Kelihatan sebuah gelanggang gusti yang dipenuhi ramai orang. Mereka semua bersorak melihat perlawanan tersebut. Sorakkan mereka bergema dan jelas kedengaran di telinga para peserta. Pengadil melihat para peserta itu supaya perlawanan itu lebih adil.
''Izzat, Izzat, Izzat'' sorak para penonton.
Seorang lelaki bertubuh tegap menghayun penumbuk ke wajah Izzat. Izzat tahan tumbukkan itu dengan lengannya. Lelaki itu hayun penumbuk ke arah perut Izzat. Izzat tersenyum sinis. Dia elak dari serangan lelaki itu. Izzat tumbuk muka lelaki itu membuat lelaki itu terundur ke belakang. Pipi lelaki itu bengkak.
Lelaki itu mengetap bibirnya. Dia hayun penumbuk ke arah wajah Izzat. Izzat balas balik dengan menumbuk bahagian dagu. Lelaki itu memuntahkan sejumlah darah. Dia terjatuh di atas lantai. Izzat lompat ke atas badan lelaki itu dengan menyiku perut lelaki itu.
Siku itu kena pada perut lelaki tersebut. Lelaki itu memuntahkan darah lagi. Izzat menumbuk muka lelaki itu. Muka lelaki itu lebam. Pengadil menuju ke arah mereka berdua. Pengadil itu tarik Izzat dari terus menumbuk lelaki itu. Dia mengangkat tangan Izzat.
''Pemenangnya adalah Izzat'' ujar pengadil.
Para penonton bersorak. Izzat keluar dari gelanggang. Dia tidak memakai baju cuma memakai seluar panjang. Badannya tegap serta berotot. Lengannya juga berotot. Para wanita menuju ke arah Izzat.
''Hai girls'' ujar Izzat.
''Izzat. You memang hebat'' goda seorang wanita. Belahan bajunya terbelah hingga ke separuh dadanya. Bajunya itu menampakkan tubuh badannya yang seksi.
''Betul tu'' seorang wanita yang hanya memakai bra serta seluar pendek menyentuh dada Izzat. Izzat tersenyum bila dia dikelilingi para wanita.
''Malam ni, kita pergi club. I akan belanja you semua''
Pada sebelah malam di kelab malam, Izzat serta rakannya berpesta. Izzat meneguk beberapa botol arak. Dia menari bersama seorang wanita seksi. Muzik di situ dipasang kuat. Cahaya lampu berwarna-warni menghiasi pesta tersebut.
Izzat serta seorang wanita keluar dari club malam tersebut. Wanita itu memuntahkan isi perutnya di longkang. Izzat itu papah wanita menuju ke arah rumahnya. Mereka berdua masuk ke dalam bilik tidur.
.......................................................................
Matahari menyinari permukaan bumi. Cahaya matahari menembusi tingkap bilik. Kelihatan dua orang remaja berbeza jantina baring di atas katil. Separuh badan Izzat diselimbungi selimut. Dia tidak memakai baju. Wanita di sebelah Izzat masih tidur. Seluruh tubuh badannya diselimbungi selimut. Pakaian wanita itu bersepah di atas lantai sama juga Izzat.
Pintu bilik Izzat ditendang kuat. Seorang wanita memandang ke arah mereka berdua. Si wanita itu geleng kepala melihat tingkah laku abangnya iaitu Izzat. Si wanita itu menuju ke arah abangnya
''Izzat, bangun'' kejut si wanita.
Izzat buka matanya dengan perlahan. Dia dapati adik perempuannya yang mencekak pinggang. Izzat mengeluh ''Izzati, kau rupanya''
''Izzat, kau ni asyik mabuk pastu bawa balik seorang perempuan. Sudah berapa ramai perempuan kau tiduri mereka hah!'' tengking Izzati.
''Ala, kau ni. Sibuk lah'' Izzat memalingkan tubuhnya. Dia pandang seorang wanita tidur di sebelahnya. Izzat peluk wanita itu.
''Izzat, bangun. Tolong aku boleh''
''Buat lah sendiri sana''
''Cepat lah'' gesa Izzati.
''Ialah. Tunggu 30 minit. Aku nak bersiap''
Izzati keluar dari bilik abangnya kemudian menutup pintu. Izzat meninggalkan wanita itu di dalam biliknya menuju ke arah sebuah bilik air. Izzat bersiap selepas itu dia keluar dari rumah. Izzati memakai kasut sama juga Izzat.
''Jom'' mereka berdua menuju ke pekan untuk melakukan kerja.
Izzat dan Izzati adalah adik-beradik. Izzat berumur 18 tahun manakala Izzati berumur 17 tahun. Tinggi Izzat 175 cm manakala adiknya 172 cm. Mereka berdua bekerja sebagai pelayan restoran. Izzat sikapnya yang suka berfoya-foya dan suka memainkan perasaan wanita. Beberapa wanita yang pernah tidur bersama dengan Izzat mengandung anak Izzat.
Mereka minta Izzat bertanggungjawab namun Izzat menafikan itu anaknya. Dia anggap wanita sebagai pakaian kecuali adiknya. Walau sikapnya yang suka ambil lewa, dia sayang adiknya.
........................................................................
Izzat dan Izzati keluar dari restoran selepas selesai bekerja. Mereka habis kerja pada pukul 1.00 pagi. Mereka berdua menuju ke arah rumah mereka. Tiada orang kecuali mereka berdua di tempat perjalan kaki.
''Izzat, bila kau nak berubah?'' soal Izzati.
''Ala, kau ni. Hidup mestilah enjoy''
''Izzat, jangan sampai kau terkena karma. Di mana kau akan jatuh...,''
''Izzati, stop it. Kau dah berapa kali cakap macam tu. Tengok, aku tak kena karma pun'' bangga Izzat. Izzati mengeleng kepalanya
Tiba-tiba angin bertiupan kencang. Mereka berdua terundur ke belakang. Mereka berdua menutup mata. Angin yang bertiupan kencang itu berhenti. Mereka berdua membuka mata. Mereka dapati ada dua ekor naga berlainan warna di hadapan mereka. Mereka berdua tergamam melihat naga itu.
Seekor naga berwarna merah pekat mempunyai ekor panjang. Naga itu mempunyai dua sesunggut. Seekor naga berwarna biru cair yang mempunyai empat kaki. Warna kulit naga itu mempunyai percikan ais.
''Ke belakang, Izzati. Aku akan melindungi kau'' Izzat menolak adiknya ke belakang.
''Eh, eh. Kami tak serang korang berdua pun'' ujar naga berwarna biru.
''Cantiknya, warna kau'' Izzati menuju ke arah naga berwarna biru. Dia usap kulit naga itu.
''Izzati, hati-hati''
''Terima kasih, tuan'' naga biru itu jilat muka Izzati.
''Haha. Aku bukan tuan kau''
''Ya. Adik aku bukan tuan kau''
''Korang berdua nam tahu sesuatu tak?'' soal naga berwarna merah.
''Apa?'' soal Izzat yang menyilang tangannya.
''Sila ikut kami'' naga berwarna biru merendahkan tubuhnya. Izzati naik atas badan naga biru itu. Naga merah itu pun sama.
''Izzati''
''Aku tak apa-apa lah. Cuba kau naik naga merah tu''
Izzat naik naga berwarna merah itu. Dua ekor naga itu membuka kepaknya. Naga itu membawa mereka terbang di udara. Izzati teruja melihat permandangan dari atas manakala Izzat menutup matanya dan memegang erat leher naga.
''Cantiknya. Apa nama kau, naga?'' soal Izzati.
''Apa kata kau namakan aku. Kau adalah tuan aku''
''Kau ni merepek lah tapi aku akan namakan kau. Hmm, apa kata Nira?'' cadang Izzati.
''Nama yang bagus''
Izzat pula masih memeluk erat leher naga itu. Dia masih menutup matanya kerana tak sanggup melihat sebab dia takut tinggi. Naga merah itu hanya mengeluh ''Kenapa lah aku dapat tuan yang takut tinggi''
''Hei, aku bukan tuan kau''
''Apa kata kau namakan aku?'' pinta naga itu.
''Aku namakan kau, Niz. Sekarang, turunkan aku''
Niz menghiraukan pekikkan Izzat. Naga itu terus terbang. 1 jam kemudian, dua ekor naga itu mendarat di atas tanah. Izzat serta Izzati turun dari naga tersebut. Izzat sujud kemudian dia cium tanah.
''Akhirnya, tanah. Kita berjumpa"
"Tempat apa ni?" soal Izzati. Izzat berdiri memandang kawasan tersebut.
Ia seperti bekas bangunan yang ditinggalkan sekitar 10000 tahun dahulu. Tiba-tiba datang empat orang remaja menuju ke arah mereka berdua. Dua lelaki serta dua perempuan. Izzat memberi senyuman kepada dua perempuan itu.
''Siapa korang?'' soal Izz.
''Oh, aku Izzati. Ini pula abang aku, Izzat. Kami di bawa dua ekor naga ke sini'' jelas Izzati. Dia pandang wajah Eddie. Hatinya tiba-tiba berdebar melihat lelaki itu.
''Jadi, korang berdua merupakan pengguna elemen sama seperti kami'' ujar Eli.
''Apa kau merepek ni? Aku dan adik aku tiada kuasa'' bangkah Izzat.
''Kau pasti?'' soal Diana.
''Ya. Lagipun tempat ni pelik''
Dania melontar bilah angin pada Izzat serta Izzati. Izzat balas baling dengan cakra api manakala Izzati balas dengan air. Mereka berdua terkejut melihat semua itu.
''What? Aku ada kuasa?'' soal Izzat yang tidak percaya.
''Kami akan terangkan esok pagi. Mari kita ke rumah''
Izzat dan Izzati mengikuti mereka berempat. Kini tinggal lagi dua elemen terkuat iaitu elemen cahaya dan elemen kegelapan.
.............................................................................
Kelihatan seorang gadis sedang duduk atas kerusi menghadap langit. Bentuk mukanya berbentuk v. Hidungnya sedikit mancung. Kulitnya berwarna putih kemerahan. Dia memakai pakaian jubah berwarna hitam. Jubah itu membelah bahagian paras lutut hingga paras kakinya.
''Aku tak nak hidup macam ni. Aku nak bebas'' ujarnya sendiri. Air mata mengalir di pipinya. Dia inginkan kebebasan seperti orang lain. Dia diseksa oleh keluarganya kerana dia tiada kuasa.
''Apa nasib aku ni?'' soalnya sendiri.
Dia bangun dari tempat duduk menuju ke arah balkoni. Dia dapati ada sesuatu di belakang rumahnya. Dia turun dari balkoni dengan perlahan kemudian menuju ke belakang. Dia dapati seekor naga bersaiz enam kali ganda besar seperti seekor gajah. Naga itu berwarna hitam pekat. Anak matanya berwarna merah darah. Naga itu memandang dia.
''Naga?'' soal gadis itu.
''Kau ingin bebas?''
''Ya''
''Aku akan bawa kau ke suatu tempat''
''Tapi aku tak boleh tinggalkan tempat ni''
''Percaya cakap aku. Kau akan temui bahagia selepas ini''
Naga itu merendahkan dirinya. Gadis itu naik atas badan naga itu. Naga itu membuka kepaknya kemudian terbang menuju ke udara.
Share this novel