Bab 15

Fanfiction - KPOP Completed 11422

BAB 15

"Aku tanya siapa yang rakam aku dekat katin tadi dan sebarkan dekat youtube?!" Jerkah wendy sekali lagi bila melihat mereka semua senyap.

"Wendy sabar dulu." Ujar kevin tiba-tiba yang baru sahaja sampai setelah ditelefon oleh yeri.

"No kevin. Dorang dah melampau! Diorang tak tahu siapa saya!" Ujar wendy.

"Baik korang mengaku sekarang sebelum aku buat sesuatu!" Jerkah wendy. Terhenjut-henjut bahu mereka semua bila dijerkah oleh wendy.

"Wendy.. fikirkan kesihatan awak please." Bisik kevin.

"Err.. wendy unnie.. a..aku ya..yang rakam vi..video tu. Aku mi..minta ma..maaf." ujar taeyoung tiba-tiba.

Mendengarkan itu Wendy terus meluru ke arah taeyong dan mencekak baju taeyoung lalu menolak taeyoung ke dinding. Terjerit semua yang berada disitu apabila melihat aksi ganas dari wendy tersebut,mereka semua bangun.

"Kau memang nak mati kan?" Ujar wendy lalu melayangkan penumbuk ke wajah taeyoung.dia memandang tepat ke arah mata taeyong.

"A.. aku minta ma..maaf wendy unnie." Balas taeyoung terketar-ketar, dengan bibirnya yang pecah ditumbuk wendy.

"Kenapa kau sebarkan video tu?" Tanya wendy geram. Kevin masih memegang bahunya.

"A...a..aku cu..cuma main-main je.. aku ingat mereka tak tahu yang... yang..."

"Uhuk! Uhuk!" Tiba-tiba wendy terbatuk. Wendy menekup mulutnya.

"Wendy.. awak okay tak ni? Saya dah cakap,fikirkan kesihatan awak." Tanya kevin risau.

Wendy melepaskan baju Taeyoung. Wendy menoleh ke arah kevin, pandangan matanya kabur.

"Uhuk! Uhuk!" Wendy batuk tak berhenti, kepalanya sakit,pandangan matanya kabur wendy melihat tangan yang digunakan untuk menekup mulutnya tadi.

"Wendy!" Jerit Irene yang berada di sebelah kevin. Seulgi,joy dan yeri masih berada di depan pintu bilik training mereka itu terpinga-pinga melihat Irene menjerit memanggil nama wendy.

"Wendy.. darah!" Ujar kevin lalu terus mendukung wendy yang sudah terduduk di lantai sambil memegang kepalanya itu.

Mereka yang berada disitu masih terpinga-pinga melihat keadaan wendy tersebut.

"Kenapa dengan wendy kevin!" Tanya Amber.

"Aku nak korang semua diamkan apa yang jadi sekarang. Jangan bagitahu siapa-siapa! Aku taknak gosip pasal wendy tersebar. Aku nak korang semua tahu yang wendy sekarang ni tengah sakit teruk. Aku tak boleh bagitahu wendy sakit apa tapi aku minta tolong sangat rahsiakan perkara ni.aku pergi dulu." Ujar kevin wajahnya penuh dengan kerisauan. Dia terus berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience