Bab 7

Fantasy Series 673

Kelihatan lapan remaja sedang berlatih di tempat latihan. Lapan ekor naga menjadi penghalang mereka untuk menuju ke puncak. Mereka berlatih berlawan kuasa dengan patung yang bergerak menuju ke arah mereka.

''Tumbukkan berapi'' Izzat membakar patung-patung yang diperbuat dari kayu. Habis patung itu dijilat api.

''Panahan petir'' Eddie memanah beberapa patung kayu yang menuju ke arah dia.

''Eddie, belakang kau'' ujar Izzati.

Eddie lompat. Patung itu hayun pedang kayu ke arah Eddie. Eddie panah petir ke arah patung itu. Patung itu tidak bergerak setelah terkena petir.

''Lilitan akar'' Izz membelit patung dengan akar. Patung itu hancur berkecai.

Eli pula hasilkan ceracak tanah. Tahan menaik ke atas serta menikam patung tersebut. Zara hanya elak serangan patung itu sama juga Dania. Satu patung hayun pedang ke arah Zara. Zara membuka langkah untuk menyerang patung itu. Tiba-tiba satu sinaran cahaya menembak patung itu. Rupanya Farish yang menembak patung itu.

Zara terus menuju ke hadapan tanpa membicara apa-apa bersama dengan Eli. Farish tergaman dengan kelakuan Zara ''Oh, Farish. Terima kasih selamatkan aku''

Izzati baling air ke arah patung. Patung-patung itu terus bergerak ke arah Izzati. Dania membaling bilah angin membuat patung itu patah. Izzati memandang ke arah Dania.

''Terima kasih, Dania''

''Sama-sama''

''Izzati, kau bukan ke pengguna kuasa air?'' soal Eli.

''Ha, kenapa?''

"Setahu aku pengguna kuasa air boleh bertukar air menjadi ais''

''Aku cuba''

Izzati membaling ais ke arah patung. Dia tersenyum melihat peningkatan kuasanya. Zara kini berada di hadapan. Dia tidak menggunakan kuasanya tadi sepanjang perlawanan. Izzat pula berjaya melepasi rintangan patung. Dia berjaya keluar dari situ. Dia dapati Zara berada di depannya. Izzat berlari ke arah Zara.

''Hai, Zara'' tegur Izzat. Zara hanya diam.

''Zara, jangan lah diam. Cuba lah cakap'' sama seperti tadi Zara masih diam.

''Hmm'' gumam Izzat.

Zara berhenti berjalan. Izzat pun sama. Dia memandang ke arah Zara. Tiba-tiba datang semburan angin ke arah mereka berdua. Zara elak serangan angin dari Kira iaitu naga kepunyaan Dania. Kira hembus angin kuat ke arah mereka berdua.

''Bebola api'' Izzat baling beberapa bebola api pada Kira.

''Kau ni bodoh ke apa?'' soal Zara

Izzat memandang Zara dengan pelik. Bebola api itu tidak menuju ke arah Kira sebaliknya mereka berdua. Zara hasilkan aura hitam melindungi dirinya. Izzat pula terkena bebola api itu. Dia tercampak ke belakang. Angin pun berhenti. Aura hitam hilang di sekeliling Zara.

''Lain kali fikir dulu sebelum serang'' ujar Zara dengan dingin. Dia beredar dari situ.

''Eh''

Farish, Izzati dan Izz baru keluar dari perangkap patung. Izzati dapati abangnya jalan secara perlahan. Kaki Izzat pula melecur. Izzati menuju ke arah abangnya ''Abang, kau okey?''

"Okey''

''Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Izzati.

''Terkena kuasa sendiri''

Eli, Dania dan Eddie baru keluar dari perangkap patung. Mereka menuju ke serangan seterusnya. Mereka bernasib baik serangan yang dilakukan oleh naga mereka senang berlaka. Mereka berlapan kini sampai di pusingan terakhir iaitu berlawan dengan raksasa.

''Baiklah, kita kena bekerjasama untuk kalahkan raksasa'' ujar Eddie.

''Baik''

Mereka berlapan bekerjasama mengalahkan raksasa kelas bawah. Zara menangkap raksasa dengan kuasa kegelapan. Farish menembak raksasa. Mereka melindungi dua pengguna kuasa elemen terkuat itu. Mereka bertukar posisi di mana Zara melindungi mereka dari bahaya.

Akhirnya mereka berlapan berjaya kalahkan raksasa. Mereka terbaring di atas tanah kepenatan berlatih. Naga-naga mereka memandang ke arah satu sama lain.

''Bagus, korang berlapan bekerjasama. Ingat, dua minggu lagi kita akan memulakan misi kita'' ujar Afa.

''Baiklah''

''Zaraaaa'' panggil Izzat dengan melirit. Zara memandang ke arah Izzat.

''Diam boleh tak? Dah lah tak boleh fikir tadi. Kau fikir apa je?'' soal Zara.

''Eh, jangan marah'' Izzat ingin sentuh Zara. Farish menepis tangan Izzat.

''Kau ni. Jangan kacau dia lah. Kau lupa dia pengguna kuasa elemen kegelapan? Kuasa yang terkuat. Kau jangan sampai dia bunuh kau''

''Sekuat-kuat aku pun, cahaya akan melawan balik untuk kalahkan aku'' ujar Zara.

''Hmm, betul tu'' ujar Dania.

''Huaah, mengantuknya. Aku nak pergi bilik'' Eddie bangun dari baring. Dia menuju ke arah banglo.

Mereka pun bangun dari baring menuju ke arah banglo.

...................................................................

Lapan ekor naga berada di dalam bangsal bersaiz besar untuk naga. Bangsal itu bersebelahan dengan banglo.

''Kau pasti ke mereka berlapan boleh menamatkan peperangan ini?'' soal Afa.

''Ya, mereka dipilih untuk menamatkan peperangan yang berlaku beribu tahun'' yakin Kliz

''Aku harap mereka dapat bekerjasama dengan baik'' ujar Nira

''Ya. Bersama-sama mereka berlapan menamatkan peperangan ini. Aku tak sanggup melihat mereka yang terkorban. Sebahagian dari manusia tiada kuasa membuat pengguna kuasa elemen membuli mereka'' ujar Myanns

''Hmm, aku pun. Tak sabarnya!'' teruja Mimi.

''Ya!'' jerit Niz

''Betul, betul, betul'' ujar Lucans seperti ipin.

''Oi, naga. Boleh diam tak? Kami nak tidur!'' jerit Eddie.

''Entah. Kalau nak berbual tu slow sikit'' tambah Izz.

''Er, maaf''

Lapan ekor naga pun tidur sama seperti tuan mereka.

Pada masa yang sama seorang lelaki memandang ke arah banglo yang merupakan tempat tinggal pengguna kuasa elemen. Dia tersenyum memandang ke arah banglo itu.

''Tidak lama lagi peperangan akan tamat''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience