Bab 8

Fantasy Series 673

Mereka berlapan menunggang naga masing-masing menuju ke suatu tempat. Mereka mendapati naga milik mereka membawa mereka ke kawasan pengguna elemen berperang. Elemen yang berperang di situ ialah elemen tanah, petir dan tumbuhan. Beberapa pengguna elemen terpandang lapan elemen itu bersama naga.

''Wah, naga''

''Mereka akan tolong kita ke?'' soal mereka.

Izz turun dari naganya. Dia mendapati akar melilit seorang pengguna elemen tanah. Izz tarik lilitan akar itu dari pengguna kuasa itu. Si pengguna kuasa elemen tanah dan tumbuhan pelik dengan kelakuan Izz.

''Oi, kenapa kau tolong dia?''

''Pengkhianat''

Panahan petir menuju ke arah Izz. Eddie mengalihkan panahan petir menuju arah langit. Mereka terkejut melihat kejadian itu. Eli membuat dua tembok tanah memisahkan tiga pengguna elemen.

''What?''

''Berhenti. Kenapa korang bergaduh?'' soal Izzati yang menuju ke arah Eli bersama dengan Izzat serta pengguna elemen yang lain.

''Elemen petir yang tak layak untuk meluaskan kawasan. Dia punca elemen tumbuhan mati'' jawab salah seorang pengguna elemen tumbuhan.

''Mana ada. Kau yang mulakan dulu'' bangkah elemen tumbuhan.

''Dah lah menipu'' tambah elemen tanah

''Kalau tak disebabkan elemen tanah yang sombong, dah lama kami tak serang mereka''

''Hanya satu elemen saja yang layak di Digra ini''

Mereka mula bising serta mempersoalkan antara satu sama lain. Mereka berlapan berpandang antara satu sama lain. Mereka menunjukkan kuasa mereka masing-masing membuat tiga pengguna elemen di situ terkejut.

''Apakah?''

''Macam mana korang berlapan boleh bersama?''

''Kalau korang nak tahu, ketua pengguna elemen adalah adik-beradik serta mereka tidak bergaduh macam ni'' ujar Zara.

''Ya. Disebabkan satu fitnah dan iri hati mereka bergaduh'' sambung Eli.

''Tipu'' bangkah elemen tumbuhan

''Ya. Mustahil ketua lapan elemen adik-beradik''

''Betul tu''

''Mari kita serang mereka berlapan''

Panahan petir menuju ke arah Zara. Jejari hitam melindungi Zara dari terkena panahan tersebut. Eli membuat pelindung tanah. Izz melilit badan pengguna elemen lain. Lapan ekor menuju ke arah mereka. Mereka dengan segera naik ke atas badan naga kemudian beredar dari situ.

''Haish, susahnya nak tamatkan peperangan'' ujar Izzat.

''Ya. Diorang tak nak dengar''

''Aku ada cadangan'' ujar Afa.

''Apa dia Afa?'' soal Kiz.

''Apa kata korang berlapan selamatkan orang yang tiada kuasa di penjara Mol?''

''Bagus juga. Jom kita ke sana'' ujar Dania dengan teruja.

....................................................................

Penjara Mol ditempatkan untuk orang tiada kuasa. Mereka yang tiada kuasa dijadikan hamba serta kuli. Kaki dan leher mereka diikat dengan besi. Si lelaki mencangkul tanah manakala si perempuan menanam. Mereka diperhatikan oleh pengguna kuasa api.

''Hish, bosannya'' ujar salah seorang pengawal yang melihat mereka.

''Pergi lah main sana. Ramai perempuan cantik kot'' ujar rakannya.

''Tak nak aku. Kau ingat aku ni lelaki jenis apa?''

Tiba-tiba tembok penjara itu pecah. Pengawal terkejut dengan tembakan yang dihasilakn. Warden yang sedang 'bermain' dengan seorang perempuan di atas katil tergendala tugasnya. Dia menetap bibirnya.

''Hiash, siapa pula yang datang ni? Sibuk je? Sayang sekejap lagi abang datang''

Perempuan itu baring di atas katil hanya berdiam diri. Warden penjara itu memakai baju. Dia keluar dari biliknya. Dia dapati pengawal berpusu-pusu ke arah belakang. Dia pun ke sana untuk melihat apa yang berlaku. Apabila dia ke sana dia dapati lapan pengguna elemen bersama dengan lapan naga mereka.

''Tak mungkin'' ujar warden yang terkejut.

''Serangan bebola api'' Izzat membaling bebola api ke arah pemgawal. Para pengawal balas balik dengan serangan.

''Tembakan solar'' Farish menembak beberapa pengawal.

''Bilah angin'' Danian membaling bilah angin ke arah pengawal. Bilah itu terkena tepat pada dada pengawal.

''Golem tanah'' Eli menghasilkan golem tanah setinggi dua meter. Golem itu membelasah para pengawal.

''Askar ku. Serang mereka'' Izz menghasilkan tentera dari pokok. Tentera itu membaling tombak ke arah pengawal. Percikan darah tersembur di merata-rata tempat.

Izzati membekukan rantai kaki serta leher. Zara memberi laluan kepada si tiada pengguna. Zara membuka kunci di leher seorang gadis dengan jari kegelapan ''Beritahu aku. Mana yang lain?''

''Mereka di dalam penjara. Sebahagian wanita di dalam bilik tidur dijadikan sebagai hamba seks''

Zara menetap bibirnya. Aura hitam meliputi kawasan penjara itu. Mereka pandang ke arah Zara. Warden serta pengawal menelan air liur melihat pengguna elemen kegelapan di situ.

''Berani korang jadikan wanita sebagai pemuas nafsu? Ambil ni''

Jejari melilit pengawal serta warden. Jejari itu mencekik merek sehingga mereka sukar bernafas lalu mati. Zara hilangkan aura hitam di sekelilingnya. Mereka pun membebaskan mereka di situ yang tiada kuasa.

Eli merobohkan penjara itu membawa mereka yang tiada kuasa ke tempat mereka. Apabila mereka sampai di sana, mereka yang tiada kuasa mengucapkan terima kasih.

''Terima kasih kerana selamatkan kami'' ujar mereka.

''Ya. Kami sangat hargai''

''Korang semua tiada kuasa. Aku akan neri sebahagian dari korang kuasa aku'' ujar Zara.

Zara memberi kuasanya kepada mereka. Farish terkejut dengan kebolehan Zara ''Eh, kita boleh beri kuasa pada orang lain ke?''

''Sudah tentu'' jawab Myanns.

''Kita beri mereka kuasa'' ujar Eli.

Mereka berlapan memberi mereka kuasa. Akhirnya mereka mempunyai kuasa masing-masing ''Terima kasih. Apa yang kami lakukan untuk membalas jasa kamu berlapan?''

''Jangan bergaduh antara satu sama lain. Korang berlapan boleh tinggal di sini'' ujar Dania.

Mereka setuju. Akhirnya mereka membentuk kawasan itu sebagai Akrz iaitu lapan elemen. Di situ permulaan untuk menamatkan peperangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience