Eddie sedang berlatih seorang diri di padang. Dia melontar panahan petir ke arah patung kayu. Habis patung kayu itu hangus dikerjakan oleh Eddie. Izzati melihat Eddie secara senyap di sebalik tembok. Dia sudah lama sukakan Eddie sejak nampak dia ke sini. Jantung dia berdebar dengan kencang.
''Macam mana aku nak luahkan perasaan aku kat dia?'' soal Izzati sendiri.
''Eddie'' suara seorang perempuan jelas kendengaran di telinga Izzati. Izzati menghendap di sebalik tembok. Dia dapati Dania menuju ke arah Eddie.
''Eh, Dania. Ada apa?'' soal Eddie yang lap peluhnya dengan tuala.
''Kau dah berpunya?''
''Belum. Kenapa kau tanya?'' soal Eddie.
''Sebab aku suka kau'' luah Dania dengan perlahan.
''Apa? Aku tak dengar''
''Aku suka kau'' Dania pandang ke arah ranah. Tak nak dia bertentangan mata dengan Eddie.
''Apa dia? Aku tak dengar'' sakat Eddie. Dia sebenarnya dengar apa yang Dania cakap cuma nak kepastian saja.
''Aku suka kau!'' luah Dania yang mengangkat kepalanya. Pipinya warna merah menahan rasa malu.
''Oh, ingatkan apa''
''Er, kau terima aku tak?'' soal Dania.
''Entahlah Dania''
''Hish, kau ni'' Dania mengembungkan pipinya tanda merajuk.
''Eh, kau ni. Cinta tak boleh paksa'' Eddie cuit pipi Dania.
''Sakitlah, Eddie. Tak nak kawan kau''
''Mengada kau ni. Apa kata kita berjalan-jalan di sekitar kawasan Akrz?'' cadang Eddie.
''Okey'' Dania memeluk lengan Eddie. Eddie membiarkan saja. Mereka berdua beredar dari situ.
Izzati yang melihat di sebalik tembok, menangis. Air matanya mengalir di pipi. Dia sandar belakang badannya di tembok. Dia duduk secara perlahan.
''Aku juga suka kat kau Eddie tapi Dania juga suka kat kau. Aku anggap Dania macam adik aku jadi aku terpaksa mengundur'' sedih Izzati.
.............................................
Zara pula sedang berlatih menggunakan kuasanya. Dia menggunakan jejari hitam serta aura hitam ke arah patung yang bergerak. Patung tersebut menghayun pedang kayu ke arah Zara.
Zara tendang patung kayu itu. Bunyi kayu patah saat Zara menendangnya. Patung itu terbelah dua. Dia cerahkan keadaan gelap kepada siang.
''Hebat lah, Zara'' puji Farish yang menuju ke arah Zara sambil menepuk tangan.
''Hmm'' Zara menghiraukan Farish. Dia lap peluhnya yang mengalir di leher dengan tuala kecil yang dibawanya bersama.
''Jom, kita berlawan'' ajak Farish.
''Eh, no. Dia kena teman aku'' ujar Izzat secara tiba-tiba. Dari mana tah dia datang. Aku pun tak tahu.
Zara mengerut keningnya ''Teman pergi mana?''
''Pergi berdating dengan aku lah''
''Bila masa aku setuju. Sana, aku nak teruskan berlawan''
''Tapi, Zara'' Farish genggam lengan Zara. Zara rentap tangannya.
''Don't touch me'' dingin Zara kemudian berlalu dari situ.
''Ish, ini semua kau punya fasal'' ujar Izzat.
''Eh, aku pula''
''Ialah. Kalau kau tak jadi orang ketiga mesti aku dapat keluar dengan Zara''
''Eh. Berani ye?'' remeh Farish.
''Berani lah. Aku akan dapatkan dia''
''Aku pun Izzat''
Mereka berdua beredar dari situ.
...........................................
Izz memandang ke arah Eli dengan senyuman terukir di bibirnya. Eli sedang memberus naganya iaitu Mimi dengan berus. Naganya itu membiarkan saja tuannya membersihkan dia.
Izz pun menuju ke arah Eli yang sibuk memberus. Dia jalan secara perlahan agar Eli tidak dengar bunyi tapak kaki Eli.
''Hah!'' sergah Izz.
''Oh mak kau!'' terkejut Eli lalu membaling berus. Berus itu terjatuh di atas kepala Eli.
''Aduh'' rintih Eli yang mengusap kepalanya.
''Er, maaf Eli'' pinta Izz.
''Ish kau ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku mati terkejut'' marah Eli.
''Er, Eli. Hari tu kau dengar aku cakap tak?''
''Apa yang kau merepek ni?'' soal Eli. Soalan di balas dengan soalan.
''Er, masa kita berperang kan aku ada cakap sesuatu kat kau. Kau dengar tak?''
''Aku dengar kat je''
''Dah tu kenapa kau jawab okey?'' soal Izz.
''Saja''
''Eli'' Izz peluk Eli. Eli terkedu seketika.
''Izz, kenapa ni?'' soal Eli yang berada di bidang dada Izz. Tinggi dia di bawah paras telinga Izz.
''Tiada apa. Cuma aku nak peluk kau'' Izz usap kepala Eli dengan perlahan.
''Okey tapi boleh cepat sikit. Aku sesak nafas tahu tak''
''No, aku tetap nak peluk kau''
Izz tarik Eli duduk di atas tanah. Mimi hanya memerhatikan mereka berdua ''Mimi, pergilah dari sini'' halau Izz.
''Ialah''
Mimi membuka sayapnya lalu terbang dari situ. Izz meleraikan pelukannya tapi tangannya masih merangkul pinggang Eli. Pokok tiba-tiba tumbuh di belakang Izz. Izz sandar pada pokok tersebut.
''Izz, aku nak bersihkan Mimi. Kau ni dah kenapa?'' soal Eli yang cuba tolak Izz. Izz eratkan lagi genggamannya.
''Lain kali lah''
''Izz, aku nak lakukan sekarang''
''Nanti lah, Eli'' ujar Izz yang pandang ke arah Eli.
''Hish, kau ni'' Eli alih badannya hadap ke depan.
Mereka berdua banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong.
Share this novel