Bab 9 : Tentang elemen

Fantasy Series 673

Akrz dijadikan sebagai tempat pelindung. Tempat tinggal bagi berlainan elemen. Akrz diliputi dengan pokok serta hutan bagi mengelakkan musuh tahu ada penempatan di situ.

Kelihatannya Zara, Farish, Izzati, Izzat, Eli, Dania, Eddie dan Izz berada di bilik elemen di tempat rahsia bersama dengan lapan ekor naga mereka. Mereka duduk di atas kerusi yang mengelilingi meja bulat.

''Baiklah, hari ini kita akan belajar tentang elemen yang korang miliki. Setiap naga, kamu harus beritahu elemen itu apa kegunaan serta kepentingannya. Faham?'' soal Afa iaitu naga Zara.

''Faham!'' ujar serentak si naga.

''Biar aku mulakan dulu. Zara pengguna elemen kegelapan. Seperti yang anda tahu, elemen kegelapan merupakan elemen yang paling kuat. Sekuat elemen kegelapan, elemen cahaya boleh kalahkan elemen kegelapan. Pengguna elemen kegelapan mempunyai rasa malas untuk tunjukkan kuasanya pada orang lain. Elemen ini bersimbolkan bulan sabit serta bintang lima penjuru'' jelas si Afa. Zara mengganguk kepalanya tanpa faham.

''Aku pula. Farish pengguna elemen cahaya. Elemen ini satu-satunya elemen yang boleh kalahkan elemen kegelapan. Elemen cahaya juga boleh menyinari sesuatu kawasan yang gelap. Sahabat elemen cahaya adalah api. Simbol elemen cahaya adalah bintang bercabang empat serta mempunyai cabang kecil di antara cabang'' jelas Mynns iaitu naga milik Farish.

''Seterusnya, elemen air iaitu Izzati. Elemen air satu-satunya elemen yang boleh berubah tiga keaadaan iaitu pepejal, cecair dan gas. Elemen air juga merupakan elemen yang paling penting berbanding elemen lain. Setiap pengguna elemen perlukan air untuk teruskan hidup. Tanpa air, kita boleh mati. Kelebihan elemen air boleh mengesan punca air. Simbol elemen ini terbentuk air saja'' jelas Nira iaitu naga milik Izzati.

''Elemen yang berlawanan dengan air iaitu api. Izzat, kau sebagai pengguna elemen api tidak boleh kalahkan air. Seperti yang kita tahu air akan memadamkan api. Elemen ini boleh bertukar warna jika naik tahap. Jika si pengguna ke tahap tiga apinya berwarna biru. Simbol elemen api ialah berbentuk api menyala'' jelas Niz iaitu naga milik Izzat.

''Eli si pengguna elemen tanah. Kelebihan elemen tanah boleh tahu kedudukan serta jarak seseorang selagi seseorang itu berpijak di atas tanah. Selain itu, pengguna elemen tanah boleh mengesan sesuatu tempat dengan betul jika tempat itu di atas tanah. Elemen tanah elemen yang paling besar dari semua elemen. Meliputi seluruh kawasan bumi. Simbol elemen ini adalah simbol tanah ceracak'' jelas Mimi iaitu naga milik Eli.

''Elemen angin iaitu Dania. Dengar baik-baik ya. Elemen angin merupakan elemen kebebasan. Si penggunaan perlu berasa dirinya bebas seperti angin yang suka bebas ke mana-mana saja. Kelebihan elemen angin boleh tahu kedudukan seseorang atau tempat di mana-mana saja. Bpleh tahu di mana kedudukan sumber air, sumber bumi serta sumber tanaman dengan tepat. Simbol elemen angin ialah puting beliung'' jelas Kira iaitu naga milik Dania.

''Elemen petir pula. Eddie sebagai elemen petir, kedua tangan kau mempunyai dua cas berbeza. Sebelah kanan alah cas positif manakala tangan kiri cas negatif. Ia memudahkan pengguna petir menggunakan kuasanya. Elemen petir merupakan elemen yang bahaya. Voltan yang tinggi boleh menyebabkan beberapa orang mati. Simbol elemen petir adalah halilintar'' jelas Luncas iaitu naga milik Eddie.

''Akhir sekali elemen tumbuhan iaitu Izz. Elemen yang mengekalkan flaura dan fauna. Elemen yang indah serta menjaga alam sekitar. Elemen tumbuhan mampu membuat tentera dari akar pokok. Selain itu, si pengguna elemen tumbuhan boleh mempercepatkan proses pertumbuhan pokok. Simbol elemen ini adalah daun'' jelas Kliz iaitu naga milik Izz.

''Faham tak apa yang kami cakap? Kalau tak faham boleh tanya'' ujar si Afa.

''Sangat faham. Aku suka elemen ni'' ujar Eddie.

''Baik, semua. Memandangkan kami sudah beritahu tentang kuasa kamu, kami nak kamu gunakan kuasa itu sebaiknya. Kamu berlapan adalah orang yang bakal menamatkan peperangan'' Ujar Mimi.

''Ya. Kita berkerjasama. Bersatu kita teguh...''

''Bercerai kita roboh'' ujar mereka serentak.

.............................................................................

Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri menghadap ke arah langit. Senyuman terukir di bibirnya memandang ke arah langit tersebut.

''Aku akan cari lapan pengguna elemen yang ada naga tu. Aku akan beritahu punca pergaduhan ketua lapan elemen. Menyesal rasanya bila buat mereka bergaduh'' ujar lelaki itu sendiri.

Lelaki itu mempunyai telinga yang capang. Anak mata berwarna biru. Gigi putih yang rata. Dia adalah bangsa bunian iaitu bangsa kemewahan. Dia keluar dari istana miliknya menunggang kuda mencari lapan elemen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience