Bab 2

Fantasy Series 673

Kelihatan sebuah istana yang tersergam indah. Istana itu mempunyai tiga tingkat. Pintu pagar terletak lima meter dari istana. Pagar yang diperbuat dari batu ketinggian dua meter mengelilingi istana. Pengawal istana berkawal di sekitar istana untuk memastikan keselamatan pemimpin. Para pekerja istana melakukan tugas masing-masing.

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 10 tahun bersama dengan adik lelakinya yang berumur lapan tahun. Mereka berdua berada di belakang istana ditemani beberapa pengawal istana. Si kakak dan si adik sedang bekerjaran.

''Adik, tangkap lah kakak'' ujar si kakak.

''Adik akan tangkap kakak''

Si adik peluk kakaknya. Ketinggian si adik hanya di paras bahu kakaknya. Kakaknya usap kepala adik ''Manja betul adik ni''

Si adik melepaskan pelukan tersebut. Wajah yang tadi ceria bertukar masam. Si kakak mengerut keningnya ''Adik, kenapa muka masam ni? Tak handsome adik kakak nanti''

''Kak, kenapa adik tiada kuasa?'' soal adiknya.

''Adik, sudah berapa kali kakak cakap. Adik ada kuasa atau tidak, kakak sayangkan adik. Jangan sedih'' si kakak memujuk adik lelakinya.

''Adik tahu. Semua orang hina adik. Semua orang ejek adik tiada kuasa. Kakak, ibu dan ayah ada kuasa. Kenapa adik tiada kuasa?''

''Hiraukan saja apa orang cakap, adik. Kakak tetap bersama dengan adik walau adik ada kuasa atau tidak. I love you, brother'' si kakak peluk adiknya.

''I love you, sister''

Eddie terbangun dari tidur. Dia mimpi lagi tentang kakaknya itu. Dia kini berumur 16 tahun. Sejak serangan yang berlaku di istana 10 tahun dahulu, dia hidup sebatang kara. Ibu bapanya meninggal dunia akibat serangan dari pengguna kuasa elemen tanah. Kakaknya hilang selepas menyelamat dia.

Eddie bangun dari katil. Dia ambil tuala yang disangkut pada paku. Dia menuju ke arah sungai. Dia buka bajunya kemudian rendam diri pada air sungai. Dia hidup berdikari sejak kehilangan ibu bapanya. Dia membina sebuah rumah usang daripada kayu di hutan untuk mengelakkan dirinya ditangkap.

''Mana lah aku nak cari kakak aku. Aku rindu kat dia'' ujar Eddie sendiri.

Eddie mengangkat tangan kanannya ke paras mukanya. Arus petir terbentuk di tapak tangan Eddie. Dia mempunyai kuasa bila dia berumur 10 tahun ''Kenapa lah baru sekarang aku ada kuasa? Kalau dulu aku dah ada kuasa, mungkin aku dapat selamatkan keluarga aku''

Setelah selesai mandi, Eddie menukar pakaian. Dia mengambil bakul rotan menuju ke hutan untuk mengambil buah-buahan. Dia berjalan seorang diri di hutan. Dia sudah biasa selok belok hutan tersebut memandangkan dia sudah lama tinggal dekat hutan.

Eddie memetik buah kemudian letak di dalam bakul. Dia dapat banyak buah hari ni. Setelah selesai mengutip buah, dia balik ke rumah. Semasa dia sampai di rumah, dia perasaan seekor naga berwarna hitam campur unggu sedang tidur di belakang rumahnya. Saiz naga itu dua kali besar dari seekor gajah. Eddie menelan air liurnya.

''Sejak bila ada naga kat sini?'' ujar Eddie secara perlahan.

Eddie melangkah kaki ke belakang dengan perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan naga yang sedang nyenyak tidur. Dia pula tidak sangka kewujudan naga. Setahu dia naga sudah pupus beribu tahun dahulu.

Krakk

Bunyi ranting kayu patah saat Eddie terpijak ranting kayu itu. Eddie menepuk dahinya dengan perlahan ''Banyak-banyak masa. Masa ni lah aku terpijak ranting''

Naga itu membuka matanya. Dia berdiri di hadapan Eddie. Eddie membuat posisi menyerang naga itu. Naga itu mengerut keningnya ''Kau ni dah kenapa?'' soal naga itu.

Eddie tercengang. Naga tu boleh bercakap. Rasa nak pengsan pun ada ''Jan... jangan makan aku''

Naga itu duduk semula. Dia silang kedua kakinya di bahagian hadapan ''Siapa je nak makan kau? Kau bukannya sedap. Lagi satu kau tu tuan aku''

Eddie mengerut keningnya ''Aku tuan kau? Kau ni biar betul?''

''Betul lah manusia. Aku adalah naga dan kau tuan aku. Aku ditugaskan untuk melindungi kau dari bahaya. Aku juga akan melatih kau menggunakan kuasa. Bukan kau sorang je yang ada naga, ada lagi tujuh orang pengguna elemen yang akan ada naga''

''Apa maksud kau, naga? Kenapa aku boleh ada naga, naga? Siapa lagi tujuh orang pengguna elemen yang ada naga?'' soal Eddie.

''Ish kau ni. Bukan nak namakan aku. Tak nak lah terangkan pada kau'' merajuk si naga. Kepalanya diletak pada kakinya. Anak matanya merudum.

''Eh, eh. Okey, sebelum aku namakan kau. Kau tu jantan atau betina?'' soal Eddie. Dia menuju ke arah naga itu. Dia sentuh kulit naga yang keras serta kasar.

''Aku jantan. Cepat namakan aku''

''Apa kata Kyle?'' cadang Eddie.

''Tak sedap. Bagi nama lain''

''Ryan?'' soal Eddie.

''Tak nak''

''Haa! Apa kata Dino?'' soal Eddie.

''What? Hell no''

''Bingo?'' cadang Eddie lagi.

''Aku bukan kucing. Bagi lah nama sedap sikit'' rungut si naga itu.

''Eh, kau ni. Kau yang suruh aku bagi nama. Banyak songeh betul kau ni''

''Suka hati lah'' naga itu jelir lidah pada Eddie.

''Apa kata Lucans?'' soal Eddie.

''Okey itu menarik. Baiklah aku akan ceritakan kau satu sejarah''

Lucans iaitu naga kepunyaan Eddie merendahkan dirinya. Eddie mengerut keningnya ''Apa?''

''Naik atas badan aku bebal. Aku nak tunjukkan kau sesuatu''

''Eh, kau'' Eddie naik atas badan Lucans tersebut.

''Pegang kuat-kuat. Aku akan terbang laju''

Lucans membuka kepaknya. Pokok-pokok dekat hutan terserong ke bawah. Lucans terbang dari situ. Eddie peluk erat naga itu. Lucans membawa Eddie ke sebuah tempat yang telah lama ditinggalkan. 12 minit kemudian, mereka telah sampai di tempat tersebut. Eddie turun dari atas naga.

Dia dapati sebuah bulatan berwarna hitam. Lumut serta akar tumbuhan melilit bulatan yang berdiri megah. Dia juga perasaan tempat rehat lapan elemental. Eddie perasaan sebuah bingkai gambar. Dia ambil gambar tersebut. Gambar itu mempamerkan lapan orang pengguna elemental berpelukan. Empat lelaki empat perempuan. Perempuan di barisan atas secara mendatar manakala lelaki di bahagian bawah.

''Jadi, sebelum ni elemen masih bersama? Kenapa mereka berpecah?'' soal Eddie pad Lucans setelah meneliti gambar tersebut.

''Aku tak tahu kenapa mereka berpecah. Mereka adalah ketua pengguna kuasa elemental. Mereka yang melepaskan kuasa pada orang. Sepatutnya mereka meletakkan simbol kuasa mereka pada bulatan elemental ni tapi mereka tak lakukan''

''Jadi, apa yang aku perlu lakukan?'' soal Eddie.

''Aku akan melatih kau. Pengguna elemen lain akan datang ke sini dibawa naga mereka. Percaya pada aku bahawa peperangan akan tamat tak lama lagi''

Eddie mengangguk kepala. Dia tak sabar melihat dunia ini aman tanpa pertumpahan darah. Dia harap sangat dia dapat jumpa kakaknya nanti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience