BAB 6
Wendy terus berjalan ke arah kantin, sampai sahaja di kantin wendy lihat ramai orang di situ,girl generation sunbaenim dan maknae Nct-u juga berada di situ.
"Wendy unnie, where are you going?" Tegur Mark lee.
"Ahh. Mark, im going to meet Mr Lee soman." Balas wendy dalam bahasa inggeris kerana mereka berdua berasal dari kanada.
Wendy masih tercari-cari keberadaan lee soman, sedang dia mencari dia disapa oleh taeyon.
"Wendy ah... kau buat apa disini? Mari makan dengan kami." Pelawa Taeyon.
"Tak apalah Taeyon unnie, aku nak jumpa dengan Mr lee soman. Ada hal aku nak bagitahu. Lain kali sajalah." Balas wendy dengan sopan santun.
"Okay, jaga diri wendy kau nampak pucat." Ujar Taeyon.
"Ahh... aku tak apa-apa, terima kasih Taeyon unnie, aku pergi dulu ye." Balas wendy apabila sudah dapat mengesan lee soman punya tempat duduk.
"Okay wendy." Balas Taeyon.
Wendy terus menuju ke arah tempat lee soman yang agak tersorok itu.
"Hai Mr lee soman, maaf menganggu kau makan, aku ada hal sikit nak bagitahu." Tegur wendy lalu duduk di hadapan Mr lee soman.
"Ahh wendy shi.. apa benda yang kau nak bincangkan tu? Nampak serious saja." Ujar lee soman sambil memandang ke arah wendy.
"Umm... aku nak minta cuti 2 bulan boleh tak?" Tanya wendy.
"2 bulan? Kau nak pergi mana lama macam tu cuti?" Tanya lee soman dengan riak wajah terkejut.
"Aku nak balik kanada bulan depan... ada hal dekat sana yang aku perlu selesaikan." Ujar wendy sambil bermain dengan jari-jemarinya. Takut melihat muka bengis lee soman itu.
" apa dia?! Kau nak balik kanada? Ahh tak boleh wendy, tak boleh. Schedule Red Velvet bulan depan penuh, kau tak boleh balik sana suka-suka hati macam tu je." Ujar lee soman dengab muka bengis, lee soman terkenal dengan panas barannya. Tiada siapa yang dapat melawan cakap dia, bila dia kata A, A lah jawabnya tiada B tiada C.
"Tapi aku ada hal mustahak untuk diselesaikan disana. Penting sangat, tolong lah Mr lee soman aku kena balik kanada bulan depan." Rayu wendy. Walaupun perutnya sudah kecut apabila melihat wajah bengis lee soman dia tetap merayu. Ini soal hidup dia. Dia tak boleh beritahu perkara sebenar.
"Aku cakap tak boleh!" Jerkah lee soman.
Share this novel