Bab 11 : The truth (Part 1)

Fantasy Series 673

Vart duduk di antara lapan elemen. Dia menelan air liurnya melihat lapan elemen yang memandang dia dengan tajam kecuali Eli. Eli menepuk bahu Vart dengan perlahan.

''Cerita lah. Apa yang berlaku?'' senyum Eli.

''Baiklah''

5000 juta tahun dahulu....

Seekor serigala sedang makan daging manusia. Darah terpercik di merata tempat. Isi daging manusia tercarik. Seekor Vampire memandang ke arah serigala yang memakan mangsanya. Air liru ditegukkan.

''Tak guna punya serigala. Aku baru nak hisap darah manusia''

Vampire berubah jadi kelawar kemudian terbang ke udara pada waktu pagi.

Kelihatan peperangan di antara bangsa manusia serta bangsa bunian. Manusia membaling tombak ke arah bunian yang menggunakan kuasa. Bunian itu angkat tangannya. Tombak itu betul-betul berhenti di depan tapak tangan bunian.

''Heh, manusia lemah''

Bunian itu membaling tombak itu ke arah manusia. Tombak itu menembusi perut manusia. Darah terpercik di muka bunian. Bunian itu lap darah tersebut.

Bunian itu dapat rasakan sesuatu mengalir di tangan kanannya. Dia dapati tangannya dipotong hingga ke paras siku. Darah warna merah pekat keluar membuak-buak keluar.

''Tak guna''

Bunian itu hasilkan satu pancaran kilat ke arah semua manusia yang sedang berlawan. Kehidupan manusia sangat sengsara. Mereka hidup dalam ketakutan.

35 tahun kemudian...

Lahir lapan pengguna elemen dari bangsa manusia. Ramalan mengatakan bahawa mereka berlapan akan memberi manusia kuasa. Disebabkan itu bangsa lain cuba bunuh lapan elemen itu tapi mereka tidak berjaya kerana lapan elemen itu dilindungi oleh seekor naga yang besar, ganas, dan kuat. Naga itu diberi nama Unzer.

Naga itu sentiasa melindungi pengguna lapan elemen itu. Bangsa lain tidak dapat menyerang lapan elemen itu. Pengguna lapan elemen membesar dengan cepat. Mereka menolong manusia dari diburu. Sejak hari tu, bangsa lain hidup dalam kecelaruan.

''Pancaran solar'' pengguna kuasa cahaya menembak bangsa vampire dengan kuasanya. Vampire itu hangus dan berwarna hitam.

''Cakra api. Bertubi-tubi'' si pengguna kuasa api membaling cakra api ke arah bangsa bunian. Cakra api itu membelah perut serta bahagian anggota bunian. Darah terpercik di merata tempat.

Api pula membakar si mangsa. Si pengguna kuasa air, menembak ais ke arah bangsa serigala jadian. Serigala itu sejuk dan mati begitu saja.

''Pancaran solar!''

''Gelombang muzik!'' si fairy menghasilkan gelombang muzik.

Boom!

Pancaran solar serta gelombang muzik berlaga. Mereka terserek ke belakang. Tanah merekah serta ternaik.

Perlawanan itu membuatkan bangsa lain mengundur. Sejak hari tu mereka tidak memburu manusia. Lapan pengguna elemen bercadang untuk memberi manusia kuasa. Bangsa lain tidak setuju.

''Ini tidak adil. Manusia tidak boleh ada kuasa!'' bangkah bangsa bunian.

''Habis tu kau ada kuasa serta bangsa lain ada kuasa. Takkan manusia tiada kuasa kot'' sindir si pengguna kuasa kegelapan.

''Korang kan boleh tolong mereka'' ujar si bangsa serigala jadian.

''Nanti kami akan mati. Kalau kami mati, siapa yang akan bantu bangsa manusia?'' soal si pengguna kuasa angin.

Disebabkan tidak puas hati bangsa lain. Semua bangsa kecuali manusia memberontak serta menyerang lapan pengguna elemen.

Si pengguna kuasa tumbuhan menghasilkan tenteranya sendiri dari pokok membuat jumlah mereja ramai. Si pengguna kuasa tanah menghasilkan golem kristal agar tidak mudah pecah. Si pengguna elemen air akan menggunakan kuasa tahap dua.

Si pengguna elemen kegelapan memanggil makhluk kegelapan untuk mengalahkan bangsa tersebut. Si pengguna kuasa cahaya akan menembak si bangsa lain.

''Elemen kegelapan. Makhluk pergi ke arah dia'' arah si pengguna elemen kegelapan kepada makhluk yang mempunyai tanduk serta gigi yang tajam. Ketinggian makhluk itu kira-kira dua meter.

Makhluk itu mencakar bahagian lengan si serigala jadian. Darah terpercik di muka makhluk tersebut. Serigala jadian membalas balik dengan mengigit bahu makhluk itu. Makhluk itu tarik serigala itu dari bahunya. Darah keluar membuak-buak dari bahu makhluk tersebut.

Makhluk itu campak serigala itu di atas tanah. Serigala itu terbenam ke dalam tanah. Makhluk itu pun mengigit serigala tersebut.

Si pengguna kuasa cahaya menembak si bangsa fairy yang cuba meracun dia. Manakala si pengguna kuasa angin menghasilkan ribut taufan serta membaling bangsa ke tempat lain.

Si pengguna kuasa petir menyambar petir pada beberapa bangsa vampire serta ikan duyung. Si pengguna kuasa air membekukan tanah menjadi ais. Bangsa lain tergelincir atas ais.

''Tembakan pembeku'' si pengguna kuasa air membekukan bangsa bunian serta vampire

''Pancaran kilat'' si pengguna kuasa petir memancarkan kilat pada bangsa yabg dibekukan oleh pengguna kuasa air.

Peperangan itu dimenangi oleh lapan elemen. Bangsa lain berdendam dengan pengguna lapan elemen. Mereka berfikir bagaimana hendak membunuh mereka. Mereka serang lapan elemen itu secara mengejut tapi lapan elemen itu berjaya kalahkan mereka.

Mereka diberi amaran supaya tidak memburu bangsa manusia. Tapi mereka degil dan ego. Mereka tetap memburu manusia. Mereka terkedu apabila manusia ditempatkan tempat yang selamat serta dilindungi.

Disebabkan bangsa manusia dilindungi, bangsa serigala jadian dan vampire tidak lagi makan daging manusia dan hisap darah mereka. Si bangsa bunian memikirkan cara untuk mencetuskan pergaduhan lapan elemen tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience