BAB 10
Yeri,joy dan Irene terkejut melihat kevin berada didalam rumah mereka.
"Ahh, kevin oppa buat apa dekat sini?" Tanya Joy teruja melihat anggota kumpulan U-kiss itu berada didalam rumah mereka, sememangnya joy dan seulgi sangat meminati kumpulan U-kiss lagi-lagi kevin.
"Hai..Maaf menganggu kalian semua, aku datang sini sebab nak jumpa wendy..di mana dia sekarang?" Tanya kevin sopan.
"Ouh, wendy unnie umm.. dia ada di bilik gym sekarang tapi..." jawapan yeri hanya tergantung saja.
"Okay.. tak apa aku faham. Dia tengah stress sekarang, aku pergi jumpa dia dulu ye.." ujar kevin terus menuju ke bilik gym.
Dia membuka pintu bilik gym dengan perlahan-lahan, kelihatan wendy sedang mengurut kepalanya. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit.
"Wendy... kenapa ni?" Tanya Kevin sambil mengurutkan kepala wendy. Terkejut wendy apabila terasa seseorang sedang memegang kepalanya.
"Kevin.." ujar wendy,terus dia memeluk lelaki tersebut. Air matanya kembali menitis, dihamburkan air matanya di dada bidang kevin.
Kevin pula membalas pelukan wendy sambil menggosok kepala wendy sesekali dicium kepala wendy.
"Syhh... saya ada dengan awak sayang. Jangan nangis." Pujuk Kevin sayu. Sakit jiwanya melihat keadaan wendy tersebut. Wendy kelihatan semakin kurus dan pucat.
"Kevin... saya... saya dah berhenti dari sm company." Ujar wendy tersedu-sedu.
"Syhh.. tak apa, nanti kita fikirkan macam mana nak buat. Sekarang ni wendy kena jaga kesihatan wendy, kita balik kanada bulan depan saya dah tempah tiket. Wendy dah semakin kurus saya risau." Jawab kevin sambil memandang tepat ke mata wendy yang sembap itu. Diusap lembut wajah wendy yang di rindu selama dia berada di jepun itu.
Wendy cuma mengangguk.
"Dah.. pergi mandi bersihkan badan biar lebih segar. Saya tunggu dekat luar." Ujar Kevin sambil tersenyum.
"Umm yelah... bila awak sampai sini?" Tanya wendy, dia terus berdiri bersama kevin.
"Baru je sampai tadi terus datang sini, saya risaukan awak." Ujar kevin sambil memeluk pinggang wendy.
"Kesian awak.. mesti penat. Awak balik lah dulu, saya dah okay." Balas wendy sambil mengusap pipi Kevin.
"Saya taknak balik selagi awak tak mandi dan tak makan. Dah pergi mandi." Arah Kevin.
"Yelah-yelah.. saya nak mandi ni.. jadi lepaskan lah saya." Ujar wendy.
Kevin terus melepaskan pelukannya sambil tersengih.
Wendy terus menuju ke bilik air, tiba-tiba tangannya di tarik oleh kevin.
'Cupp!'
Bibirnya dikucup oleh Kevin,lama.
"Hehe, sorry saya rindu sangat dekat awak sayang." Ujar Kevin selepas melepaskan ciuman mereka.
"Gatal." Jawab wendy terus berlalu ke bilik air.
Share this novel