BAB 16
Kevin terus meletakkan wendy di tempat duduk hadapan dalam keretanya setelah menurunkan sedikit sit tersebut.
"Kevin oppa! Kenapa dengan wendy unnie?" Tanya joy risau melihat wendy yang sedang pengsan itu.
"Aku tak ada masa nak explain sekarang. Kalau korang nak ikut naik sekarang, kita dah tak ada masa.." ujar kevin serious.
"Tapi.. kereta wendy?" Tanya seulgi.
"Kereta wendy biarkan dekat situ,esok aku akan ambil. Dah jom kita gerak sekarang." Arah Kevin lalu masuk ke tempat pemandu manakala joy,irene,seulgi dan yeri di tempat duduk penumpang dibelakang.
Tiba-tiba telefon wendy yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi. Tanpa membuang masa kevin terus mengambil telefon wendy tersebut, tertera nama seung hee unnie di skrin tersebut,kevin terus menjawab.
"Hello.. wendy pengsan noona, ye kevin ni. Okay kevin kesana sekarang. Okay bye." Jawab kevin lalu mematikan telefon.
Kevin terus memandu dengan berhati-hati walaupun didalam hatinya mahu saja dia memecut laju ke rumah keluarga wendy di seungbok dong itu.
Sampai saja di area seongbok dong seulgi,irene,joy dan yeri tertanya-tanya. Buat apa kevin bawa wendy di kawasan perumahan yang mewah ini? Bukan sepatutnya bawa wendy ke hospital?
"Kevin oppa.. kita nak kemana? Bukan kita nak bawa wendy ke hospital ke?" Tanya Joy.
"Kita ke rumah wendy.." jawab kevin ringkas.
"Rumah wendy? Irene unnie aku tak tahu pula wendy ada rumah di korea.. kawasan elit pula tu." Ujar joy yang keliru.
"Aku pun tak tahu..." jawab irene. 'Aku tak tahu wendy anak orang kaya..' ujar irene dalam hati.
Kevin memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah agam besar, kelihatan seorang perempuan sedang berdiri di hadapan pintu rumah besar tersebut dengan wajah yang risau.
Kevin segera keluar dari keretanya dan membuka pintu kereta disebelah wendy untuk membawa wendy keluar dari kereta.
Mereka berempat terlopong melihat rumah wendy yang begitu besar itu. Wendy tidak pernah menceritakan tentang rumahnya ini.
Dua orang lelaki yang berpakaian warna putih menolong kevin mengangkat wendy masuk kedalan rumah.
"Kamu berempat mesti kawan wendy kan?" Sapa seseorang dengan pelat inggeris.
Mereka berempat terus memandang ke arah suara tersebut.
"Ye, kami kawan wendy." Jawab irene. Mereka berempat bersalaman dengan perempuan berkaca mata tersebut.
"Saya son seung hee, unnie wendy, you can call me seung hee unnie." Seung hee memperkenalkan dirinya.
"Mari masuk kedalam rumah, diluar sejuk." Ujar seung hee dengan bahasa korea yang tidak berapa lancar dan sedikit pelat.
"Ahh.ye.. mari masuk." Ujar mereka berempat yang masig terpinga-pinga.
Share this novel