Bab 4

Fantasy Series 673

Kelihatan dua orang remaja lelaki dan perempuan sedang berjalan seiring di taman bunga. Perempuan itu hanya di paras bawah telinga si lelaki tersebut. Mereka berdua berbual kosong antara satu sama lain.

Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di situ. Ada sebahagian pokok bunga itu kuncup kerana bunga itu mengembang pada waktu malam serta waktu-waktu tertentu.

''Izz, kenapa kita berdua tiada kuasa?'' soal Eli iaitu si remaja perempuan.

''Mana lah aku tahu. Tapi aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku''

''Sama-sama''

Izz dan Eli berkawan sejak kecil. Mereka berdua dipinggirkan oleh orang di sekeliling mereka sebab mereka berdua tiada kuasa. Selain itu, ibu bapa mereka tidak mengaku itu adalah anak mereka. Lebih lagi Izz. Ibu bapa Izz merupakan menteri bandar. Mesti lah ibu bapa nya malu bila dapat tahu anaknya itu tiada kuasa.

''Eli, aku rasa aku nak larikan diri lah'' ujar Izz.

''Kau nak pergi mana? Kau ada duit ke untuk teruskan hidup?'' soal Eli.

''Aku ajak kau sekali. Kita lari sama-sama''

''Tapi...''

''Eli, semua orang pandang hina pada kita. Semua orang kutuk kita. Mereka pinggirkan kita. Tiada guna, Eli. Ibu bapa kau dah lama meninggal dunia. Jadi, kita kena pergi dari sini'' ujar Izz yang mengerat kata-kata Eli.

''Baiklah. Esok kita lari''

Keesokkan harinya, Izz dan Eli lari dari rumah. Mereka berdua bertemu di bawah jambatan lama. Mereka berdua membawa beg sandang belakang bersama. Mereka berdua berjalan mengikuti aliran air sungai.

''Tenangnya kat sini'' ujar Eli.

''Ya. Memang tenang'' Izz pandang ke arah Eli. Eli tersenyum manis membuat wajah Izz berona merah. Dia sudah lama menendam perasaan terhadap Eli. Cuma tiada keberanian untuk meluahkan perasaannya itu.

Krak

Bunyi ranting patah jelas di kedengaran di corong telinga mereka berdua. Izz dan Eli pandang belakang. Mereka dapati ada dua ekor naga berlainan warna serta saiz. Seekor naga berwarna hijau cair. Saiznya sebesar rumah banglo. Seekor naga berwarna coklat cair. Saiznya tiga kali besar dari manusia biasa.

''Naga?'' soal Izz.

''Mesti lah naga. Habis tu korang ingat aku ni harimau?'' loyar buruk si naga berwarna hijau.

''Eh, kau boleh cakap?'' soal Eli.

''Dah ada mulut, mestilah boleh bercakap'' ujar naga si warna hijau. Naga si warna coklat libas badan naga hijau dengan ekornya.

''Auch!''

''Maaf fasal si bebal ni. Apa kata si kamu wahai si gadis menamakan aku'' pinta naga si coklat

''Nama kan kau?'' soal Eli untuk kepastian.

Si naga berwarna coklat angguk kepala ''Si lelaki pula, kamu perlu menamakan si naga warna hijau''

''Hmm.Apa kata Mimi?'' cadang Eli.

''Nama yang bagus'' puji Mimi

''Woi, lelaki. Namakan aku lah'' ujar naga si warna hijau.

''Er, ha!. Aku namakan kau Kliz''

''Baiklah. Kami dah namakan korang berdua. Jadi, kami kena beredar dari sini'' ujar Eli.

''Eli, aku adalah naga mu dan kamu adalah tuan. Kliz pula naga milik Izz''

Izz dan Eli terkejut. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain ''Kenapa korang jadi naga milik kami?'' soal Izz.

''Kalau kau nak tahu, sila ikut kami ke suatu tempat'' ujar Kliz.

Kliz dan Mimi merendahkan tubuhnya. Izz naik atas badan Kliz manakala Eli naik atas badan Mimi. Dua ekor naga itu membuka kepak lalu terbang ke udara menuju ke sebuah tempat yang jauh dari bandar.

30 minit kemudian, dua ekor naga itu mendarat di atas tanah. Izz dan Eli turun dari naga tersebut. Mereka dapati terdapat lagi dua ekor naga berlainan warna serta dua remaja lelaki serta perempuan.

''Selamat datang ke bulatan elemental'' ujar Eddie dan Dania.

''Siapa korang berdua ni? Boleh terangkan tak apa yang sedang berlaku?'' soal Eli.

''Aku Eddie. Pengguna kuasa elemen petir. Ini pula Dania pengguna kuasa elemen angin. Kami ialah orang yang bakal menamatkan peperangan antara lapan elemen sama seperti korang berdua''

''Tapi kami tiada kuasa'' ujar Eli.

''Aku pun tiada kuasa pada mulanya. Tapi apabila naga aku cuba serang aku, aku terkeluarkan angin'' ujar Dania.

''Aku cuba dulu'' Eli menapak ke sebelah kanan. Kaki kanannya dihentak pada atas tanah. Keluar ceracak tanah menjunam ke atas. Eli terkejut.

''Aku pengguna kuasa elemen tanah''

''Apa kata kau cuba pula'' suruh Dania.

Izz mengerakkan tangannya ke arah Dania. Akar berwarna coklat membelit kaki Dania ''Hei!'

''Opps, maaf. Aku pengguna kuasa elemen tumbuhan. Oh, nama aku Izz dan dia adalah Eli''

''Hai'' sapa Eli.

''Kalau nak tahu kenapa kita ada naga sebab kita bakal menamatkan peperangan antara lapan elemen. Kami berdua sudah cari apa punca pergaduhan lapan elemen itu. Kami cuma dapat tahu jawapan sikit''

Izz dan Eli menuju ke arah Eddie serta Dania. Dania beri mereka bingkai gambar yang menunjukkan lapan remaja berlainan kuasa. Empat lelaki serta empat perempuan. Mereka berdua terkejut melihat gambar itu.

''Mereka berlapan merupakan ketua pengguna elemen. Mereka yang melepaskan kuasa mereka kepada kita. Jadi, mereka berlapan bersahabat baik. Apa sebabnya mereka bergaduh?'' soal Eli.

''Kami dapat klu sikit. Apa yang kami dapat, salah seorang pengguna kuasa elemen telah dirasuah dengan sesuatu. Dia ditipu oleh sesuatu yang penting bukan dari sahabat mereka sendiri. Mereka berlapan adalah adik-beradik kembar tak seiras'' biacara Eddie.

''What?''

''Sekejap'' Dania ambil sebuah album serta dairu. Mereka berempat duduk di atas tanah.

Dania buka helaian pertama. Mereka dapati seorang lelaki dan seorang wanita sedang berpelukkan. Wanita itu mengandung. Perutnya besar. Gambar di bawah itu menunjuk lapan bayi yang nyenyak tidur. Helaian seterusnya dibuka. Helaian itu mempamerkan lapan kanak-kanak sedang bermain.

Gambar di bawah pula mereka berlapan memakai topi hari jadi menyambut hari jadi bersama. Helaian seterusnya pula, mereka berlapan berusia 10 tahun. Di bawah gambar itu juga mereka berlapan ketika remaja. Dania buka dairi milik si pengguna elemen api.

Kami berlapan adalah adik beradik. Aku amat sayang pada adik, abang serta kakakku. Kami berlapan merupakan ketua pengguna elemen setelah kami dibawa ke ketua ramalan. Kami sudah diberitahu si ketua itu bahawa kami perlu berhati-hati sebab ada puak yang cemburu dengan kami berlapan.

Kami membesar serta menolong manusia. Kesian pada manusia. Mereka tiada kuasa membuat kami berlapan melindungi merek. Kami telah membuat keputusan untuk memberi kuasa kepada manusia. Kami bermesyuaratdengan manusia serta puak lain. Sebahagian puak tidak setuju dengan keputusan kami.

Kami berlapan membina bulatan elemen. Selain itu, kami berlapan mengumpul kristal berwarna biru sebanyak lima serta kristal palsu. Kami tanam dekat suatu tempat rahsia. Kami akan membentuk bulatan elemen dua minggu akan datang.

Puak lain serang kami. Kami balas serangan mereka. Mereka cuba musnahkan bulatan tersebut tapi tak berjaya kerana dilindungi oleh pelindung halimunan. Kuasa kuat sekalipun takkan mampu untuk memusnahkan pelindung element tersebut. Si ketua ramalan mengatakan ada sesuatu yang boleh menipiskan pelindung itu serta memusnahkannya.

Dia membuat buku tentang rahsia pelindung halimunan dan letak di kota Atlantis. Puak lain tidak lagi serang. Kami pula sibuk dengan hal masing-masing. Tiba-tiba...

''Apa yang tiba-tiba?'' soal Izz. Diana buka helaian sebelah dairi itu. Dairi itu tidak disambung.

''Ala'' rungut Eli.

''Jadi, kena ada lapan pengguna elemen lah untuk hentikan peperangan ni?'' soal Izz.

''Ya. Baru ada empat orang. Lagi empat lagi pastu kita hentikan peperangan. Aku nak dunia ni aman'' ujar Eddie.

''Aku pun. Setiap hari pasti ada berlaku serangan antara lapan elemen. Jadi tinggal pengguna elemen apa?'' soal Eli.

''Kau tanah, aku angin. Eddie petir, Izz tumbuhan. Tinggal penjual elemen kegelapan, cahaya, air dan api je''

''Empat elemen berlawanan. Wow, ini memang hebat''

''Ya. Aku harap mereka ke sini dengan cepat''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience