''Argh!'' seorang bangsa bunian berjantina lelaki menolak buku serta barang dari atas meja.
''Macam mana nak kalahkan mereka?'' ujarnya sendiri yang berjalan secara ulang alik. Fikirannya kusut memikirkan cara untuk mengalahkan lapan elemen tersebut serta tidak membiarkan manusia mendapat kuasa.
''Hah, aku tahu. Kalau aku tak dapat kalahkan mereka apa kata aku hasut mereka''
Si bangsa bunian pun menghasut pengguna elemen kegelapan tapi tidak berjaya. Berkali-kali dia cuba menghasut tapi si pengguna elemen kegelapan menghiraukan si bunian tersebut.
''Suah lah nak hasut elemen kegelapan'' ujar anak buahnya pada ketua nya.
''Hmm...,'' si ketua memicit kepalanya memikir masalah tersebut.
''Hah, tuan. Apa kata kita hasut elemen air?'' cadang anak buahnya lagi satu.
''Kenapa pula nak hasut elemen air? Lebih baik kita hasut elemen kegelapan. Elemen kegelapan lebih kuat dari elemen air'' bangkah ketuanya.
''Memang lah elemen kegelapan lebih kuat dari elemen air. Kita hasut si pengguna elemen kegelapan memang tiada hasil. Sampai bila-bila si pengguna elemen kegelapan itu takkan serang elemen lain''
''Betul juga. Tapi kenapa elemen air?'' soal ketuanya.
''Seperti tuan tahu, air sentiasa berubah-ubah jika kita letakkan di di sesuatu tempat. Air akan mengikuti bentuk bekas jika diisi. Jika kita letak air di bekas empat segi maka air akan berbentuk empat segi. Kalau dituang ke atas tanah, air akan mengalir deras. Sifat pengguna air juga berubah-ubah saperti air. Jadi, kita perlu hasut elemen air'' jelas anak buahnya.
''Hmm, okey. Aku nak kau hasut si pengguna elemen air''
''Baik, tuan''
Si bangsa bunian pun hasut di pengguna elemen air. Si pengguna elemen air termakan kata-kata hasutan si bangsa bunian membuat si pengguna elemen air nenyerang si pengguna elemen api. Si pengguna elemen api sempat melepaskan kuasanya kepada manusia sebelum dia mati.
Si pengguna elemen lain terasa dikhianati apabila elemen api melepaskan kuasa pada manusia. Mereka menyalahkan antara satu sama lain sebab kematian elemen api. Mereka melepaskan kuasa kepada manusia serta mengambil haluan masing-masing.
Sejak hari tu, peperangan lapan elemen berlaku. Peperangan yang teruk serta memusnahkan semuanya. Si elemen air tenggelamkan kota Atlantis iaitu kota ilmu dengan air agar tiada siapa yang jumpa kota tersebut.
Kehidupan daif selepas lapan elemen bergaduh. Peperangan menjadi lumrah hidup. Pertumpahan darah di merata-rata tempat. Tiada siapa yang akan selamat. Yang lemah ditindas serta yang kuat terus hidup.
Bangsa lain mula menyesal lebih lagi bangsa bunian yang hasut elemen air. Peperangan lapan elemen membuatkan bangsa lain mengundur serta tinggal di tempat lain. Vampire dan serigala jadian tidak lagi memburu manusia kerana takut diserang.
Vart selesai bercerita. Mereka semua kecuali Eli pandang tajam ke arah Vart.
''Macam mana kau boleh tahu cerita ni?'' soal Izz.
''Moyang aku yang hasut si pengguna elemen air. Dia sangat menyesal lepas tu. Dia cerita tentang kebodohan dia pada anak cucu dia. Aku minta maaf apa yang berlaku'' pinta Vart
''Tak apa. Sekarang kita kena cari jalan macam mana nak menamatkan peperangan lapan elemen'' ujar Eli yang menepuk bahu Vart.
''Kita selamatkan manusia yang tiada kuasa dulu. Susah kita nak lawan lapan orang je. Kita kumpul tentera dari manusia serta bangsa lain. Kita ajar manusia cara gunakan kuasa'' ujar Farish
''Er, nak aku panggil bangsa aku?'' soap Vart.
''Panggil. Aku nak kau tebus kesilapan moyang kau terdahulu. Ini semua takkan berlaku jika korang tak hasut!'' marah Izzat
''Ya'' ujar Zara dengan dingin.
''Aku temankan kau ke sana'' Eli pimpin tangan Vart. Vart pandang ke arah Eli. Dia terus peluk Eli.
''Thanks''
Izz yang melihat agenda itu panas hati tapi dia tak tunjukkan ''Ehem, ini bukan masa nak berpeluk. Pergi sekarang''
''Maaf'' ujar Vart yang meleraikan pelukan.
''Mari kita pergi sekarang''
Vart dan Eli beredar dari Akrz ke tempat bangsa lain dengan menaiki Mimi iaitu naga kepunyaan Eli. Izz sedikit cemburu melihat mereka berdua.
''Hmm''
''Kau cemburu ke?'' soal Farish. Izz pandang Farish.
''Mana ada'' balas Izz dengan dingin.
''Tak payah nak tipu lah Izz. Kau suka kat Eli kan?'' usik Farish.
''Ya, aku suka dia. Bukan suka saja malah cinta. Puas hati?'' bengang Izz.
''Tenang, Izz. Kau dah luahkan perasaan kau kat dia?'' soal Farish.
''Dah masa kita tengah berlawan''
Farish menepuk dahinya ''Kenapa lah dekat tempat bising. Mesti dia dengar kau cakap lain. Lain kali kalau nak luahkan perasaan bukan kat tempat bising ya, Izz''
''Yelah. Salah aku''
Izz beredar dari situ meninggal Farish. Farish geleng kepala.
Share this novel