Bab 14

Fanfiction - KPOP Completed 11422

BAB 14

Wendy tidak menghiraukan Soalan irene itu. Hatinya panas. Siapa yang mengambil videonya menumbuk lee soman tadi?

Wendy terus masuk ke dalam biliknya dan mengambil sweater serta kunci keretanya. Dia mahu ke sm company untuk mencari siapa punya penyebab yang mengambil videonya itu.

"Wendy unnie nak kemana? Relax dulu cerita dengan kami kenapa boleh jadi sampai macam ni?" Ujar joy sambil memegang tangan wendy yang hendak keluar dari rumah tersebut.

"Joy lepaskan tangan aku.." ujar wendy.

"Wendy relax dulu.. bertenang, cerita dengan kami. Mungkin kami boleh tolong." Ujar seulgi yang ngeri melihat wendy yang sedang marah itu.

"Lepaskan aku joy!" Jerkah wendy. Dengan sekelip mata tangannya dilepaskan oleh joy yang terkejut dengan jerkahan wendy itu.

Wendy terus keluar dari rumah menuju ke tempat parking keretanya.

Tanpa membuang masa mereka berempat terus mengejar wendy dan terus menaiki kereta yang baru saja diunlock oleh wendy.

"Apa korang buat ni? Keluar sekarang!" Ujar wendy yang duduk di bahagian pemandu.

"Kau taknak cerita pada kami, jadi kami ikut kau." Ujar Irene yang duduk disebelah wendy manakala yeri,seulgi dan joy duduk dibahagian belakang.

Wendy tak mahu membuang masa dan terus memandu menuju ke sm company.

"Wendy slow sikit bawak kereta. Bahayalah." Ujar seulgi risau melihat wendy memandu kereta dengan laju.

"Korang nak ikut sangat.. jadi jangan banyak tanya." Ujar wendy dingin.

Sampai sahaja di depan sm company, wendy terus turun dari keretanya dan terus masuk ke dalam sm company tersebut tanpa menghiraukan Irene,seulgi, joy dan yeri yang mengejarnya dari belakang itu.

Wendy masih ingat orang-orang yang berada di kantin tadi cuma Snsd,nct_u dan lee soman sahaja.

Dia terus menuju ke bilik latihan yang tersedia di sm company itu selepas melihat mark masuk kebilik tersebut.

"Wendy.. tunggulah!" Jerit seulgi dan yang lain yang lelah mengejar wendy itu.

Wendy tidak menghiraukan mereka dia terus membuka pintu bilik latihan tersebut.

Kelihatan F(x),girl generation,dan nct_u sedang berkumpul didalam bilik tersebut sambil bergelak ketawa. Mereka terkejut melihat wendy tiba-tiba menerjah masuk bilik itu dengan wajah yang bengis. Mereka tidak pernah melihat wajah itu pada wendy.

"Err, wendy kenapa ni?" Tanya amber yang berada disitu.

"Siapa yang rakam aku dekat kantin tadi dan sebarkan dekat youtube?!!" Jerkah wendy dengan muka bengis. Mereka semua menelan air liur terkejut bila dijerkah oleh wendy yang selama ini sangat bersopan santun dan baik hati itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience