Bab 1

Fantasy Series 673

Kelihatan pokok tinggi dijilat api dengan marak. Api membakar seluruhnya. Haiwan-haiwan bertempeliaran lari menyelamatkan diri. Seorang perempuan dan seorang lelaki sedanh bertempur di satu kawasan. Kawasan itu dipenuhi api serta bongkah ais.

''Tembakan pembeku'' perempuan itu membekukan seluruh kawasan menyebabkan hutan itu beku.

''Sini kau''

Api berwarna jingga serta ais bertembung menghasilkan gegaran hebat. Tanah bergoyang kuat. Api mula terpadam. Lelaki itu mengundur ke belakang.

''Berserah saja, api. Kau akan mari hari ni''

Tangan perempuan itu dilaputi ais. Dia pengguna kuasa air tahap dua. Ais-ais tajam menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu bakar ais itu dengan api. Percikan ais dan api terhasil kerana kuasa mereka. Perempuan itu menuju ke arah lelaki itu. Dia membentuk pedang ais serta menikam dada lelaki tersebut.

Darah keluar dari dada lelaki itu serta mulut. Cahaya keluar perlahan-lahan dari mulut lelaki itu. Perempuan itu tersenyum. Lelaki yang berasal dari puak api mati.

''Lepas ni aku akan bunuh pengguna kuasa api yang lain. Saksikan lah''

Perempuan itu beredar dari situ.
.................................................................

Kelihatan seorang wanita sedang menerang melahirkan anak. Si suami serta bidan berada di situ. Wanita itu kangkang dan si bidan menyambut bayi.

''Arghh!'' jerit wanita itu.

''Sabar sayang. Sikit lagi'' ujar si suami yang pegang tangan isterinya.

''Wuek, wuek'' bayu menangis setelah keluar dari perut ibunya.

Si bidan itu potong tali pusat bayi itu kemudian balut bayi yang dipenuhi darah dengan tuala berwarna unggu gelap. Si wanita itu menarik lafas lega. Cadar katil berwarna putih kini berwarna bertompok merah darah. Si suami mengukir senyuman. Air mata keluar dari pipinya.

''Izikan saya bersihkan bayi ni dulu. Encik beri isteri encik air'' nasihat bidan itu. Dia masuk ke dalam bilik air yang berada di dalam bilil tersebut

Si isteri terbaring lemah. Separuh tenaga dia gunakan untuk melahirkan seorang anak. Si suami tuang air pada gelas. Dia angkat kepala isterinya dengan perlahan. Gelas diletak pada mulut si isteri. Si isteri minum air itu. Tekaknya yang kering kini basah.

Si suami letak gelas di atas meja. Dia letak kepala isterinya di atas bantal dengan perlahan. Kaki si isteri diturunkan oleh si suami. Si isteri pandang si suami dengan pandangan lemah. Si suami kucup dahi isterinya dengan kasih sayang. Dia usap rambut isterinya itu.

''Sayang, mana anak kita?'' soal si isteri.

''Bidan tengah bersihkan anak kita. Sayang, terima kasih kerana melahirkan anak kita''

Si bidan keluar dari bilik air sambil mengendong bayi yang nyenyak tidur di pangkuannya. Dia beri bayi itu pada si suami. Si suami tunjukkan anak mereka kepada si isteri. Kulitnya berwarna putih kemerahan. Rambut berwarna hitam. Tubuh si kecil didakap oleh si ibu.

''Hello, anak ibu. Selamat datang ke dunia''

'Tahniah, encik dan puan. Ia anak lelaki'' beritahu bidan itu tanpa dipinta.

''Terima kasih''

''Saya minta diri dulu'' si bidan itu berlalu dari situ.

Si isteri menyentuh kulit si anaknya. Si suami tersenyum melihat anak tersebut. Dia tak sangka anaknya itu lelaki. Padahal dia bawa isterinya jumpa tukang ramalan. Tukang ramalan katakan mereka bakal mendapat anak perempuan. Benar lah apa yang dikata orang. Ramalan selalunya tidak betul.

''Apa kita nak namakan anak kita?'' soal si isteri.

''Awak yang melahirkannya. Awak lah yang namakan''

''Saya cadangkan Izz. Sedap tak bang?''

''Boleh. Selamat datang Izz''

....................................................

Kelihatan seorang lelaki memandang ke arah luar tingkap. Dia berdiri megah melihat langit mendung. Tapak kasut dia dapat dengar menandakan seseorang menuju ke arahnya. Dia pusing belakang rupanya seorang lelaki tua berambut warna putih.

''Witch, Din. Dah lama tak jumpa. Kenapa kau ke sini?'' soal lelaki itu.

''Kau tahukan aku merupakan witch yang terhebat. Semua ramalan aku tepat. Hormat lah sikit kat aku''

''Ya, ya. Aku tahu tu. Kenapa kau ke sini? Ada sesuatu yang hebat akan berlaku pada masa hadapan?'' soal lelaki itu.

''Satu perkara yang luar biasa akan datang berlaku pada masa depan. Pada tahun 1887, dunia akan aman. Tiada lagi peperangan. Dunia bertambah moden. Kehidupan lebih bagus berbanding sekarang''

''25 tahun akan datang lagi? Betul ke dunia akan aman tanpa peperangan?'' soal lelaki itu.

''Ya. Apa yang aku dapat lihat, lapan orang remaja berlainan elemen bersatu mengamankan dunia. Setiap dari mereka akan memiliki seekor naga. Peperangan akan berakhir tak lama lagi''

''Baiklah. Aku percayakan kau. Aku tak sabar nak lihat dunia ini tanpa pertumpahan darah''

''Aku minta diri dulu'' ujar lelaki tua itu. Dia kemudian beredar dari situ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience