Bab 9

Fanfiction - KPOP Completed 11422

BAB 9

Mereka semua menelan air liur melihat wendy. Irene memberanikan diri menegur wendy yang masih lagi tak perasan akan kehadiran mereka di dalam bilik gym itu kerana sedang melepaskan amarahnya pada punching bag.

"Wendy... kau kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Irene teragak-agak. Wendy memberhentikan tumbukannya, kelihatan dia sedikit terkejut melihat seulgi,joy,irene dan yeri sedang memandang ke arahnya.

"Irene unnie, aku tak apa-apa aku cuma perlu bersendirian.." ujar wendy serious.

"Kami nampak kau macam ada masalah kenapa? Ceritalah pada kami." Ujar seulgi.tidak pernah dia lihat wendy serious begini.

"Aku tak apa-apa... aku cuma perlu bersendirian sekarang." Ulang wendy sambil menyambung menumbuk punching bag.

"Tapi..."

"I said im fine! Just leave me alone. I need to be alone right now please!" Ujar wendy, suaranya ditinggikan sedikit.

Terkejut mereka semua mendengar suara wendy itu. Walaupun mereka tak faham apa yang wendy katakan itu, mereka boleh agak yang wendy tak mahu diganggu sekarang.

"Umm.. maaflah menganggu kau." Ujar seulgi dan irene. Lalu mereka berempat terus keluar dari bilik gym tersebut.

Sebaik saja pintu gym tertutup, wendy terduduk di atas lantai sambil menekup mukanya dengan tangan.

"Im sorry..." ujarnya perlahan.

Tiba-tiba sakit kepalanya menyerang. Wendy memecit kepalanya, lalu dia mengesot ke tepi dinding sambil mengambil handbagnya, dibawa keluar ubat tahan sakit dan sebotol air mineral yang sudah disediakan dalam handbagnya itu.

Selesai memakan ubatnya wendy memejamkan matanya, air mata mengalir perlahan di pipinya.

'Kenapa semua ini terjadi pada aku?' Tanya wendy dalam hati.

_________________

'Tok! Tok! Tok!'

Kedengaran ketukan dipintu rumah mereka.

Seulgi,irene,joy dan yeri yang sedang melepak di ruang tamu sambil memikirkan hal wendy itu terkejut.

"Siapa yang datang tu?" Tanya irene.

"Entahla, sekejap aku buka pintu." Ujar seulgi. Dia terus bangun menuju ke pintu rumah lalu dibukanya.

"Hai seulgi.. boleh aku jumpa wendy sekejap?" Ujar lelaki tersebut.

Seulgi sedikit terkejut melihat orang yang dia minati itu ada dihadapan rumah mereka.

"Kevin woo oppa.. buat apa dekat sini?" Tanya seulgi nervous.

"Umm. Aku nak jumpa Wendy.. dia ada kan?" Tanya kevin.

"Ahh, wendy. Dia ada tapi..." teragak-agak seulgi hendak menjawab.

"Tak apa, aku faham. Aku jumpa dia sekejap ye.." ujar kevin lalu masuk ke dalam rumah mereka. Dia sudah tidak sabar ingin berjumpa dengan wendy, balik saja dari jepun dia terus kesini untuk berjumpa dengan wendy. Dia tahu wendy sedang berada dalam masalah sekarang.

"Okay.." jawab seulgi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience