan. Kebanyakan rumah di situ diperbuat daripada kayu. Rumah-rumah di situ pula hampir menyembah tanah. Penduduk kampung di situ hanya duduk di luar luar mengenang nasib mereka. Sebahagian dari mereka, perut buncit namun bahagian lain hanya menampakan tulang.
Seorang gadis menuju ke kampung daif tersebut. Dia memakai hoddie yang menyorokkan kepalanya dari pandangan orang lain. Dia menuju ke arah sebuah kedai bar. Di situ terdapat beberapa orang sedang minum air keras. Mereka mabuk serta terhuyung-hayang.
Gadis itu menuju ke kaunter. Si penjual perasaan dengan kehadiran gadis tersebut. Dia mengukir senyuman kepada gadis itu ''Cik, Dania. Ada apa-apa aku boleh bantu?''
''Berikan aku dua botol air susu. Pastikan segar''
''Baiklah, cik. Sila tunggu sebentar''
Dania melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan dengan kaunter. Tiba-tiba pintu kedai ditendang dari luar. Pintu tersebut tercabut lalu terkena pada seseorang. Kelihatan beberapa orang lelaki bertubuh sasa masuk ke dalam bar tersebut.
Otot-otot di lengan mereka ternaik. Janggut berwarna hitam melebihi paras dagu. Tatto pula di sekitar lengan mereka. Mereka menuju ke arah seorang lelaki yang melentokkan kepalanya pada meja. Air liur keluar dari mulutnya. Tangan kanan nya pula memegang botol arak. Dia sedang mabuk serta melayan perasaan.
''Mana duit aku?'' soal lelaki bertubuh sasa pada lelaki mabuk itu.
''Kan aku dah cakap nanti aku bayar''
''Selalu bagi alasan yang sama!'' lelaki itu tumbuk wajah lelaki mabuk itu. Lelaki mabuk itu pengsan di situ.
Lelaki bertubuh sasa melihat beberapa orang memandangnya kecuali seseorang yang memakai hoddie berwarna peach ''Korang, bayar duit pelindungan sekarang''
Mereka di dalam bar pun bayar duit pelindungan kecuali Diana Diana hanya menunggu air susunya. Si penjual datang ke arah Dania kemudian beri dia dua botol susu. Dania letak empat keping duit di atas meja.
''Woi, si penjual. Bayar cepat'' arah lelaki itu.
''Baik''
Lelaki bertubuh sasa itu memandang ke arah Dania. Dania pula hiraukan pandangan lelaki tersebut ''Woi, kau di sana. Bayar lah duit pelindungan''
''Buat apa aku nak bayar duit pelindungan kalau aku tak tinggal kat sini?'' soal Dania.
''Bayar saja lah''
''Aku boleh melindungi diri aku. Jadi, buat apa aku nak bayar kau?'' soal Dania yang mencabar kemarahan lelaki tersebut.
''Kau memang nak kena''
Lelaki bertubuh sasa menghayun penumbuk ke arah Diana. Diana pusing ke tepi mengelak serangan lelaki itu. Lelaki itu mendengus geram apabila sasaran dia terlepas ''Ambil ni''
Lelaki itu cuba tumbuk Dania. Dania hanya elak dengan tenang. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Lelaki itu menyasarkan perut Dania. Lelaki itu mengempal penumbuknya lalu hayun ke arah perut Dania. Dania lompat melebihi paras ketinggian lelaki tersebut.
''Geng, tolong aku'' suruh ketuanya. Mereka pun angguk kepala.
Lelaki-lelaki itu serang Dania dengan menggunakan sejanta. Ada dari mereka menggunakan kapak. Ada juga menggunakan parang. Mereka melibas parang ke arah Dania. Dania mengundur ke belakang. Seorang lelaki manghayun kapak ke arah kepala Dania. Dania tepis tangan lelaki itu dengan menepuk ke tepi.
Kemudian Dania menumbuk rusuk lelaki itu membuat kapak itu terjatuh dari gengaman lelaki tersebut. Dania rentap tangan lelaki itu ke bawah kemudian pancung lelaki itu dengan tangannya. Lelaki itu terjatuh di atas lantai. Kepalanya terhentak kuat di lantai menyebabkan lantai kayu itu pecah.
Si lelaki yang memegang parang menghayun parangnya ke arah Dania. Dania tolak tangan lelaki itu dengan pergelangan tangannya. Dia kemudian tolak tangan lelaki itu sehingga mencecah ke arah lantai serta mengangkat kaki lelaki itu. Dania letak lututnya pada pelipat lelaki itu. Dia kemudian pusingkan lelaki itu menghadap nya. Dia tumbuk dada lelaku itu beberapa kali.
Dua lelaki cuba menyerang Dania secara serentak. Dania tersenyum sinis. Dia membelasah lelaki itu sehingga terkeluar dari bar. Mereka yang berada di dalam bar terkedu dengan kebolehan gadis tersebut. Malu pun ada. Seorang gadis boleh kalahkan empat lelaki gangster tersebut. Setelah selesai membelasah, Dania ambil botol susu itu kemudian beredar dari situ.
Dania pulang ke rumahnya yang terletak di bukit. Rumahnya diperbuat dari batu. Mempunyai satu tingkat. Dania menuju ke belakang rumahnya itu. Mata Dania meliar memandang kawasan di belakang rumah ''Psst, Kira. Keluar lah''
Kelihatan seekor naga berwarna putih kesusuan menuju ke arah Dania. Kira seperti ular tapi mempunyai kepak. Sesunggutnya itu membelai wajah Dania. Dania duduk di atas tanah. Dia beri air susu kepada Kira.
''Hmm. Air susu je?'' rungut Kira si naga.
''Habis tu kau nak minum arak? Tak pernah lagi aku dengar naga minum arak''
Kira hanya diam saja. Diana membuka penutup botol itu kemudian tuang air susu ke dalam mulut Kira secara perlahan. Setelah selesai, dia pula minum air susu tersebut. Sisa bekas susu di atas bibir Dania seperti misai. Diana lap sisa susu tersebut.
Diana dan Kira merupakan rakan baik. Diana menjumpai Kira di belakang rumah saat Kira cedera parah. Dania yang merawat Kira sehingga Kira sembuh. Sejak hari tu, mereka menjadi sahabat. Dania mempelajari seni pertahankan diri dari Kira membuat dia boleh melindungi dirinya.
''Diana, ada sesuatu aku nak beritahu kau''
''Apa dia?'' soal Diana. Kepalanya disandar pada badan Kira.
''Kau salah seorang pengguna kuasa elemen yang bakal menamatkan peperangan''
Dania turus bangun. Dia memandang ke arah Kira kemudian dia ketawa ''Kau buat lawak ke, Kira? Aku mana ada kuasa''
''Kau ada kuasa''
''Mustahil'' Dania silang tangannya.
Kira berdiri lalu hembus angin dari nafasnya. Dania tergamam dengan bebola angin menuju ke arahnya. Dania mengangkat kedua tangannya kemudian alihkan bebola angin itu. Dia membuat pusaran angin secara tidak sengaja. Dia berhenti pusing tangannya. Dia melihat tapak tangannya itu.
''Aku ada kuasa?'' soal Diana.
''Ya. Kau pengguna kuasa angin. Aku adalah naga kau. Kau adalah salah seorang pengguna kuasa elemen yang bakal menamatkan peperangan elemen ini''
''Salah seorang? Maksudnya ada orang lain selain aku ke?'' soal Diana.
''Ya. Mereka adalah pengguna kuasa elemen lain. Aku akan bawa kau ke suatu tempat. Aku rasa sesuai kau tinggal kat sana''
''No. Aku nak tinggal kat sini'' bangkah Diana.
''Ada makanan percuma serta tempat tidur empuk''
Diana pandang ke arah Kira. Wajahnya bersinar-sinar mendengar perkataan percuma.
''Kenapa tak cakap awal-awal. Jom kita ke sana''
Diana mengemas pakaiannya itu. Dia bawa beg bersamanya. Kira merendahkan tubuhnya supaya Diana dapat naik di atas badannya. Diana naik atas badan Kira kemudian letak beg di hadapannya. Dia peluk beg itu sama. Kira membuka sayapnya. Dia terbang dari situ pergi ke bekas kawasan lapan elemental.
20 minit kemudian, Kira mendarat di atas tanah. Diana turun dari badan Kira. Dia dapati bulatan elemental berdiri megah di situ. Dia menuju ke arah bulatan elemental tersebut. Dia pegang dinding bulatan tersebut.
''Siapa tu?'' soal seseorang.
Kira melindungi tuannya. Diana dapati seorang lelaki menuju ke arah mereka bersama seekor naga berwarna hitam keungguan. Kira memandang ke arah naga itu serta lelaki tersebut
''Kau pun ada naga?'' soal Diana.
''Ya. Bukan aku aku sorang je. Kau pun sama''
''Jadi kau pengguna kuasa elemental yang bakal menamatkanpeperangan ini bersama aku'' ujar Diana yang menuju ke arah Eddie.
''Nama aku Eddie. Aku pengguna kuasa elemen petir. Ini pula naga aku. Namanya Lucans'' Eddie memperkenalkan dirinya serta naga miliknya.
''Aku pula Diana. Pengguna kuasa elemen angin. Naga putih ni naga aku dan nama dia adalah Kira''
Lucans kemudian ketawa terbahak-bahak. Mereka memandang ke arah Lucans sambil mengerut kening ''Kau ni dah kenapa?'' soal Kira
''Nama kau Kira? Tiada nama lain ke?'' soal Lucans
''Eh, suka hati aku lah. Bukan masalah kau pun''
''Tapi ia kelakar. Hahaha'' gelak Lucans. Air mata mengalir keluar dari mata.
''Apa kau kata?''
Maka bermula lah peperangan kecil antara Lucans serta Kira. Mereka mengejek antara satu sama lain. Eddie dan Diana yang melihat perbalahan dua ekor naga itu menepuk dahi.
''Hiraukan mereka. Aku nak tunjukkan kau sesuatu''
Diana mengikuti Eddie. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah rumah banglo dua tingkat. Mulut Diana tergaga luas melihat banglo tersebut. Dia dapati ada ukiran simbol elemen di rumah tersebut. Eddie ambil bingkai gambar kemudian beri pada Diana. Diana ambil gambar itu. Dia meneliti gambar tersebut.
''Jadi, lapan elemen ni kawan lah?'' soal Diana.
''Ya. Mereka adalah kawan. Namun segalanya berubah sebab satu peristiwa''
''Apa sebab mereka bergaduh?'' soal Diana
''Aku tak tahu. Kita kena cari jawapan serta tunggu lagi enam pengguna elemen ke sini''
''Apa kata kita cari dulu jawapannya? Senang sikit'' cadang Diana.
''Idea yang bernas. Jom kita meneroka banglo ini''
''Jom''
Mereka berdua pun mula meneroka sekitar banglo. Naga dua ekor masih bergaduh dan masih tidak berdamai.
Share this novel